Friday, August 29, 2014

Kritikan Mahathir: Ini Komen Najib

PM melunakkan keadaan?

Najib: Kritikan Mahathir isu dalaman parti
mk - 7:50PM - 29 Aug 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad kepadanya  sebagai "soal dalaman Umno".

Enggan mengulas lanjut tentang kritikan keras bekas perdana menteri itu, Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno tetap menyokong barisan kepimpinan sedia ada.

Pada masa sama mereka juga menghormati pandangan Mahathir sebagai negarawan yang disegani.

"Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

"Di samping itu mereka menghormati Tun (Mahathir) sebagai the elder statesman (negarawan kanan).

"Jadi kita anggap ini sebagai soal dalaman Umno.

"Kita harap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno petang ini.

Najib juga tidak menolak kemungkinan beliau akan bertemu Mahathir seperti disarankan sesetengah pihak susulan kritikan keras bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.

"Apa-apa pun segala kemungkinan akan berlaku.

"Kita harap ia berkesudahan dengan keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mahathir sebelum ini menerusi blognya menyatakan menarik kembali sokongannya terhadap Najib yang dilihatnya "terlalu lembut" dalam hal-hal yang kritikal melibatkan pentadbiran negara.

5 comments:

  1. Lantak hampa lah labu.......sokong pun bukan hampa nak jalan hudud tak sokong pun gst naik jugak. Tapi dimalaysia ni paling aku meluat pemimpin umno lah. Sebab perkara pokok umgok menolak hudud walapun ahlinya 100% adalah islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:23

      Maklumat tuan mengenai ahli UMNO Baru sudah lapok. Sebelum UMNO Baru masuk ke Sabah awal 90an( sebelum PRU 1995) betoilah semua melayu.

      Sebelum masuk ke Sabah, UMNO Baru telah mengadakan satu EGM untuk mengubah syarat keahliannya dimana selain dari orang melayu, semua kaum bumiputra tak kira melayu ke tidak, Islam ke tidak boleh menjadi ahli UMNO penuh. Maknanya dia juga boleh bertanding mana-mana jawatan di dalam UMNO Baru, dimana-mana peringkat pun hatta jawatan Presiden. Jika dia menang didalam pertandingan merebut apa jua jawatan, dia layak memegang jawatan itu. Tak percaya sila rujuk kepada perlembagaan UMNO Baru secara online.

      Pindaan ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 sebelum UMNO Baru memasuki Sabah. Mengapa UMNO Baru desperado nak masuk ke Sabah saya ceritakan dibawah.

      Dengan kelulusan Pendaftar Pertubuhan bermakna secara sah dari segi undang-undang UMNO Baru bukan lagi sebuah parti kaum melayu 100% tetapi telah menjadi sebuah PARTI BUMIPUTRA sama seperti parti PBB ( parti taib mahmud) kat Sarawak sana dari segi keahlian. Ini kena faham betul-betul termasuk pak lebai- pak lebai PAS.

      Jadi hari ini terdapat ramai kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam menjadi ahli UMNO di Sabah. Malah ketua bahagian Penampang, Sabah, John Ambrose adalah bumiputra kadazan yang berugama kristian. Dia menjadi ketua bahagian sebab dia menang pertandingan jawatan ketua bahagian Penampang. UMNO juga pernah mempunyai seorang Adun Kadazan berugama kristian di DUN Sabah selepas PRU 2004 dulu kalau saya tak silap.

      Juga pati-pati dari Filipina yang diberi IC dibawah Projek IC Mahathir juga selain diberi IC juga didaftarkan sebagai pengundi dan ahli UMNO Baru, mengikut RCI tentang isu ini. Nak pasti kita tunggu laporan rasmi RCI ini yang diperam sampai hari ini bila ia keluarlah.

      Lagi masyarakat siam di Kedah, lebih spesifik di sekitar Kubang Pasu juga ramai yang mendaftar sebagai ahli UMNO Baru. Beberapa buah cawangan UMNO juga telah ditubuhkan oleh ahli-ahli UMNO dari kalangan orang siam ini. Perkara ini pernah dilapurkan oleh akhbar nasional.

      Jadi, sekarang ini ahli UMNO Baru bukan terdiri dari orang melayu 100%.

      bersambung....

      Delete
    2. Tuan

      .....sambungan


      2Mengapa UMNO desperado nak masuk Sabah - pertama selepas kekalahan Kuli ditangan Mahathir dan pengharaman UMNO Lama dan Mahathir buat UMNO Baru, perpecahan dikalangan orang melayu begitu ketara. Melayu mana? Melayu yang menjadi ahli UMNO Lama dan sebahagian besar orang melayu yang bukan ahli UMNO lama tetapi menyokong UMNO ( masa tu penyokong PAS sikit je dan terdiri dari orang di luar bandar. Majoriti orang melayu sokong UMNO Lama).

      Perpecahan majoriti ini makin ketara bila Kuli menubuhkan Semangat 46 setelah beliau dan penyokongnya dihalang dari menyertai UMNO Baru oleh Mahathir. Jadi masa tu ramai orang melayu dalam kebingungan dan ramai yang menyokong Kuli. Pada peringkat awai, ramai orang sangsi dengan UMNO Baru.Orang melayu yang menyokong S46 dan pembangkang masa tu ghamai. Macam yang belaku dalam PRU 13.

      Mai PRU 1990, walaupun UMNO Baru/BN menang tetapi UMNO Baru yang bergerak di semenanjung sahaja masa tu mendapati bahawa lebih separuh orang melayu menolak UMNO Baru jika diukur dari undi popular orang melayu. UMNO Baru hanya memperolehi 46%undi popular orang melayu.

      Mahathir dah nampak nasib UMNO Baru dia dalam PRU berikut iaitu tahun 1995. Tu pasailah kalut nak cari fix deposit baru di luar semenanjung malaysia. Tu pasai la pi Sabah.

      Bila nak pi Sabah, masaalahnya, kaum majoriti di Sabah adalah kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam iaitu Kadazan dusun dll. PRU dah dekat, dalam 3 tahun lagi lebih kurang. Tu pasailah UMNO Baru tambah syarat keahlian supaya boleh guna kaum bumiputra bukan melayu bukan Islam dalam PRU 1995.Masa suntuk. Cerita projek IC tu plak dibuat lepaih tu sebab nak dilute kebergantungan UMNO Baru kepada undi kaum bumiputra bukan Islam ni.

      Tu le apa yang jadik. Tuan blog boleh cerita bagaimana sambutan hangat orang melayu kat p3mbangkang dalam PRU 1990 tu.

      Akhirnya, ahli-ahli PAS pun kena faham rupabentuk UMNO Baru hari ini yang pemimpin2 hangpa dok gila nak bekerjasama tu.Macai2 UMNO Baru pun boleh check fakta ini dengan otai2 UMNO yang umoq lebih 55 tahun nak tau betoi ke dak.

      Delete
  2. Tuan

    sambungan....

    2Mengapa UMNO desperado nak masuk Sabah - pertama selepas kekalahan Kuli ditangan Mahathir dan pengharaman UMNO Lama dan Mahathir buat UMNO Baru, perpecahan dikalangan orang melayu begitu ketara. Melayu mana? Melayu yang menjadi ahli UMNO Lama dan sebahagian besar orang melayu yang bukan ahli UMNO lama tetapi menyokong UMNO ( masa tu penyokong PAS sikit je dan terdiri dari orang di luar bandar. Majoriti orang melayu sokong UMNO Lama).

    Perpecahan majoriti ini makin ketara bila Kuli menubuhkan Semangat 46 setelah beliau dan penyokongnya dihalang dari menyertai UMNO Baru oleh Mahathir. Jadi masa tu ramai orang melayu dalam kebingungan dan ramai yang menyokong Kuli. Pada peringkat awai, ramai orang sangsi dengan UMNO Baru.Orang melayu yang menyokong S46 dan pembangkang masa tu ghamai. Macam yang belaku dalam PRU 13.

    Mai PRU 1990, walaupun UMNO Baru/BN menang tetapi UMNO Baru yang bergerak di semenanjung sahaja masa tu mendapati bahawa lebih separuh orang melayu menolak UMNO Baru jika diukur dari undi popular orang melayu. UMNO Baru hanya memperolehi 46%undi popular orang melayu.

    Mahathir dah nampak nasib UMNO Baru dia dalam PRU berikut iaitu tahun 1995. Tu pasailah kalut nak cari fix deposit baru di luar semenanjung malaysia. Tu pasai la pi Sabah.

    Bila nak pi Sabah, masaalahnya, kaum majoriti di Sabah adalah kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam iaitu Kadazan dusun dll. PRU dah dekat, dalam 3 tahun lagi lebih kurang. Tu pasailah UMNO Baru tambah syarat keahlian supaya boleh guna kaum bumiputra bukan melayu bukan Islam dalam PRU 1995.Masa suntuk. Cerita projek IC tu plak dibuat lepaih tu sebab nak dilute kebergantungan UMNO Baru kepada undi kaum bumiputra bukan Islam ni.

    Tu le apa yang jadik. Tuan blog boleh cerita bagaimana sambutan hangat orang melayu kat p3mbangkang dalam PRU 1990 tu.

    Akhirnya, ahli-ahli PAS pun kena faham rupabentuk UMNO Baru hari ini yang pemimpin2 hangpa dok gila nak bekerjasama tu. Penyokong2 UMNO yg muda2 pun kena tau juga kerana ini adalah sebahagian sejarah parti hangpa yang mungkin berlaku sebelum hangpa lahir lgi.

    ReplyDelete
  3. Anon 3:00 AM

    Betul ketika itu orang-orang lama yang berjuang ikhlas kerana bangsa melayu menyokong Ku Li dan S46. Yang di atas pagar pun yang tidak berpendidikan agama juga sokong S46.

    Bagi mereka UMNO Baru ciptaan Mahathir adalah UMNO 'chameleon' yang bertukar rupa dan warna mengikut keperluan dengan bangsa dan agama yang bercampur aduk - bukan lagi UMNO dan Melayu tulin.

    Ketika menghadapi PRU tahun 1990 terbentuklah Angkatan Perpaduan Ummah APU)yang disokong juga oleh DAP dan APU merampas Kelantan dari BN sehinggalah sekarang.

    Tapi sayangnya selepas PRU tahun itu, Ku Li robohkan rumah yang dibinanya untuk memasuki UMNO setelah terkena minyak pengasih mahathir. Tapi Nasib Ku Li dua kali lima juga dengan anwar tercampak ke longkang. Bezanya Ku Li tidak menghuni mana-mana penjara. Tapi nasib Rais Yatim (sipembakar jambatan) dan Shabery Chik, Shahrir Samad berbeza. Mereka kekal menjadi orang besar UMNO sehingga sekarang.

    Apabila Ku Li bubarkan S46, ramai dari ahlinya menyertai PAS dan ada juga yang kembali kepada UMNO Baru.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa