Sunday, August 24, 2014

Kenapa Ahli Dan Orang Lain Saja Yang Hadi Nampak?

Adakah Hadi juga menilai dirinya sendiri juga?
Bijakkah menyamakan rukun dengan yang bukan rukun?
Adakah kenyataan Hadi selepas 25 July 2014 boleh diguna pakai?
PAS harus bertindak ke atas kedua-duanya
Yang bermulut celupar mendahului keputusan parti dan yang bertindak bersendirian adalah sama-sama ingkar dan merusakkan! 

Ada ahli PAS tidak beradab dalam jemaah, kata Hadi
Published: 24 August 2014 - TMI
Kenyataan berkias Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipercayai merujuk kepada kemelut politik Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar. – Gambar fail, 24 Ogos, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat ahli parti itu tidak beradab dalam "berjemaah" dan bertindak mendahului pemimpin, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi membayangkan masalah partinya menerusi kenyataan berkiasnya melalui video di laman Facebooknya menyatakan terdapat ahli bukan PAS sahaja bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu ketua mengikut apa sahaja langkah dimahukan mereka.
"Kalau sembahyang berjemaah ada adab bersembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, maksum tidak boleh baca kuat. Kalau kata 'amin' tidak apalah. Ini baca Al-Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.
"Kemudiannya rukuk dan sujud tidak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud (dahulu daripada iman). Ini yang berlaku.
"Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang- kadang (apabila) berasa lambat sudah hendak suruh beri salam dengan (segera) suruh tok imam beri salam deras ini masalah yang kita hadapi," katanya dipetik daripada akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Kenyataan Hadi itu dipercayai merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar.
Selain itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan pendirian mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum pucuk pimpinan tertinggi PAS belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada 17 Ogos.
Hadi mula mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju melantik Dr Wan Azizah.
Bagaimanapun pada 17 Ogos, PAS akhirnya bersetuju menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon pengganti Khalid dan turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua.
Namun pada sebelah malamnya, PR sebulat suara bersetuju untuk menghantar hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah selepas Azmin menarik diri kerana menghormati keputusan partinya.
Esok PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan sama ada 13 Adunnya lagi akan menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baru atau tidak. – 24 Ogos, 2014.

8 comments:

  1. Adab jd fakeh mcm Hadi..

    Elok sgt ler buat AUTA khianat
    Khianat dusta kominis pil kuda
    war2 kan dusta khianat tu ditv3

    Adab jd naib presiden ulamak dunia,

    pakai jubah sarban putih suci
    ddlm gelap UG dgn setan2 dikenali
    bg sikutty dan setan2 sume happy

    Woii Hadi..lu mau kasi org adab,
    itu lu punya FITNAH..adab belajar dgn sape,,setan IBLIS huh!?
    Lu org parti JAMAAH setan IBLIS kah!?
    lg ada hati mau cakap adab kaa ini worang..chiitt tarak akai punya bahalol pooraah!!

    ReplyDelete
  2. Imam salah bacaan or tertinggal bacaan tak leh tegur ke?

    ReplyDelete
  3. Apa kah si bahalol akan mengakui kelemahan diri nya sendiri ?

    Manusia tu bukan maksom , tapi ada yang jafi three-some....

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullah. . Apa punya kebencian sebegini..

    ReplyDelete
  5. Cantik.cantik.admin masih tak puas hati.sahih merasakan diri terlalu sempurna hingga rasa bongkak menguasai diri.cukup ler bro admin.bukan ini ajaran yg di didik.

    ReplyDelete
  6. Anon 7:23 PM

    Kalau pun anda taksub, janganlah menidakkan apa yang terbukti. Salahkah apa yang saya katakan berdasarkan bukti link yang saya sertakan?

    Manusia yang digelarkan ulamak bukannya maksum...hanya Rasulallah yang berstatus maksum!

    ReplyDelete
  7. Betul tu admin.... Penyokong totok PAS ini bukannya ada otak penuh di kepala. Sebahagian otak mereka ada di kepala lutut. Taksub kepada pemimpin kalau pemimpin pinjam bini mereka buat satu malam pun tidak apa sebab "aula". Itulah yang terjadi kepada pengikut ajaran sesat Ayah Pin dan Hj Kahar barangkali. Mereka ini sama seperti sifat ikan kering.....Mata sahaja sentiasa terbuka tetapi tidak tahu apa-apa (berita benar), yang mereka tahu taat "bodoh" kepada pemimpin yang durjana. Mereka ini langsung tak pernah membaca sejarah perjuangan bekas Presiden PAS "Dato Hj Asri" dan "Nakhaie Ahmad" sebelum ini? Adakah para pemimpin mereka itu setaraf Wali? Jawabnya ya...Setaraf Din Ayam, Din Sawi dan Nik Balak serta Nik Jet atau setaraf Nasya mat Isa (Presideng yang gila nak UG, dia ini yang kena pecat dari PAS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas kejahilan apa hang komen.tak tau ler pulak jika hang benarkan bini hang dipinjam oleh pemimpin hang utk satu malam dan seterus nya.komen bodoh lagi jahil.menuduh/memfitnah itu memang lazat dan hukuman utk hang nanti lagi lazat.nak tampilkan kejahilan pun agak agak ler.jgn sampai nampak seolah olah hang tiada beragama.pembawafitnah serta pengadu domba cukup banyak diakhir zaman.cukup cukup ler.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa