Sunday, August 24, 2014

Edited: Ini Dia Sikap Pimpinan PAS Untuk Kita Nilai!

Korang nilailah sikap dan pendirian demokrasi di dalam PAS dari mulut pemimpin ini
Sepatutnya mereka kaji dan cermin diri terlebih dahulu kenapa jadi begitu?

Orang Kelantan.......tak ker korang malu dengan keangkuhan TMB korang?
Orang inilah juga yang sembelih Husam di arena politik Kelantan dengan meletakkan kepada perkenan Al-Sultan ketika senarai perlantikan EXCO dulu!

Aku bukannya pemuja Husam...tetapi pada aku Kelantan memang terasa kehilangan Husam dengan idea dan perancangannya untuk rakyat dan pembangunan Kelantan ketika di bawah TGNA

Bayangkan sekiranya orang ini diberikan kuasa mutlak.......

Bukankah kenyataan-kenyataan di bawah sebenarnya yang lebih mengharu birukan parti PAS dan penyokong?

Korang baca juga : Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor
Korang dah tahu implikasi serta padah kenyataan Hadi ini kan?

Dan pada 17 Ogos pendirian PAS jadi gini pulak::
PAS Buat Pendirian Mengelirukan, Sokong Wan Azizah, Arah Empat Exco Kekal Bersama Khalid

"Saya Akan Pecat 2 ADUN Jika Ada Kuasa" - Timb. MB Kelantan
Posted on Saturday, August 23 @ 22:22:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.

Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.

..........
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertindak memecat dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (Hulu Kelang dan Morib) sekiranya mempunyai kuasa.

Katanya, tindakan membelakangkan parti sedemikian bertentangan dengan sikap ketaatan dan kepatuhan kepada pemimpin yang sewajarnya difahami oleh setiap ahli parti.

"Pentingnya kepatuhan kepada pemimpin. Dua orang yang lompat itu melanggar adab disiplin jemaah, kalau saya ada kuasa saya pecat 2 orang ini.

"Apa lebihnya kita kepada Presiden dan PAS Pusat sehingga membuat keputusan mendahului jemaah kita sendiri. Jika dalam tentera kalau ingkar arahan ketua, akan ditembak," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 29 di Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam Khirudin.

Sebelum ini, Mohd Amar menggariskan beberapa intipati yang perlu dipegang Pemuda PAS dalam usaha menjadi golongan pelapis negara antaranya, keikhlasan dalam perjuangan, kepatuhan kepada pemimpin dan meletakkan kepentingan jemaah melebihi perkara lain.

"Jika kita masuk PAS kerana mengejar kepentingan peribadi maka kita tidak akan kekal lama, sebab itu kita perlu ikhlas dalam perjuangan. Jika tidak, kita akan menjadi rosak bahkan lebih teruk daripada parti UMNO. Ketaatan dan kepatuhan pemimpin, tidak bermakna setiap pemimpin itu maksum kerana masing-masing ada kekurangannya juga. Namun tegurlah pemimpin di dalam forum atau mesyuarat,"

"Kita juga perlu meletakkan jemaah melebihi perkara lain. Jemaah dahulu barulah Pakatan Rakyat (PR). Bila kita duduk dalam PR, seolah-olah PAS ini tiada. Sekiranya mendahulukan PR daripada parti sendiri, kamu ini (mewakili parti) siapa?" tegas beliau.

Sumber
http://www.rakyatnews.my

30 comments:

  1. Saya Sokong Datuk Nik Amar...!!!!!
    2 orang kurang asam tuu....memang patut kena ajar...!! Menyusahkan Jemaah Pas..dan Presiden...!! Kalau dah rasa lebih bijak...buat parti sendiri laa......!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau orang macam nie jadi presiden lama dah PAS telingkup sedang presiden yang ada pun dah dekat nak terebang ,dah terebang pun Terangganu sendiri dan Kedah dan lepas ni mungkin Selangor dan terdekat PRK pengkalan Kubur kita tunggu dan lihat sama ada nak letak dua calun atau tidak, kenapa bila ADUn bercakap sebelum jemaah buat keputusan nak marah tapi bila presiden bercakap setelah AJ k pusat baut keputusan bercanggak dengan apa yang telah dipersetuju seblum jemaah bersetuju marah itu nampak sangat pemimpin ada kasta kepimpinan,

    ReplyDelete
  3. Pemimpin2 PAS jenis camnilah yg akan menyebabkan Kelantan bertukar tangan pd UMNO. Oleh kerana status ustaz dan org alim, bila Kelantan jatuh ketangan UMNO PRU14 nanti komen mereka semuanya atas kehendak ALLAH. Jenis tak pandai nak cerim diri.

    ReplyDelete
  4. Manusia kalau dah dapat kuasa inilah jadinya . Kopiah jer besaq , nawaitu memang jahat . Sebab tu aku dalam ustaz PAS ni .... aku tak caya ! Semua pentingkan diri , angkuh , sombong dan jahat .

    ReplyDelete
  5. Dari pengalaman aku berpolitik, Kelantan akan jatuh kepangkuan UMNO di PRU14.....Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Pada aku 2 adun itu lebih baik daripada nik amar. Fullstop.

    ReplyDelete
  7. Anon 5:36 buleh dh lobi diri sendiri jadi Presiden PAS.. nmpak mcm dia lebih hebat drp TGHH.. mgkin kalau awak jd Presiden PAS, PAS akan memerintah Malaysia. Kalau x pun, Pas akan bungkus terus.

    ReplyDelete
  8. belum dpt kuasa dah tunjuk belang..

    jika tidak hormatkan tgna aku rasa dah lama kelantan dia gadai kpd umngokporno..

    ReplyDelete
  9. orang beginilah yang akan menghancurkan jemaah Islam dan akan banyak buat fitnah terhadap dakwah Islam. Cuba tengok sendiri rumahtangga negeri kamu tu, dah terlaksana ke kewajiban kamu sebagai pemimpin. Belum ada kuasa bernegara lagi, inilah anasir yang akan menghalalkan darah rakyat yang berlainan pendapat kononnya bughah dan memberontak.

    ReplyDelete
  10. minta maaf cakap laa aku tgok kalau golongan UG ni bercakap memang lah akan mencerminkan mereka ni bukan dari parti yg mendukung islam sebagai asas perjuangan mereka..penuh dgn dendam kesumat dan berhujjah dgn nafsu tanpa melihat isu sebenaq dan aku ta terkejut kltan akan balik kepada umno dalm pru yg akan datang....

    ReplyDelete
  11. Toksoh gaduh..hok bodo tok tau lawe hok mane kite kenal doh..hok nok jatuhke PR pon doh napok doh..clear bogel free..ni puok dok rok cetong alias berat nanang pah ceroh..

    ReplyDelete
  12. Memang Tuan Presideng Hj Adi Awe hebat....tetapi hebat di atas pentas ceramah sahaja terutama mengkafirkan para pengkritik beliau (UMNO) dan tak lebih dari itu. Tuang Presideng yang sebenar adalah bekas SU UMNO iaitu Stopo Ale, itu sebab bila disoal media maka Adi Awe akan berpaling kepada Stopa Ale untuk menepis segala persoalan. Apa tugas UG ini untuk memenangkan PAS? Tiada....malah mereka ini menyebabkan PAS mundur ke belakang ke tahun 1950-an. Apabila berdemontrasi pun mereka tak berani hadir, di pentas ceramahpun mereka tak berani naik, berdebatpun lagi mereka tak berani. Apabila PAS melalui golongan liberal (pro) berjaya memenangi hati dan undi rakyat maka mereka (UG) yang terlebih mengaku berbudi kepada PAS.....apa jasa mereka sebenarnya? Mereka ini tak habis-habis berdendam dan busuk hati kepada Anwar yang telah banyak memenangkan PAS apabila isu beliau dizalimi UMNO menarik sokongan ramai kepada PAS. Jasa apa UG kepada Anwar? Adakah UG yang melepaskan anwar dari sel Sg Buluh? UG ini hanya merosakkan perjuangan yang Anwar dan PR bina dengan keringat dan sokongan tak berbelah bagi rakyat yang ingin menumbangkan parti korupsi UMNO. Kenapalah Tuan Guru Nik Aziz melantik mereka 2 ekor ini (Ahmad Yakoob dan Nik Amar sebagai ketua di Kelantan?) adakah TGNA mahu melihat Kelantan jatuh ketangan UMNO di PRU14? Kenapa tidak melantik Husam Musa yang banyak berjasa menaikkan sosio dan eco rakyat Kelantan? Apa yang 2 ekor ini buat hanyalah tak lebih dari tukang cerita dan lebih mesra UMNO (play safe - supaya UMNO tidak menyerang Kelantan melalui media).

    ReplyDelete
  13. Kalau x pecat akan harubiru jadinya PAS. Semua orang boleh bertindak sesuka hati membelakang jemaah.

    ReplyDelete
  14. pecat us hadi dulu sebab dia buat keputusan sebelum mesyuarat.atau pun dia di anggap maksum oleh pas.

    ReplyDelete
  15. kalau nok tau TMB Kelantan ni kaki balak, lombong, tanah, dok cayer gi la cek di kelantan tuh, PRU 14 PAS kiok di Kelantan, mmg jenih dok juruh mamat nie, harapkan ilmu agama tinggi, tp hati pedal cam ..... guano org kelantan bodoh sangat undi mamat bengong nie,,,

    ReplyDelete
  16. Abe

    Inilah orang yang akan menghancurkan Kerajaan PAS Kelantan didalam PRU 14, Kelantan yang menjadi ikon kepada perjuangan PAS selama ini dan kubu terakhir PAS. Inilah antara orang didalam barisan orang-orang yang akan menghancurkan perjuangan PAS yang dibina diatas keringat,air mata dan darah selama ini.

    Jika kerajaan PAS Kelantan hancur, PAS akan kembali menjadi parti nyamuk yang hanya mempunyai pengaruh secara betompok disana sini di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

    Yang paling penting perjuangan PAS selama ini untuk menegakkan undang-undang Islam juga akan hancur lebur. Keringat,darah dan airmata perjuangan dari presiden pertama hingga kini musnah samasekali. Perjuangan selama ini telah diterjemahkan melalui enakmen Hudud Kelantan sahaja yang tinggal setelah enakmen hudud Terengganu sudah dibakul sampahkan oleh kerajaan UMNO Terengganu setelah PAS Terengganu hanya mampu memerintah sepenggal.

    Jika UMNO menang didalam PRU 14 nanti di Kelantan, kerajaan baru UMNO Kelantan juga akan membakulsampahkan enakmen hudud kelantan. Menyalaklah PAS sorang sorang di luar. Rakyat Kelantan kecuali puak PAS tidak akan memperdulikan lagi kepada tipu muslihat PAS menggunakan ugama.

    Aku yang 40 tahun menyokong PAS juga telah ucap selamat tinggal kepada PAS. Perangai tok lebai macam ni lah yang menahan aku daripada menyertai PAS sejak dulu.

    ReplyDelete
  17. Betul tu anon 7:51..PKR Selangor pun tak kurang hebatnya..tk payah tunggu PRU 14..kalu ada PRN pun dah boleh kiok

    ReplyDelete
  18. Demokrasi @ politik adalah ciptaan yahudi.Pas ni campur kedua duanya.Jadi jangan haraplah pas akan menang walaupun sampai kiamat kerana pas ikut sunnah 50 + 50 platform Yahudi. Kalau pas nak berplatformkan Islam pergi jurus dengan Tabligh. Aku tengok ramai orang pas yg dulu totok hijau bila dah ikut Tabligh terus mustad pas, kesian pas ! Dari pru 1,12 dan 13 aku dok undi pas, kali ni aku cuci tangan tak nak undi pas, pr maupun umno, buang masa aku saja, elok ikut Tabligh cakap atas dari langit dan bawah dari permukaan tanah - tak sentuh sapa sapa.

    ReplyDelete
  19. Tuan, kita sebenar tidak perlukan orang yang hanya tahu merancang pembangunan kelantan tetapi dari segi perlaksanaan hakikatnya jelas tidak mampu dan tidak kisah dengan keberkesanannya. Umpama si lelaki yang ghairah nak beristeri muda dan ramai walhal Viagra jua diminta tolong.

    Apatah lagi yang dirancang dan dibuat itu sesuatu yang sangat asing dan baru, yang tidak "sekun" bagi Kelantan walhal warisan Kelantan yang sedia ada anugerah Allah dan pelbagai dalam bentuk budaya (yg tidak anti Islamik), sejarah dan alam sekitar tidak pula dibangunkan dan ditambahnilai, malah dibiar dan dimusnah pula.

    Tidak malukah kita dengan negeri Terengganu ? Mereka jauh menghargai alam sekitar (hutan, sungai dan pantai dijaga dirizab dengan baik) berbanding kita yang berdegar2 dengan seruan agama ...

    Maaf sebut tuan, selama 25 tahun sebenarnya kita mesti meraba-raba ...

    ReplyDelete
  20. Rupenye Mamat sorang ni masuK PAS sebab nak Kuasa.korang ahli2 PAS TOTOK faham tak maksud isi kata dia.AYAT KALAU SAYA ADA KUASA?PEH KAN LAH KALU DIA JADI PRESIDEN PAS .JAHANAMMMM BAI.DIA TAMAK KUASA DAN LUPA DIA NI HAMBA ALLA SWT.TENGOK MUKA PUN TAK SEMENGAH.MUKA BERTOPENGKAN MEKAP ALA ORANG ALIM.PII DAAA

    ReplyDelete
  21. semoga nik amar terkeluar dari barisan pemimpin kerana kepimpinan beliau sangat memusnahkan ketamadunan masyarakat. ketaksuban manusia secara membuta tuli dah terhapus lama dah sejak kedatangan Islam, Islam membawa budaya berfikir sebagai tunjang kehidupan dan membuat keputusan serta pilihan. tanpa budaya berfikir bagaimana nak beriktikad dengan iktikad Islam? adakah semua hidayah itu tanpa berfikir tanpa intelektual hanya anugerah semata-mata. sapa kata Nik Amar ilmu tinggi kalau perkara paling asas dan mudah tidah boleh beliau fikirkan. tambah lucu, orang seperti ini ada pengikut pula! orang kepimpinan pusat dan negeri ikut bebal sebab tidak melakukan apa-apa untuk membaiki keadaan tidak intelek ini. hanya mampu tersenyum dan menonton. agaknya bersengka bahawa ini bukan kerja aku atau lantak kaulah, janji bulan-bulan duit masuk poket. pejuangkah anda?

    ReplyDelete
  22. Cukup cukp ler melaga lagakan PR.banyak lg yg lebih berfaedah boleh diutarakan.apa sudah cukup timbangan diakhirat.inikah bentuk didikan yg diterima dari bayi hingga bergelar datuk.insaf ler.jgn ditambah lagi kebencian sesama PR.ataupun admin memang sama saperti tulang besi yg dikaderkan oleh umno laknatullah utk menyusup dlm PR.cukup cukup ler menambah dosa mengadu domba.busyuk punya kaki.

    ReplyDelete
  23. Dari komen2 diatas, 80% adalah puak penyokong aljubb... LGE dan Liberal. Sebenarnya orang pas tulin jarang beri komen dalam blog ni. Nampak disini macam PR ni banyak golongan pendokong peliwat... tapi itu hanya disini. Tapi hakikatnya mereka ini hanyalah 10% dari keseluruhan pengundi pas... percayalah.
    Kokok saja yang berderai ha ha ha!!

    ReplyDelete
  24. Anon 10:36 AM.

    Kalau Ah Jib Gor kata Saifool Bufori yang meliwat jubur mak kamu malam tadi maka pastinya kamu percayakan? Memang kamu Melayu tanpa agama.....atau agama kamu Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 119 komen bab ugama cantik.tapi sayang hakikat nya jahil murakab.andai mak ko diandaikan plak mcm mana.mungkin ko suka kut.

      Delete
  25. Perangai munafik semakin terserlah kpd geng UG yg ghairah nak bersama umno. Kelantan akan terlepas dari PAS pd PRU14 nanti.

    PAS akan jadi parti lebai malang........

    ReplyDelete
  26. Tidak adil jika kita mahu anak kita taat kepada kita, tetapi kita menyokong anak jiran kita yang derhaka kepada ayah dan ibunya. Sehubungan itu, marilah kita jadikan kenyataan Nik Amar itu sebagai panduan. Jadilah ahli yang berdisiplin dan patuh kepada parti.

    ReplyDelete
  27. mamat ni mmg penyokong UG yg tegar
    mari kita bersama sama tumpaskan dia di panchor dlm PRU 14 nanti
    (baso kakah tok nurung gemuloh pok)
    sore lagi nik abduh
    geng2 lapar nok saing nge Umno
    tui...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa