Wednesday, April 30, 2014

Mahathir Kata Hudud Tidak Islamik!

Apakah yang islamik bagi Mahathir tak entahlah
Adakah membunuh dan memenjarakan musuh politik itu adil dan islamik baginya?
Memperkayakan anak beranak dan kroni itu adalah keadilan namanya?

Dr M: Kenapa Najib layan tuntutan hudud?
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.Beliau justeru tertanya-tanya kenapa pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak (kanan) melayan permintaan sebegitu sekarang.

“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.

Mahathir menjadi perdana menteri ketika PAS kali pertama mengutarakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 hari ini menegaskan pendiriannya tidak berubah.

“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular...

“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya. - mk

5 comments:

  1. kalau hukum hudud yang Allah perintahkan manusia yang beriman (yakin) 100% kepada Allah tidak adil mana bisa Allah suruh buat.
    ini cakap mamat anti hudud dari dulu pun banyak dzolim.bangga pula dia pernah mengetuai kerajaang yang kuat mana tidak masa tu ramai orang takut dan tertutup mata hati.adakah manusia lagi adil dari Allah yang mencipta manusia .
    memang cilaka matde ni.

    ReplyDelete
  2. Hei Kutty. Islam apa yang awak pegang ni?? Siapa ajar kau yang hudud bukan islamik? Memang mulut kau ni amat menjijikan.

    ReplyDelete
  3. Mahathir fikir dia lebih mengetahui drp Allah dan ajaran agama islam yg diturunkan oleh Allah tidak begitu sempurna. Seolah-olahnya Allah terlupa untuk menurunkan firmanNya bagaimana perundangan yg patut dilaksanakan bagi masyarakat pelbagai agama spt Malaysia ini. Jika benar dia beriman kpd Allah dan semua rukun iman yg lain, pasti dia tidak berfikiran begitu. Ingatlah, hanya rukun iman sahaja sifirnya 6-0=6, selainnya jika angka 0 diganti dgn sebarang angka hasilnya adalah 0, contohnya 0.08 maka 6-0.08=0. Cubalah tanya dia, adakah AlQuran itu sempurna? Jika jawapannya adalah sempurna, kenapa dia pertikai beberapa perintah Allah di dlmnya? AlQuran merupakan salah satu drp kitab yg WAJIB dipercayai keseluruhan isinya bukan sebahagiannya.

    ReplyDelete
  4. manusia bangang je dok telan apa mahathir muntahkan. undang2 ISA yang tak islamik pun selamba je dia peluk cium untuk jaga tembolok parti politik dia. ada hati mau cakap pasal islamik. poooodah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa