Sunday, April 27, 2014

Melayu Oh Melayu..: Kerana Kuasa Obama Dipuji Melangit

Sekiranya seorang Kepala Negara Ketiga
Akan adakah pujian dan ungkapan-ungkapan pengagungan seperti ini?

'Terima Kasih', Kata Obama Kepada Khairy
Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 9:28 AM - SH
Khairy bersalaman dengan Obama di Pangkalan TUDM di Subang sambil diperhatikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua, kanan). Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Ia merupakan detik presiden yang akan terpahat dalam ingatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno yang memulakan tugas sebagai menteri pengiring sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama itu dengan yakin dan tidak tergamam apabila presiden itu berbual-bual dengan beliau di tarmac pangkalan TUDM.
Khairy berkata, Obama menjawab ucapan beliau kepadanya dalam Bahasa Malaysia.
"Saya kata 'Selamat datang, Mr Presiden' dan beliau menjawab 'Terima kasih'."
Khairy akan mengiringi Obama sehingga Presiden Amerika Syarikat itu berlepas pada Isnin.
Ia juga merupakan detik istimewa buat pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diperlihatkan sebagai muka Malaysia kepada dunia berikutan kehilangan MH370.
Presiden Obama dengan segera mengenali Hishammuddin dan bercakap paling lama dengan beliau ketika diperkenalkan kepada orang kenamaan selepas majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen.
Hishammuddin berkata, Obama memberi jaminan dengan berkata: "Saya tahu ia adalah jalan yang sukar, dan panjang. Kita akan bekerja bersama-sama. Sentiasa ada sokongan."
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia merupakan satu penghormatan besar bagi beliau kerana bertemu dan menyambut Presiden Amerika Syarikat itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan apa yang dilalui itu dikatakan sesuatu yang amat bersejarah buat Malaysia.
"Presiden memberitahu saya bahawa beliau berasa amat dialu-alukan di Malaysia," katanya.
"Satu perkara yang kita tidak boleh nafikan bahawa beliau mempunyai senyuman yang memberi kesan dan saya kagum dengan pengiring keselamtan lawatan rasminya. Saya berjaya mengambil beberapa gambar kenderaan The Beast," katanya yang merujuk kepada kenderaan berperisai presiden.

3 comments:

  1. sama sahaja semua, x boleh nak kata pemimpin umno je

    pemimpin utama pakatan siap rasa terkilan obama x jumpa dia hanya hantar wakil je konon nya kata obama x konsisten

    ReplyDelete
  2. Anon 10:27 AM

    Betul sdr.
    Itulah sebab saya ungkapkan Melayu Oh Melayu....

    ReplyDelete
  3. Alaa...Kalau setakat cakap selamat datang tuan. budak darjah satu pun boleh buat.Kat Amerika, tukang cuci jamban awam pun tak ambik kisah kalau Obama lalu depan mereka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa