Friday, August 29, 2014

Celakanya Bila Tidak Faham Agama Islam: Menegakkan Hukum Dituduh Taksub Agama!

Adakah article ini di dalam kategori menghasut?
Tapi tak boleh marahkan dia sebab dia hanya melihat 'sekilas pandang' saja!
Atau dia tulis article ni baru lepas 'yam seng' kot?

Umno mahu MAS larang arak, baju seksi, apa kata MCA, MIC dan Gerakan?
Dikemaskini 04:32PM Ogos 28 2014
Ng Kee Seng

SEKILAS PANDANG: Pemimpin bukan Melayu di dalam Barisan Nasional (BN) mudah menempelak PAS dan golongan pentaksub agama yang rapat dengan Umno kerana menuduh minuman keras dan pakaian seksi sebagai punca Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dirundung malang buat masa ini.
Kini, Pemuda Umno mahu MAS berhenti menghidangkan arak di dalam penerbangannya dan mewajibkan pemakaian tudung rambut di kalangan kakitangan wanita yang beragama Islam sebagai salah satu langkah penstrukturan semula.
Apa kata MCA, MIC dan Gerakan? Ada bezakah di antara Umno dan PAS? Mereka semua pentaksub agama. Dua kali lima.
The Malay Mail melaporkan bahawa exco Pemuda Umno Dazma Shah Daud dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata pengurusan baharu MAS tidak perlu takut membuat perubahan kerana pemakaian tudung kepala di kalangan wanita telah diterima semua pihak.
“Kami mencadangkan pengurusan MAS membenarkan atau mewajibkan anak kapal wanita beragama Islam memakai tudung atau pakaian seragam yang menutup aurat,” ujar Dazma.
Beliau berkata negara Islam lain seperti Brunei, Arab Saudi dan Iran mewajibkan pemakaian tudung bagi kakitangan wanita mereka, yang membuktikan bahawa cara berpakaian sebegitu tidak memberi kesan kepada reputasi syarikat penerbangan.
“Kita tidak perlu takut perniagaan terjejas kerana kita perlu yakin dengan takdir Tuhan jika kita menurut perintahNya,” ujarnya.
Pengerusi biro agama Pemuda Umno Azmir Yuzaimi Mohd Yunos dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata MAS dan syarikat penerbangan lain yang beroperasi di Malaysia perlu berhenti menghidangkan arak di dalam penerbangan kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau juga mahu MAS memulakan penerbangan dengan bacaan doa.
“Saudi Airlines, contohnya, memerlukan juruterbang memulakan penerbangan dengan membaca doa. Mengapa tidak kita menyerahkan perjalanan kita di tangan Tuhan Yang Maha Kuasa? Sebagai umat Islam, kita perlu perlindunganNya,” pengerusi biro agama Pemuda Umno Azmir Yuzaimi berkata.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kakitangan MAS (Maseu) Mohd Jabbarullah Abd Kadir dikatakan menyokong cadangan Pemuda Umno itu agar menghentikan hidangan minuman keras serta kakitangan wanita
“Kami pernah membawa perkara ini ke pihak pengurusan. Ia bukan baru tetapi jika ada pihak lain yang mencadangnya, Maseu akan menyokong,” Jabbarullah menegaskan.
Jadi MCA, MIC dan Gerakan, siapa pentaksub agama di negara ini? Umno dan PAS? Lihatlah keadaan yang berlaku di sekelilingmu sebelum membuka mulut memberi komen.
Ahli politik di negara ini semua sama sahaja.

4 comments:

  1. Apa kah sama orang orang menongkat langit dengan orang orang yang takut kan azab kubor yang benar ?

    Apa kah si Bahalol wajar jadi Tok Guru yang senyap nya idam Bentley , Range Rover , dan Mercedes ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahlol dia ada gak nama peringkat antarabangsa.cerdikko aper yg ada.hanya setakat pandai mencaci jer lah kepandaian ko.kesian melayu haprak pkr sekor nie.

      Delete
  2. Tahniah diatas kejayaan buat UG dan UMNO Selangor. Everyone did such a great job. Well done....! Kenyataan

    ReplyDelete
  3. Baru pulang dari KLIA dan terkejut melihat pramugari MAS memakai kain terbelah hingga pangkal paha.apa dah jadi nie.terkejut melihat cara pakaian syarikat penerbangan negara Islam.kunun nya lah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa