Monday, August 25, 2014

Rakyat Sudah Pun Resah. Bukan Menjadi Rahsia Lagi!

Tiada tembak-menembak di Semporna
 | August 24, 2014
Media harus berhati-hati dalam melaporkan topik yang sensitif. Memperbesarkan topik negatif tidak memanfaatkan sesiapa.
fisherman_semporna_300SEMPORNA: Presiden Sabah United Chinese Chambers of Commerce (SUCCC) Gan Sau Wah telah memberi amaran kepada pihak media untuk tidak mensensasikan laporan mereka mengenai Semporna.
Gan, yang juga Presiden Semporna Chinese Chambers of Commerce (SCCC), berkata dalam kejadian baru-baru ini, anggota keselamatan ternampak tiga individu mencurigakan menggunakan bot laju sekitar 6:30pm, berhampiran dengan waktu permulaan perintah berkurung. Oleh itu, anggota keselamatan telah melepaskan tembakan amaran ke langit dan mengejar mereka.
Tetapi tidak ada pertukaran tembakan seperti yang dilaporkan dalam media, kata beliau dalam satu kenyataan.
“Laporan media bukan sahaja menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, tetapi juga memberi lebih tekanan lanjut kepada kehidupan rakyat di Lahad Datu, Kunak dan Semporna,” katanya.
Gan menambah bahawa perniagaan di tiga daerah itu telah sama-sama terjejas oleh berita itu dan tidak akan menggalakkan pelancong dan pelabur untuk datang ke Sabah. Gan mendedahkan bahawa ramai kawan-kawan di luar negara menghubungi beliau apabila berita itu keluar, sesetengah pelabur juga “berlari ketakutan”.
“Saya berharap media akan berhati-hati dalam melaporkan topik yang sangat sensitif. Memainkan topik negative tidak memanfaatkan sesiapapun; sebaliknya, ia akan menyebabkan kerosakan besar kepada rakyat dan perniagaan masyarakat, “kata beliau.
“Media perlu lebih bertanggungjawab dan bekerjasama dengan kerajaan, serta menahan diri daripada melaporkan isu-isu yang boleh membawa kesan negatif.”
Input kepada kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan
Beliau juga berharap bahawa ketua-ketua agensi penguatkuasaan, termasuk Command (ESSCom), akan berhati-hati dengan kenyataan akhbar mereka.
“Agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan perlu mengamalkan kawalan diri, dan mengelakkan daripada menyebut ‘perkara kecil’ untuk mengelakkan daripada kejadian disensasikan.”
SUCCC baru-baru ini menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Pantai Timur diketuai oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina Lahad Datu Mok Teng Sang berikut kejadian penculikan baru-baru ini di pantai timur.
Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan keselamatan untuk memastikan keselamatan ahli perniagaan Cina dan pelancong di Eastern Sabah Security Zone(ESSZONE), dan juga untuk memberi input kepada kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa