Friday, April 18, 2014

Update Lengkap: Nozula Pulak Kemalangan

Adun Paloh cedera, isteri maut dalam kemalangan di Simpang Pulai
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.
Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma."Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. – Bernama, 17 April, 2014.

4 comments:

  1. Kalau pandu kenderaan jgn bawa laju-laju! baca DOA menaiki kenderaan itu penting !!jangan SOMBONG pada ALLAH SWT !...

    ReplyDelete
  2. ada mirip sikit macam berahim ali

    ReplyDelete
  3. Setelah disiasat didapati tebing bukit itu yg bersalah, kerana berada di situ.

    ReplyDelete
  4. If you have all this information available when you sit into fill up the form, it requires
    hardly 5-10 mins to finish the applying for a cash advance
    in Georgia not fake fortunately
    you will find business loans for individuals with bad credit that you can buy to grow your working capital and
    your organization afloat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa