Tuesday, August 26, 2014

Tawar Azmin sertai PAS: Hadi Nafi. TMI Pertahan Laporannya

Pada akulah.......
Kedua-dua laporan kita baca dan nilai
Kita boleh menilai dari apa yang dia kata. 
Dari apa yang berlaku dan juga dari logik
Aku menilai rentetan peristiwa sejak dari 25 Julai 
Kalau ibarat buku, aku sedang menyusun dan menjilid 

Satu lagi kita boleh percaya yang ini adalah fitnah oleh TMI sekiranya Azmin juga turut nafikan

Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno
Published: 26 August 2014 - TMI

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.

5 comments:

  1. Ha.ha.ha.ha.gelak besar aku.akhir nya Baginda Sultan menitahkan setiap parti menyenaraikan 2 nama utk dinilai dan dipilih sebagai mb Selangor.ha.ha.ha.ha.maka bertambah tempang ler lagi langkah kajang.ha.ha.ha.ha niat busuk pkr telanjang ler sudah.kita tengok siapa yg kena.ha.ha.ha.ha.buat penat jer para pencacai pkr kerja overtime.lain kali cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. kalau betul apa yg dikatakan aku ucapkan BYE, BYE Pas, aku sungguh malu mempunyai Presiden parti macam ni, dulu kata UMNO Munafik dan sekarang siapa yg munafik? Mana amanat Hadi?
    Pastinya aku tak akan menyokong lagi Pas selagi Presiden dan SUP masih mengekalkan jawatanya. Aku anggapkan Pas adalah parti terbaik bagi aku dan keluarga rupanya Pas adalah sama dgn UMNO dan PKR.

    ReplyDelete
  3. Hadi ber jaya meng NGOK kan jutaan Melayu dengan jaja jaja agama dalam cari makan bagi pimpinan PAS.

    Pandai jugak Orang Melayu dalam busines MLM ini yea.

    ReplyDelete
  4. Abe,

    Orang yang paling layak untuk membuat penafian ialah Hanipa Maidin. Dia adalah orang yang disebut dengan jelas bertikam lidah dengan TGHH. Setakat ini Hanipa Maidin tidak membuat sebarang penafian. Bagi sesiapa yang mengikuti perjuangan Hanipa Maidin didalam PAS akan tahu dia sangat menyayangi PAS dan p3mimpin utama PAS. Jika berlaku fitnah keatas PAS atau Presiden PAS, dialah antara yang mula-mula tampil mempertahankan sesuai dengan profesyennya sebagai peguam senior.

    Dalam laporan MI, Azmin Ali adalah pihak ketiga bukan watak utama didalam laporan MI. Penafian Azmin memang sepatutnya kerana dia bukan ahli PAS dan tidak patut terlibat dengan konflik dalaman PAS. Pada saya penafian Hanipa Maidin lebih credible dari penafian Azmin Ali.

    Jika kita baca laporan MI, apa yang laporkan mengenai pertikaman lidah antara Hanipa dan TGHH agak detail mengenai subjek yang diperdebatkan. Juga jika lama mengikuti
    politik dan kepimpinan TGHH terutama jika kita focuskan kepada lepas tsunami 2008, pendirian UG TGHH agak konsisten dengan yang dilaporkan.

    Membaca penafian Setiausaha Politik TGHH dan membandingkan dengan laporan MI, penafian ters3but kita dah tengok acapkali setiap kali TGHH terkantoi ( mostly yang memporakperandakan Pakatan Rakyat sebelum2 ini). Saya mengikuti perkembangan TGHH sejak tahun 1976 lagi, masa tu dia belum join PAS lagi. Dia bekerja dengan kerajaan UMNO Terengganu ( Majlis agama kalau tak silap) sebagai mubaligh/ pendakwah dan bersama ABIM Terengganu sebagai salah seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  5. bat8

    Abe tekankan pada Azmin itu adalah dia menjadi subjek utama di dalam pertengkaran antara Hadi dan Hanipa dan Azminlah orangnya yang ditemua Hadi.

    Yang bat8 kata tu betul juga sebab yang membawa topik itu adalah Hanipa. Yang berlaku dialoq juga adalah antara Hanipa dan Hadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa