Saturday, August 23, 2014

Inikah Dia Contoh Perangai Orang Muda PKR?

Exco baru AMK boikot ucapan sulung Nik Nazmi
mk - 9:17PM - 22 Aug 2014

Seramai 16 exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru dipilih bertindak meninggalkan dewan persidangan sebelum ketua baru mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan sulungnya dalam Kongres AMK lewat petang ini.

Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari.


Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu.

"Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi.

"Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya.

Bagaimanapun, Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata beliau optimis dan yakin perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh segera jika semua pihak dalam AMK duduk berbincang.

"Saya menunggu arahan Nik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya menerima keputusan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti). Tetapi selepas ini kita mahu pemilihan lebih cermat, baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya.

Terima keputusan

Sementara itu, Nik Nazmi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya.

"Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan.

Dalam ucapan penggulungannya sebelum itu, Nik Nazmi menegaskan antara lainnya mempertegaskan sokongan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya AMK tidak akan membiarkan Anwar dipenjara sekali lagi atas tuduhan liwat yang dianggapnya "tuduhan jahat yang jelas bermotif politik".

"Kita akan sama-sama bangkit untuk menggerakkan masyarakat dan menghumban Umno-BN ke dalam tog sampah sejarah sebagai parti yang tidak bermaruah," katanya dalam ucapan sulungnya itu.

Beliau berkata pihaknya akan menentang tekanan politik kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Tian Chua sekaligus menolak penindasan terhadap masyarakat sivil dan kezaliman.

Beliau juga bertekad untuk memberi fokus 100 hari pertama bermula hari ini untuk menggariskan dasar AMK pada penggal ini termasuk memperkasakan cabang yang lemah.

5 comments:

  1. Dunia yang penuh ke kotoran membenci ke benaran.

    Nik Nazmi anak melayu ysng bangga jadi melayu , dan melayu ada lah kebenaran.


    Eh!!!! Orang orang melayu asal nya kaya kaya ke ????

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Dikatakan orang , nak tahu ikan itu busuk ke tidak kena lihat Kepalanya dulu . Jika kepalanya busuk alamat seluruh badan termasuk ekor nya pun di tariff busuk. Jadi boleh disama kan jua ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) yang baru ini. Kenapa jadi begini kena tanya sama BOSS mereka WAWI atau terus bertanya kepada Ex (ahli) UMNO DS Anwar Ibrahim kenapa jadi begini peel ahlinya?

    ReplyDelete
  3. jadilah orang budiman, jangan jadi pencaci tegar bergelar haji tapi hati penuh fitnah nanti Azab Allah neraka jahanam menjadi tempat bagi mereka yg bergelar haji yg hatinya penuh kebusukan. Fitnah tak berkesudahan.

    ReplyDelete
  4. Jika tengok pada komen komen parti nie serba bagus.rupa rupa nya indah komen dari realiti.jika ngutuk ngate orang lain,fuh memang hebat.parti lain kecuali dap memang teruk.bila realiti nya parti pkr nie memang hampeh.

    ReplyDelete
  5. Lebih teruk dari UMNO.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa