Wednesday, June 25, 2014

Adenan Sindir Taib Ke Ni?

Pada aku semua PM selepas Tun Husein dan menteri kabinet terkena sindiran Adenan ni!

Adenan tidak benar ahli keluarga terdekat pohon tanah, balak 
Published: 25 June 2014 - MI
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (gambar) menyatakan komitmen untuk tidak membenarkan anggota keluarga terdekatnya memohon tanah kerajaan atau konsesi pembalakan atau perkara lain yang termasuk dalam bidang kuasanya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata komitmen itu dinyatakan sebagai reaksi terhadap saranan beliau semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Adenan hari ini.
"Saya amat berbangga kerana ketua menteri secara prinsipnya bersetuju bahawa beliau tidak akan membenarkan keluarga terdekat, sama ada isteri atau anak-anaknya untuk memohon perkara-perkara yang berkaitan (dengan bidang kuasa Ketua Menteri)," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri dialog bersama ketua komuniti Cina di Kuching hari ini.
Menurut Abu Kassim beliau membuat saranan serupa kepada semua ketua menteri dan menteri besar di negara ini dalam usaha mempertingkat integriti pentadbiran kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam pertemuannya dengan Adenan itu, ketua menteri turut meminta SPRM menumpukan penguatkuasaan terhadap aktiviti tertentu yang berpotensi berlaku rasuah di Sarawak.
Sementara itu, Abu Kassmi berkata SPRM sedang memantau kegiatan "orang tengah" yang menggunakan nama ahli politik dan pegawai kanan kerajaan selain mendakwa dapat mempengaruhi keputusan mereka bagi meluluskan satu-satu permohonan.
Katanya suruhanjaya itu menerima beberapa aduan berhubung perkara tersebut yang turut membabitkan 'orang tengah' berkenaan meminta bayaran tertentu daripada mereka yang mengemukakan permohonan.
"Mereka (orang tengah) itu akan mendakwa wang yang diminta itu adalah untuk membayar pegawai-pegawai yang akan meluluskan permohonan mereka itu," katanya.
Beliau meminta sesiapa yang dihubungi oleh orang tengah seperti itu untuk membuat laporan kepada SPRM. – Bernama, 25 Jun, 2014.

1 comment:

  1. LOL.Masing2 dah dapat habuan semasa Taib memerintah. Kan Adenan ni bekas adik ipar Taib.Semua kantung keluarga dah penuh boleh hidup 1000 tahun lagi. Lagi pun mana ada tanah kosong yang nak difaraidkan. Dah habis .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa