Wednesday, April 16, 2014

Hudud: DAP, PKR ‘haram jadah’

Kali ini kalau brehem bukan bercakap di atas emosi politik aku sokong dia
Kalau kerana emosi politik maka dialah yang 'haram jadah'! 

Aku nampak dia ni dah lama transform dari katak menjadi Chameleon
Sokongan atau tentangan bermusim....

DAP, PKR ‘haram jadah’ kecam hudud PAS, kata Ibrahim Ali
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 16, 2014
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam pendirian DAP dan PKR yang enggan menyokong PAS dalam membawa usul pendirian hudud ke Parlimen.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata hampir 95% rakyat Kelantan adalah beragama Islam dan DAP tidak pernah sama sekali wujud di Kelantan.
"Amat biadap DAP dan PKR yang mengecam serta berusaha menghalang PAS daripada membawa usul persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan pemimpin Umno tidak mempunyai alasan moral untuk masuk campur dalam isu hukuman hudud."Hudud yang dicadang kerajaan Kelantan adalah untuk orang Islam sahaja. Haram jadah mereka yang masuk campur dan halang pegangan akidah serta syariat umat Islam di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Umno Kelantan sebelum ini menyatakan kesediaan menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud yang akan dibentangkan kerajaan PAS negeri Kelantan.
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menyatakan kesediaaanya untuk melobi ahli parlimen Umno sekiranya usul persendirian hudud itu dibentangkan di Parlimen.
Ibrahim berkata kebiadapan DAP terserlah apabila menyebelahi Kristian dalam isu kalimah Allah tetapi menentang pelaksanaan hudud yang sememangnya menjadi syariat ajaran Islam.
Katanya, DAP yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan kebebasan beragama tidak lagi berpendirian sama apabila membicarakan kepentingan umat Islam.
"Ia sungguh biadap. Mereka selalu bersuara hak asasi, demokrasi dan kebebasan beragama tetapi apabila datang hal kepentingan orang Islam, mereka memberi pelbagai alasan.
"Jelas DAP dan sekutunya tidak menghormati agama Islam. Ia sekaligus menghina umat Islam," katanya.
Ibrahim berkata cabaran PAS pada masa ini adalah menyatakan pendirian mereka sama ada untuk terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan biadap menghina Islam atau sebaliknya.
DAP pada Isnin menyatakan kesediaannya melobi ahli parlimen BN bukan beragama Islam agar suara yang menetang rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen nanti melebihi dua pertiga sokongan.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).
Usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang.
Lim berkata seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS. – 16 April, 2014.

1 comment:

  1. Abe,

    Berehem ni bukok mulut mesti kecek politik tembolok dia sorey jah. Semo bendo, tak kiro gapow kalu boleh jago tmbolok dia- dia bukok mulut.

    Kalu dia nak sokong Hudud, dia dah lamo bukok mulut suruh Mat Said Ganu tu buat hudud.

    Tapi bakpow dio senyapm Sebab kalu sebut akan menyekat peluang dia nok gomo samah serial dari UMNO....Tu je meney Bereheng. Kito tahu doh perangai huduh dio

    Bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa