Sunday, May 4, 2014

UMNO Yang Sentiasa Bernasib Baik Atau PAS Yang Naive?

Kalau dikatakan bodoh kang, kasar sangat 
Tapi hakikatnya bagaimana?

Saya dijemput untuk hadiri taklimat Hudud oleh UMNO
Dan dari situ memang nampak PAS telah terjerat dengan isu ini

'Hudud PAS' akan kekalkan kuasa Umno 50 tahun lagi

Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno berkuasa "selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan Rakyat, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Farouk Musa semalam.
"Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalam negara ini.

"Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.

"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan terus kekal memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan demikian dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Hanifa berkata, kempen untuk melaksanakan hudud di Kelantan adalah lebih mudah jika negara-negara lain yang telah melaksanakannya bukanlah "negara-negara yang gagal".
Menurutnya, ia adalah lebih baik jika negara seperti Norway sudah
melaksanakan hudud.

"Namun sekarang, kita ada contoh seperti Pakistan, dan ini adalah sebuah negara yang gagal," tambahnya.

Hanipa bagaimana pun merayu kepada hadirin yang memenuhi Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur semalam, agar memberi peluang kepada kerajaan PAS di Kelantan untuk melaksanakan hudud.

"Ia terdapat dalam agenda kami sewaktu kami menyertai pilihan raya umum lalu. Dan kami diberikan mandat oleh pengundi Kelantan untuk mentadbir negeri itu. Jadi pengundi Kelantan mengundi kami berasaskan pertimbangan ini. Ia hak kami (untuk melaksanakannya)," kata Hanipa.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS tidak bercadang untuk melaksanakan hudud di peringkat kebangsaan.

2 comments:

  1. Kalau orang islam sendiri tidak yakin akan kesempurnaan hukum islam yang diturunkan oleh Allah,macamana nak laksanakan. Kenapa nak tunggu dan lihat contoh negara lain baru nak laksanakan? Nak tunggu norway ker, sweden ker atau negara eropah ker baru nak ikut. Sampai bila? Kenapa tak kata tunggu amerika buat, baru ada contoh. Hukum Allah dilaksanakan bukan ikut manusia setuju atau tidak, tak kan kita tak sembahyang kalau majoriti kata tak setuju. Buatlah dengan kadar yang termampu dulu. Tunggu kerajaan BN. Tumbang dulu baru nak laksana? Berapa ramai orang PKR dan DAP bersetuju kalau menang?? Masalah UMNO nak tipu, dah berapa kali PR tidak ditipu, sepanjang masa kena tipu.

    ReplyDelete
  2. PAS memang parti ngok , di kencing umno siang malam...

    Ambil kuasa Putrajaya dulu baru buat hudud , kalau pecah PR mana dapat hudud... Umno aka Dajjal melayu bukan bodoh ler...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa