Sunday, June 29, 2014

Provokasi Berterusan: Salah Siapa?

Kepala Lembu Di Hadapan Rumah Rayer
Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 10:43 AM
Oleh: ROYCE TAN
GEORGE TOWN: Polis telah mengambil keterangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer berkenaan rangka kepala lembu yang ditemui di pintu pagar rumahnya di Tingkat Tembaga pada pagi Sabtu. 

Rayer juga turut menyerahkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) kejadian itu kepada pegawai polis yang datang ke rumahnya bagi mengambil kenyataan. 

Visual rakaman CCTV tersebut menunjukkan seorang lelaki tiba di depan rumah Rayer dengan menaiki motosikal, membaling kepala lembu dan melakukan tarian ke arah kamera  sebelum beredar. 

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang tiba di rumah Rayer mendakwa ia adalah taktik yang digunakan oleh penyokong Umno. 

"Biar saya jelaskan bahawa saya tidak menyalahkan Umno di atas kejadian ini tetapi apa yang kita lihat perkara sebegini telah dibuat oleh pro-Umno di Selangor pada tahun 2009.

"Kami tidak pasti sama ada dari kumpulan yang sama, menggunakan kepala lembu untuk menjatuhkan Rayer. 

"DAP mengutuk kelakuan kejam dan tidak bertamadun ini," kata beliau. 

Kepala lembu itu ditemui isteri Rayer  sekitar pukul 7 pagi hadapan pagar rumahnya. 

 Rayer memuatnaik gambar tersebut di laman Facebook pada pukul 8 pagi dan menulis: 

 "Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya..." 

Rayer sebelum ini menjadi perhatian selepas menimbulkan kontroversi dengan melabelkan UMNO 'celaka' ketika persidangan DUN pada 20 Mei lalu. 

Pada hari berikutnya sekumpulan pembantah merempuh masuk bangunan untuk mencari Rayer yang tidak ada di situ.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa