Tuesday, September 23, 2014

Korang Rasa Tak Lucu Ker Tajuk Kat Bawah Ni?

Exco Pas terima Azmin sebagai Menteri Besar
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KLANG - 23 SEP 2014 (4 HOURS AGO)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Beliau berkata, semuanya sudah berakhir dan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menyelesaikan kemelut itu secara baik serta muafakat.

Ditemui wartawan selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah di sini, katanya, semua pihak harus menerima pelantikan Mohamed Azmin dan masing-masing boleh menjalankan tugasan memberi perhatian kepada rakyat selepas ini.

Kemelut politik bermula dengan formula 'Langkah Kajang' yang dicipta PKR selepas kemenangan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lalu.

'Langkah Kajang' menghendaki Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan itu untuk digantikan dengan Dr. Wan Azizah.

Namun, Abdul Khalid enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta parti itu memberinya peluang memegang jawatan Menteri Besar sehingga tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada 2018.

Bagaimanapun, keengganan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Dr. Wan Azizah memaksa Lembaga Disiplin Keadilan mengenakan tindakan memecat keahlian seumur hidupnya dalam parti.

Berikutan itu, beliau yang mendapat sokongan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar sehingga Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan calon baru sama ada dari Pas, PKR mahupun DAP. - MalaysiaGazette

26 comments:

  1. tengok perenggan 2;
    "....menyelesaikan kemelut itu secara baik serta muafakat"

    naik geram ada
    nak gelak pun ada
    sampai nak mencarut pun ada

    ...POORRRRAAHHH!

    ReplyDelete
  2. Dia angkat Azmin kot-kot Azmin lantik dia semula,kalau bak difikirkan orang macam nie lah patut dicampak dulu kedalam sungai Kelang tu sebabnya kawan yang tak mahu ikut susah kitika rakan lain dalam kesusahan,apa yang dia fikir aku senang itu saja, jika benar dia ikhlas PAS khususnya kenapa mesti bersekongkol dengan TSKI selepas beliau dipecat sepatutnya ketika itu masaalah MB ini telah selesai jika TSKI tiada sokongan dari empat EXCO dari PAS ini, budak-budak daejah satu pun boleh berfikir jika TSKI tia sokongan dari mana-mana pehak man mungkin dia boleh tadbir negeri sedangkan dia sudah berparti bengong punya alasan untuk memuji Azmin, harap-harap Azmin kena memikr sedalam-dalamnya jika hendak melantik semula makhluk dan spesis ADUN seperti ini kedalan majlis EXCO negeri nanti.Syabas Azmin anda telah berjaya melangkah ketahap yang sesuai dengan keikhlan perjuangan anada.Syabas sekali lagi dari kami yang sentiasa menyokong PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah yg dicari ler bengong oi.ops,sori terlupa plak.yg ada dna umporno memang bengong.

      Delete
  3. anon 7.35 kelakar giler statement agaknya bila jadi ahli politik hilanv rasa malu demi kuasa dang wang. ha ha giler siot...

    ReplyDelete
  4. Apa yg masalahnya dgn apa yb nie ckp..yg berebut2 kuasa korg pkr...heran aku korg punya angkara x abis2 pas korg nk tuduh itu ini....sudah2 la tue...

    ReplyDelete
  5. Langkah kajang baru kita kenal sapa PAS yg sebenar. PAs tua saja dlm usia politik..tapi cetek ilmu politik.
    Tiada lagi sokongan utk PAs....

    ReplyDelete
  6. Jgn panjangkan isu mountdweller, mmg dari awal hadi nakkan azmin.. Cukup jgn pecahkan pakatan rakyat dgn menyakiti hati penyokong pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro zakuan.
      Rasanya yg sakit hati hanyalah penyokong tuan presiden n the geng ajer.lagi pon bila isu mb ni terjadi baru kita nampak garisan2 dlm PAS itu sendiri.selama ini garisan tersebut terlindung dgn serban sejadah takbir kitab2 fiqh hadith.jgn PAS merajuk n sombong diri plak dgm merasakan tanpa jentera mereka PKR DAP tergolek.fikir kembali selama ini dgn jentera PAS berapa bnyk kerusi adun n parlimen yg PAS dpt sblm bergabung dgn parti2 lain.semua saling memerlukan.cuma jgn wat kelaku fenin fil khudaa semasa bertahalluf.kang org kafir kata oooo mcm tu amalan islam.sy penyokong kuat PAS cukup terasa dan sakit hati dgn tindakan politik presiden dan beberapa pemimpan PAS.sy rasakan semua yg berlaku ini x semudah angin berlalu utk dipulihkan melainkan pucuk pimpinan peu berubah.samada diri berubah atau ahli kena ubah pemimpin yg tak perform dgn tuntutan perjuangan.pemimpin yg x mampu or dah nmpak riak kocakan perubahan hendaklah meletak jawatan secara terhormat.anda pasti akn dikenang sebagai tokoh PAS terunggul dan berjiwa besar lg hebat

      Delete
  7. Isu ni akan menyebabkan parlimen pkr yg mengunakan jentera pas akan tersungkur.. Kalu isu ni tak dimatikan dgn baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bangga diri sangat zakuan. Dengan reputasi PAS yang terok sekarang, PAS memerlukan sokongan DAP dan PKR untuk menang di kawasan pantai barat. Kalau bercakap di Kelantan, Terengganu mungkin betul.

      Dipantai barat, kekuatan jentera PAS pun xmendatangkan pulangan yang sepatutnya. Apatah lagi, krisis MB Selangor ini benar2 memberi masalah kepada akar umbi PAS. Ingat majoriti akar umbi masih bersama PR. Akan masih kuat lagikah jentera PAS selepas ini? Jangan bersikap sombong

      Delete
    2. Nampak sangat orang Pas tk tau undang2 dn adat serta tatasusila.
      Dalam pelembagaan mana ahli exco lantik mb?
      Azmin patut humban je adun2 pas macam bongog ni dari jadi exco dn pilih adun yg berprinsip saperyi saari dn hisbul baharuddin jadi exco.

      Delete
  8. Sejak hadi menggunakan perkataan 'barua', kini dah rasa tak kekok nak kata kat saleheen ni......BARUA NKO!

    ReplyDelete
  9. Ingat sikit la yer......adun pkr tu berapa ekor aje.. Jangan nak kutuk pas lebih2 pulak.

    ReplyDelete
  10. PR lebih baik tanpa PAs...
    PR seperti dukung biawak hidup kalo PR masih nak bersekutu dgn PAs...
    Serba salah nak sokong PR kalo masih bersekutu dgn PAs..

    ReplyDelete
  11. nampak kepingin jawatan exco... aku dok nampak yang nak sangat jawatan dalam PAS ni orang yang ada title ustaz walaupun bab pengurusan sedikit hampas...

    ReplyDelete
  12. PR takkan mati tanpa PAs..tpi PAs dah pun mati bilamana rakyat telah dpt melihat wajah huduh PAs yg sebenar...menyesal sokong PAs sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. pala hotak engkolah mounweler....hati busuk ko tak habih lagi....sotan dah tolong setel kemelut mangkuk hayun pkr ni kira dah baik dah....apa lagi yg sakit hati ko.

    ReplyDelete
  14. Admin bukan ada fikrah ugama itu sebab isu ni dipanjangkan.

    ReplyDelete
  15. azmin nk kena pecat kahkahkah

    ReplyDelete
  16. Hasil muktamar johor baru ni, kesimpulannya ialah samada pas keluar pr atau tghh dikeluarkan dari pas.

    Lain dari yg di atas, pr tak perlukan pas yg ada hadi.

    ReplyDelete
  17. Anon 9.10pm masih tak faham ke?

    Presiden pas ada veto, berbelit-belit, u-turn, memfitnah, dsb, pastu kata masih nak pakatan tapi nak menari dgn ug umno!!! Apa punya hindustan ni???

    ReplyDelete
  18. Yes, saya akan tetap ABU dan satu lagi ABUg.

    ReplyDelete
  19. Standard le , dimana angin bertiup
    Disitule perginya,
    4 Adun pas yg merumitkan keadaan?
    Akhirnya rosakkan maruah sendiri,
    Tahniah pada 2 Adun yg ada prinsip,
    Bos suruh terjun lombong dia tak terjun pun, bijak2 ,

    ReplyDelete
  20. Anonymouse 10.20 dan 10.25 adalah orang sama .dia sakit jiwa.sama je dengan lebai2 serban berbelit.ada ilmu agama tapi sikap macam orang jahil

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa