Tuesday, April 15, 2014

Ngeri: Umur Masih Panjang

Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter
Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 10:18 AM
Keadaan Feng ketika tiba di hospital bersama kerusi pemandu lori.

'BERPANTANG maut sebelum ajal', itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.
Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.
Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.
Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.
Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut.
Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya.
"Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.
"Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan," katanya. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa