Tuesday, April 22, 2014

‘Kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan!’

Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat
mk - 6:00PM - 22 Apr 2014

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini.

Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.

"Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,” katanya.

Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

"Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?” katanya.

Dr M: keghairahan untuk menghukum

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada sesi meja bulat “Managing Rising Costs in the Current Business Environment”.
Sehubungan itu, Dr Mahathir (kanan) berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar “keghairahan untuk menghukum”.

Dalam kenyataannya hari ini, Amidi membalas, keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.

"Kenyataan Dr Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud," katanya.

Amidi berkata walaupun ABIM menyanjung usaha Dr Mahathir mengangkat martabat Islam, memberi pandangan tanpa merujuk ilmu dan sumber hukum yang tepat tidak sepatutnya dilakukan.

"Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam,” katanya.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan pakar perundangan.

3 comments:

  1. Abe

    Siapa TDM sekarang? Apa kuasa yang diberi oleh perlembagaan kepada bekas PM Malaysia untuk dia menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan?

    Ileekk...nadaaa...xde! Jadi buat apa kita ambil peduli dengan dia tak setuju. Ceritanya senang je dengan mat ni - kalau dia mahu laksanakan hudud semasa dia jadi PM dia dah laksanakan. Kalau xmau versi PAS , dia boleh gubal versi UMNO la.

    Jangan kan hudud, demokrasi pun dia xnak. Dia nak cara ototarian je yang kita tengok selama 22 tahun

    Dari dulu sampai hari ni dia dok tak setuju. Kita serahlah dia kat ketentuan Allah. Kita cuba sedaya upaya untuk laksanakan di Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Akibat dari taksub tegar ajaran anti-hadis ini, telah menunjukkan warnanya yg sebenar semenjak lama dulu. Tiada langsung kecintaannya kpd islam dan apa yg dilihatnya mengenai islam, kebanyakannya jika tidak semua adalah negatif belaka. Semuanya mestilah kena serasi dgn logik pemikiran beliau. Inilah ketua syaitan yg dikenali.

    ReplyDelete
  3. Seakan akan kamal Antartuk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa