Saturday, April 26, 2014

Makhluk Ni Nak Nasihatkan Obama Pulak!!

Perkasa ingatkan Obama tidak dengar temberang Anwar

April 25, 2014
Amerika Syarikat mesti berlaku adil kepada semua pihak dan tidak berat sebelah.
obama ibrahim aliPETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama diingatkan oleh Perkasa supaya tidak mendengar temberang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Obama harus menghormati perasaan majoriti rakyat  dan kedaulatan negara Malaysia.
“Perkasa berharap Amerika Syarikat mesti berlaku adil kepada semua pihak dan tidak berat sebelah seperti di Palestin, Mesir dan lain-lain,” kata beliau kepada FMT mengulas lawatan Obama ke Malaysia mulai esok.
Katanya, sempena lawatan Obama, Perkasa mendesak Obama memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia “where is the human rights during the massacre and holocust in Eygpt”?
“Obama juga didesak tidak campur tangan urusan dalaman negara Malaysia yang berdaulat terutama isu yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim,” tegasnya.
Katanya lagi, Amerika Syarikat mesti menghormati proses perundangan negara Malaysia.
“Tidak ada manusia atau individu malah Raja-Raja pun tidak dilayan seperti Anwar,” dakwanya.
Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas berkata proses undang undang berjalan begitu lama dan terbuka dan Anwar dibenar ikat jamin serta beliau melakukan pelbagai tuduhan kepada sistem perundangan apabila didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa