Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Rakyat Belanda Cukup Rasional

MH17 : Belanda tidak marah
DI AMSTERDAM - 21 JUL 2014
KEDUTAAN Belanda di Ukrainie dihujani ucapan takziah

Daripada 298 orang yang terkorban dalam tragedi MH17, sebanyak 193 merupakan warganegara Belanda.
Suasana sedih semestinya menyelubungi negara Eropah tersebut, namun warganegaranya tetap bertenang.
Berbanding 'emosi' media Amerika Syarikat dan Britain yang nampak marah, media massa di Belanda bagaimanapun lebih cenderung kepada kesedihan.
Dalam analisis terhadap punca tragedi, media Belanda juga tidak menuding jari ke satu-satu negara secara sengaja.
Kerajaan dan rakyat Belanda juga tidak mengutuk Malaysia Airlines (MAS), tetapi bekerjsama secara rasional dengan syarikat penerbangan tersebut,
Walaupun dilanda tragedi besar, kerajaan Belanda tidak menuding jari ke arah Rusia, ia mempunyai pertimbangan ekonomi di sebaliknya.
Rusia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Belanda dan hubungan perdagangan dua hala mereka adalah amat rancak, khususnya dalam bidang gas asli.
Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Wei Kou yang menetap di Belanda telah menulis tentang perbezaan reaksi China dan Belanda dalam kejadian MH370 dan MH17.
"Dalam media sosial di Belanda, jarang ada orang yang menyebarkan teori konspirasi.
"Tak ada juga orang yang menyebarkan maklumat mengenai kebencian terhadap mana-mana negara atau gesaan memutuskan hubungan dengan negara itu," katanya.
Menurut Wei Kou, Belanda tidak menyalahkan MAS dan tidak mengaitkan insiden MH370 dengan tragedi MH17.
"Sidang akhbar oleh MAS di Eropah diadakan secara teratur dan tersusun.
"Jika ada maklumat yang tidak dapat diumumkan secara segera atau perlu disahkan, semua orang dapat memahami keadaan dan menunggu secara sabar," katanya.
Menurutnya, laporan media di Belanda juga berhati-hati, bersikap rasional dan menghormati kebenaran.
"Media berusaha untuk menghormati privasi mangsa dan ahli keluarga," katanya.
Tambahnya, media Belanda juga banyak melaporkan kebaikan Rusia dan Ukraine termasuk upacara penghormatan dan pengibaran bendera separuh tiang yang diadakan kedua-dua negara.

1 comment:

  1. http://en.ria.ru/politics/20140721/191059883/Putin-Warns-Against-Attempts-to-Use-Boeing-Crash-in-Ukraine-for.html


    BBC News kata Russia tak nampak Roket di tembak ke arah MH17 , tapi kata ada 2 jet pejuang Ukraine ikut MH17 dalam jarak 3-5km.

    CCN interview ketua rebel kata dia tak tembak juga.

    mungkin ini lakonan Obama dan Ukraine nak ketuk Russia.

    Moga2 kita jangan jadi bahalol kutuk Russia takut takut lahanat sebenar Obama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa