Monday, September 29, 2014

Celupar: Orang Sendiri Pun Naik Rimas, Orang Lain Apa Tah Lagi!

Inikah kebijaksanaan dan berhemahnya Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat?
Rupanya Brehim Ali kalah hanya kerana Nik Abduh ni anak Nik Aziz jerlah. Karisma sendiri yillek!

Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh jaga emosi
Published: 29 September 2014 | Updated: 30 September 2014 2:39 AM
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihati supaya lebih menumpukan perhatian kepada tugasnya daripada mengadu di laman sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.
Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.
"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.
"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.
"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya.
Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu.
Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.
"Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.
"Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya.
Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP.
Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.
Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.
"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
"Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu.
"Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya. – 29 September, 2014.

23 comments:

  1. mamat ni penjilat tegar UG
    masuk UMNO jer abduh oii
    budak mentah mengejar kemewahan

    ReplyDelete
  2. Mamat ni .. ingat rakyat bodoh macam dia .... PAS jadi pengkhianat dalam PR , maka perkara ini yang rakyat tak setuju , rakyat harap PR boleh menggantikan BN namun PAS telah membuat onar dalam rakan PR . PAS tiada matalamt politik .... masih berfikir kekampungan dan assabiyah !!! Kena ingat kita masyarakat berbilang kaum , kita kena perlihara hak-hak kaum lain . Ini tidak .. baru berkuasa sikit , orang lain habis ditaramnya . Memang busuk hati ....

    ReplyDelete
  3. Dalam Parlimen pun tak pernah dengar dia berbahas tentang isu nasional apatah lagi nak dengar isu peringkat parlimen.. makan gaji dan elaun dengan cara tutup mulut dan diam sahaja. Yang pandai ialah bertwitter dan berfacebook untuk kutuk PKR dan DAP yang puak UG PAS cuba khianati...teruk2 Breheng Ali pun ialah cara dia berpolitik! Tapi kalau bab minta tolong dan projek kecil kampung dia berjaya... yang ini teruknya sebab tak buat kerja wakil rakyat... asyik sibuk bab parti dan merungut jah....

    ReplyDelete
  4. Ayuh...Buat satu sokongan terbuka untuk Yb Shaari dan Yb Hasnul..... bagi mamat kat atas ni lagi berbuku jiwa...nya.

    Dgn Org Tua lu gua Sanjung tinggi tapi tak semestinya gua pun nak sanjung lu....kalau rasa nak di sanjung belajar dgn orang tua lu balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak diminta pun sanjungan lu.apa barang setakat sanjungan.

      Delete
  5. Ayuh...Buat satu sokongan terbuka untuk Yb Shaari dan Yb Hasnul..... bagi mamat kat atas ni lagi berbuku jiwa...nya.

    Dgn Org Tua lu gua Sanjung tinggi tapi tak semestinya gua pun nak sanjung lu....kalau rasa nak di sanjung belajar dgn orang tua lu balik.

    ReplyDelete
  6. Jgn salah kn dia..dia pn nk merasa vellfire,saham n 7 series gak..dulu bpk x bg..skrg dh jd MP bru blh rase..

    ReplyDelete
  7. Apa lah Nik Abduh tanpa bapak nya Nik Aziz....

    PAS Parti Politik GAGAL , nik abduh gagal belajar dari bspak nya tidak seperti Guan Eng ikut Kit Siang.

    Orang Bahalol kuat emosi boleh jadi pemimpin ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pun apa kurang kebahlolan nya.setakat mematuk keyboard jer ler.

      Delete
  8. Dikatakan anak seorang Ulama. Sebab apa tengok muka Nik Mini Cooper ini aku rasa nak lempang? Tiada aura atau rasa belas kasihan langsung seperti melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz. Dalam Parlimen kepala sorok bawah meja, takut untuk berbahas isu kepentingan rakyat Pasir Mas, tetapi kalau pasal mengutuk dan mengadu domba rakan PR dalam fb dan tweet, hah berilah kat "anak anjing" ini. Mungkin inilah di dunia lagi Allah SWT sudah memberi petunjuk-Nya kepada kita supaya menilai manusia mengikut nilai moralnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu kira lu punya lempang jer,lempang orang lain lu tak mau ambik tau ker.Allah swt cipta yg bergelar manusia saperti lu.bersifat saperti lu.kemudian lu gelar manusia ciptaan Allah swt sebagai "anak anjing".woi lu saper oi,nak gelar manusia ciptaan Allah swt sebagai "anak anjing"makna nya lu rasa lu lg hebat dari Allah swt ler sebab mempersendakan ciptaan Nya.nak tunjuk terror pun agak agak ler.jgn sampai nampak sangat jahil murakab nya.lu dpt saham,admin pun dapat saham juga.bravo.

      Delete
  9. Anon 8:49

    Kah....Kah....Kah, "anak anjing" memang ada gaya. Sebab berani menyalak kecil-kecilan aje. Yang MP Temerloh tu montok dan mata juling sikit tiada tengkuk pula, "anak babi" barangkali?

    ReplyDelete
  10. Nice post. I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.

    It's always helpful to read through content from other
    writers and use something from their sites.


    Here is my blog post - cna classes

    ReplyDelete
  11. Suma pakat kutuk da c abduh yg huduh perangai ni kt sini...its shows abduh ni memang tkda vision..yg tau fb n twitter. .buat mlu tgni jea..

    ReplyDelete
  12. Dia ni tak nurun pak dia[TGNA] sikit habuk.Dia tak leh dan tak sesuai jadi pemimpin dan ahli politik.Berkecek bodo .Kecek temela.Dia sesuai jadi ustad ngajar sekolah yik.Rugi orang P.Mas pilih budak bodo ni.

    ReplyDelete
  13. Dia ni bodo tak nurun pak dia.Sesuai jadi ustad skolah ugama yik.Rugi ore P.Mas pilih caprak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.lu pun apa kurang nya.ntah ntah lebih bodoh nya.

      Delete
  14. Alvin membabikan top man in umno. Kemarahan yg membuatkan penyokong umno melepaskan geram kpd pr. Kesian sangat.

    ReplyDelete
  15. Bro bat8.PRU 14 hntar dia ni tanding kat kubang kerian ok n boley tak?berwibawa ooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeh...pulau melaka tu sebelah kubang kerian. Kalau mamat nii soheh lingkup. Kalau hendak pastikn mamat ni kalah boleh letak di KK. KK dalam KB.Ramai org cerdik yg boleh tolong pelingkup mamat ni....hehe

      Delete
  16. Kerana Nik Abduh nama baik Nik Aziz sedikit tercemar.
    Pru14, kalau Pas keluar PR, Kelantan UMNO/BN punya.
    Ini yang Najib mahu. Kes royalti minyak pun selesai.

    ReplyDelete
  17. Kesian la kat puak2 yg sokong pasma ni...tak kira kawan n lawan semua hangpa balun serupa ja... maka berjaya lah ubn dalam gerak saraf memecahkan PR... geng hangpa ni kenai politik time selepas 1997/1999 ja... kami tetap sokong PAS dari sejak merdeka sampai la ni...geng2 baru ni pakat pi jilat pungkok Umno/Cina/Hinu n Duit Tauke judi le...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa