Friday, August 22, 2014

"Ini adalah bisikan syaitan!," - Siapakah Syaitan Itu?

Shamsul: 'Syaitan' mahu PKR keluar Pakatan
12:17PM - 22 Aug 2014
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menyelar golongan dalam PKR yang didakwanya cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak.

Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa “suara sumbang” oleh golongan yang disifatkan sebagai “panglima PKR” itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.
"Ini adalah bisikan syaitan!," tegas MP Bukit Katil dan juga naib presiden PKR yang baru dipilih.

"Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat.

"Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh.

"Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini.

6 comments:

  1. Masya Allah.....

    Kenapa semua pemimpin Melayu kita mula bongkak tak sedar Azab Kubor amat seksa...

    Mangsa MH sudah kena seksa kubor lama sudah bukan mula hari ini....

    Ampun Ampun Ampun Ya Allah SWT.... Beri lah hidayah tuk pemimpin and umat umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Orang yang biasa pernah jadi GILA insyaAllah tahu siapa orang GILA disisinya. Begitu juga dengan orang yang biasa dengar BISIKKAN SYAITAN , nauzubillah min dzalik tahu siapa orang yang ikut bisikkan SYAITAN

    ReplyDelete
  3. syaitan yg dimaksudkan adalah org2 dlm PAS yg menyimpang dari semangat pemuafakatan PR, yg sering bersuara selari dengan umngok dan sering menyuarakan pendapat yg songsang dari pakatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol....awat nya mengong sangat.dah dikatakan panglima dlm pkr,hang nak tunding plak kat pihak lain.aper punya haprak dia nie.lu suka lah.benar .......asal dna umno mesti mengong kan.

      Delete
  4. Pengundi Bukit Katil yang memenangkan YB Shamsul mengikut turutan tertinggi adalah seperi berikut;

    1) Pengundi kaum Cina (ahli DAP/MCA/Gerakan dan pungundi Cina atas pagar);
    2) Ahli PAS;
    3) Pengundi kaum Melayu atas pagar;
    4) Ahli UMNO yang sabortaj Datuk Ali; and last but not least
    5) Ahli PKR (itu pun entah berapa kerat jer).

    Moral of the story:
    Pemimpin parti PKR usah lah berlagak macam gamai nau ahli parti yang setia berjuang. PKR sekadar menempel jer kat parti lain (DAP & PAS).

    ReplyDelete
  5. Tulisan Anonymous yang berasal dari(munking gak masih kekal dalam)Tong Taik:

    syaitan yg dimaksudkan adalah org2 dlm PAS yg menyimpang dari semangat pemuafakatan PR, yg sering bersuara selari dengan umngok dan sering menyuarakan pendapat yg songsang dari pakatan

    August 22, 2014 at 5:08 PM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa