Tuesday, April 22, 2014

MH370: Hishammuddin Tolak Hasil Kaji Selidik Merdeka Center

Hasil kajian cara Putrajaya tangani MH370 gambarkan persepsi awam, kata Merdeka Center
OLEH EILEEN NG
APRIL 22, 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak hasil kaji selidik yang menunjukkan hanya 26% daripada 1,029 responden bersetuju kerajaan telus mengenai tragedi penerbangan MH370, dan mengatakan tiada apa yang kerajaan sembunyikan

Kaji selidik yang menunjukkan hanya 26% daripada 1,029 respondan bersetuju Putrajaya boleh dipercayai tentang tragedi penerbangan Malaysian MH370 adalah petunjuk tentang persepsi awam terhadap cara kerajaan mengendalikan tragedi itu, kata penyelidik yang dihormati Merdeka Center.
Ketika memberikan reaksi terhadap penolakan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap keputusan kaji selidik itu, Pengarah Merdeka Center Ibrahim Sufian berkata, walaupun Putrajaya melakukan yang terbaik dalam mengendalikan tragedi itu, pelbagai teori konspirasi dan maklumat yang lambat sampai daripada pihak yang berkaitan menjadi punca persepsi negatif ini.
“Ia isu yang banyak berkaitan media dan tiada apa yang diketahui orang ramai selain apa yang dilaporkan di media dan media sosial.
Hasil kajian itu mendapati 26% responden percaya kerajaan telus sementara 54% lagi berkata kerajaan menyembunyikan kebenaran tentang MH370.“Keputusan kajian menggambarkan pemikiran orang ramai. Ia mungkin tidak mencerminkan kebenaran, namun ia menggambarkan persepsi berdasarkan maklumat yang mereka peroleh,” katanya.
Seramai 1,029 responden menyertai kajian itu yang dijalankan Merdeka Center bagi mengetahui persepsi awam mengenai pesawat Boeing 777 yang dilaporkan hilang daripada radar dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Kehilangan pesawat MH370 mengundang seribu tanda tanya selepas ia dipercayai terhempas di Lautan Hindi.
Pelbagai negara menyertai kerja mencari dan menyelamat namun tiada tanda pesawat itu dijumpai.
Dalam kenyataan menolak kajian Merdeka Center yang dikatakan berunsur spekulasi dan tidak bertanggungjawab, Hishammuddin berkata pandangan awam tidak boleh dipercayai 100% dan tidak mengambarkan majoriti rakyat Malaysia kerana rakyat mahu kerajaan meneruskan kerja mencari bersama rakan daripada negara lain.
“Ada sekumpulan orang yang mungkin sinis mengenai usaha kami, namun kebenaran akan terserlah jua. Tiada apa yang kami sembunyikan,” kata Hishammuddin dalam satu sidang media pada Sabtu.
Ibrahim berkata mereka yang percaya kerajaan menyembunyikan sesuatu adalah di kalangan yang berumur 40 tahun ke bawah kerana terdedah kepada maklumat di Internet.
“Banyak teori konspirasi dan spekulasi di Internet berhubung kehilangan pesawat itu dan ia dikongsi ramai dalam bentuk persepsi awam.
Dalam menjelaskan metodologi kajian, Ibrahim berkata ia dijalankan menerusi telefon menggunakan kaedah sampel rawak yang distruktur mengikut umur, etnik dan jantina.

“Kami menjalankan kajian sama seperti sebelumnya di mana responden dipilih daripada serata kawasan di Semenanjung Malaysia. Ia juga menunjukkan taburan penduduk bandar dan luar bandar,” katanya. – 22 April, 2014.

3 comments:

  1. Seperti biasa menteri2 umno/bn tidak akan mahu menerima pandangan umum mengenai segala isu. Mereka sentiasa beranggapan yang apa jua yang mereka lakukan adalah terhebat dan semua kata2 mereka adalah betul.Itu sebabnya negara di bawah pentadbiran mereka jadi lintang pukang dan membebankan rakyat.Inilah gulongan yang sangat ego dan bangang bodoh.

    ReplyDelete
  2. kakak termasuk dlm kelompok yg 54% itu..

    ReplyDelete
  3. Lembu mana dia reti.tarik idung baru dia ikut.apalah malang negara ini dijaga oleh lembu2.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa