Tuesday, September 16, 2014

Krisis MB Selangor: Gitu, Gini Rupanya Banyak Perkara Tersembunyi

Nampaknya banyak perkara yang tersembunyi
Pengarah pilihanraya PAS pun banyak perkara yang dia tak tahu

PAS mahu orang lain tapi terpaksa pilih Dr Wan Azizah, kata Hatta Ramli
Published: 16 September 2014
Dr Hatta Ramli berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli mendedahkan PAS pada mulanya mahukan individu lain menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi akhirnya terpaksa menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut kehendak Pakatan Rakyat (PR).
Selepas diasak hadirin dengan persoalan "Apa PAS mahu?", Dr Hatta mengakui gagal memberikan jawapan tepat punca parti itu memanjangkan lagi krisis peralihan kuasa menteri besar Selangor.
"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.
"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.
Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut mengakui berlaku pertemuan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor membincangkan calon menteri besar, namun enggan mengulas lanjut.
"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.
"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan Adun, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.
Beliau berkata walaupun dalam PR, kadangkala ada isu yang tidak boleh disepakati seperti hudud, tetapi PAS dalam isu menteri besar Selangor mengambil pendirian tidak wajar dan dirumitkan sehingga tidak ada satu keputusan dibuat.
"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak henbdak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya.
Dr Hatta turut mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi PAS yang mahu 13 Adun PAS Selangor kekal tidak memihak Dr Wan Azizah.
Katanya 13 Adun terbabit sepatutnya bersama 28 Adun PR lain memastikan khidmat Khalid ditamatkan dengan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang diputuskan parti.
"Kenapa hendak kekalkan 13 ini sebab dia tidak akan mengubah apa-apa. Adakah 13 Adun ini dijadikan alat untuk mencapai sesuatu cita-cita?
"Kalau mahukan salah seorang 13 Adun ini jadi menteri besar, itu melangkaui persetujuan kita," katanya mengulangi pendirian mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu yang tidak akan menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan.
Beliau turut mempertahankan tindakan Adun Morib Hasnul Morib dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyokong Dr Wan Azizah, tidak dianggap melanggar arahan parti.
Dr Hatta turut bersimpati dengan dua Adun terbabit yang digelar pengkhianat sehingga menyebabkan mereka trauma dan terpaksa menghilangkan diri.
"Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 Adun) itu menyokong supaya Sultan senang buat keputusan.
"Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 Adun itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.
Sementara itu, pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata pertama kali dalam sejarah negara istana menolak calon menteri besar yang mempunyai sokongan majoriti.
"Agong tidak pernah buat, raja-raja mahupun Tuan Yang Terutama (TYT) pun tidak pernah buat tetapi di Selangor macam akan berlaku," katanya. – 16 September, 2014.

8 comments:

  1. aku mencadangkan pkr/dap/pas dan umno/mca/mic korang gabung je..guna nama PMR="pakatan melembukan rakyat" hehe...sebab korang xda beza pun,baik gabung je hehe..selepas gabung,kalo nak gabungan ni pada tahap biasa2 je biar umno lead,mungkin boring sikit la..tapi kalo nak lebih menghiburkan bagi pkr lead haha...
    amacam?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin PAs semua bole bagi ucapan dgn ayat2 bunga..tpi dikedai2 kopi serata maaysia...tukang2 gantung bendera PAs kt pokok2...maki hamun Pas dan dah naik meluat dgn Pas yg mcm2 isu 3suku...

    ReplyDelete
  3. Anon 5:28 PM

    Setuju.....memang akhir-akhir ini mereka tidak ada beza pun!

    Hudud dah berkedut dalam kerandut...apa lagi yang mereka akan suakan ke fikiran kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pengamatan saya..(kalo salah..sori la,pandangan peribadi je ni hehe)..pendukung2 pas la yg obses "memeluk" politik berbanding yg lain,kalo pas dikritik pendukung2 mereka akan beremosi seakan2 kita dah larikan bini mereka(emosi yg sgt serius)..perasan x?hehe...so untuk komen mereka risikonya sgt tggi..nanti silap2 di"kafir" oleh mereka....x kira yg muda atau yg tua..mereka terlalu "hebat"...jadi no komen hehe...

      Delete
  4. Adapun hikayat sahibuz zaman..
    Banyaklah raja memerintah buana..
    Asal leluhur dari kayangan..
    Turun ke dunia peradaban dibina..

    Raja Daud, raja terbilang..
    Raja Sulaiman aneh kisahnya..
    Raja Zulkarnain dan tembok penghalang..
    Demikianlah antara raja di dunia..

    Berlalulah zaman silih berganti..
    Melata warisan ke penjuru alam..
    Berubah warna berbeda pekerti..
    Tetap terlihat siang dan malam..

    Masakan Tuhan melupakan kita..
    Malah diperhatikan setiap masa..
    Maka benarlah hakikat kuasa..
    Bila dipuja menjelmalah harta..

    Sejarah tertulis sejarah tercipta..
    Bukanlah untuk santapan semata..
    Perlulah dikaji, disemat di jiwa..
    Tidak terjadinya itu sia-sia belaka..

    Ditelusuri kitab Al Quranulkarim..
    Tersingkap kisah yg menyedarkan kita..
    Asalkan penguasa lagaknya zalim..
    Pasti lenyapnya dalam terhina..

    Azab menimpa perlukah terkejut..?
    Pasti tersirat suatu petanda..
    Yg mana tersedar segeralah bersujud..
    Dunia akhirat, terselamatlah kita..

    Benarlah dahulu penguasa menggila..
    Tidaklah beerti mereka semua..
    Setitik nilakah yg perlu diwarta..?
    Mengapa susu berdekatan pula..

    Tidakkan melayu raja diderhaka..
    Segala titah dijunjung setia..
    Tertumpah jua darah saudara..
    Buruklah akibat mengadu domba..

    Tidaklah yg gagah semuanya raja..
    Namun yg lemah sering teraniaya..
    Di timur, di barat sama sahaja..
    Begitulah kisah suka dan duka..

    Pantanglah melayu menyerah kalah..
    Meskipun bertempur sesama agama ..
    Akal yg bijak perisai yg lemah..
    Bijak bicara bijak pula mengena..

    Asalnya penjajah berwatak sahabat..
    Membantu yg lemah mencalar sejarah..
    Mengharap pembesar penuhlah muslihat..
    Mengharap sahabat mengundang padah..

    Sesallah dahulu mereka berkata..
    Sesal kemudian tiadalah berguna..
    Tiap kejadian terkandung rahsia..
    Pantas melihat terlepas tandanya..

    Benarlah kitab Al-Quran yg mulia..
    Penguasa yg zalim pasti dicela..
    Kuasa yg mutlak kini binasa..
    Rakyat pula diangkat berkuasa..

    Mengapa dimarah cara yg ada..
    Tidakkah semua diberi haknya..
    Baik raja dan rakyat jelata..
    Bersatulah hati, binalah negara..

    Lembaran hikayat terbias hakikat..
    Hartalah punca semaraknya kuasa..
    Biarpun nista dipapar, dipahat..
    Butanya hati, bernanahlah jiwa..

    Di dalam kitab hukum ternyata..
    Terang bersuluh mendidik insan..
    Banyak perkara satu berbeda..
    Terbuat sudah rugilah amalan..

    Manakah jihad yg paling utama..?
    Mengekal kuasa atau membela Yg Esa..?
    Lagi menghina Rasul yg mulia..
    Akibat riba, tercabut imannya..

    Sesungguhnya al kitab ada jalannya..
    Tetap juga mereka berdusta..
    Begitulah harta menjerat pemuja..
    Yg berkecuali itu sedikitlah bilangannya..

    Sebuah negara ibarat bahtera..
    Berlayar menuju daratan bahagia..
    Bahtera merdeka milikan raja..
    Takkan bertukar nama nakhoda..

    Bahtera belayar menuju arah..
    Mengapa daratan tak kunjung tiba..?
    Segala penumpang jiwanya gundah..
    Rupanya nakhoda berkepala dua..

    Melihat peta daratannya sama..
    Namun memandang berlainanlah mata..
    Di sini berkata, di sana berkata..
    Berubahlah haluan di atas peta..

    Mengapa dilantik nakhoda yg sama..
    Mencari pengganti tercicirlah kerusi..
    Mengharap raja menukar segala..
    Terhadlah kuasa angkara sendiri..

    Bila diselam bila diteliti..
    Mengapa yg lemah teguh berdiri..
    Haluan terpesong nyata disedari..
    Pengganti lainnya arah tak mengerti..

    Belayarlah mereka ke lautan gelora..
    Raja pula duduk memerhati..
    Taufan dijangka lagi binasa..
    Kukuhkah bahtera..? Wajarkah menanti..?

    Tercicirlah kerusi pengganti merencana..
    Bahtera yg baru pasti selesa..
    Tiada yg lain dialah nakhoda..
    Bernasib baik dialah empunya..

    Segala yg cerdik, segala jurutera..
    Dihimpun bersama merangka kerja..
    Mereka melakar, mereka jugalah yg mengira..
    Mengapa terhasil kereta kuda..?

    Bahtera yg pergi tidakkan kembali..
    Yg tercicir pula teraba-raba..
    Walaupun lakaran sudah diberi..
    Azablah membina lagi sia-sia..

    Datanglah bencana yg selalu diperkira..
    Melanda yg tertinggal mahupun di bahtera..
    Badai gelombang menggila lagaknya..
    Lemaslah segala dalam terjaga..

    Begitulah hikayat penglipur lara..
    Berbeda kisah bermakna serupa..
    Berkias-kias antara kita..
    Moga terpahat maksud yg nyata..

    ReplyDelete
  5. Tiap perbuatan tercatat jejaknya..
    Baik di mata juga di hati..
    Ibarat yg pergi meninggalkan namanya..
    Mana yg berjasa itulah diingati..

    Demikianlah acuan membentuk kuihnya..
    Buruklah acuan pincanglah rupanya..
    Meskipun ramuan cukup segala..
    Namun mata menipu selera..

    Wahai mereka yg bertelagah itu..
    Renungilah wajah anak-anakmu..
    Tenangkanlah jiwa yg kian terkeliru..
    Demi masa bersatulah dahulu..

    Berbeda fahaman terbitnya golongan..
    Murkalah Tuhan andainya sealiran..
    Sanggah menyanggah katanya teguran..
    Tampak akhirnya bermusuh-musuhan..

    Demi masa kitalah yg binasa..
    Hasrat bersatu bicara penggoda..
    Yg lemah berkuasa, yg gagah terlena..
    Terluang waktu bersilatlah mereka..

    Wahai mereka yg bertelagah itu..
    Dahulu bersatu kini bercelaru..?
    Mahligai dikurnia dugaan menunggu..
    Tidakkah harta meyesatkan arahmu..?

    Ayat manakah yg ingin didustakan..
    Tentang perpaduankah ataupun ajaran..?
    Berbagai bangsa ciptaan Tuhan..
    Datanglah mereka mengikut ketentuan..

    Asal mereka asalnya bertuan..
    Di tempat mereka telah ditentukan..
    Namun dipilih antara titisan..
    Kita jualah pengembala pilihan..

    Jika kaduk naik junjungnya..
    Penjaga dilantik tiadalah berguna..
    Akal yg cetek lagi tergesa..
    Cerdiklah merangka cerdiklah mengira..

    Para ulama biasan si ayah..
    Mendidik anak jangan bersengketa..
    Hidup muafakat pelihara akidah..
    Moga menjadi insan berguna..

    Masakan panas berhari-hari..
    Adakalanya ribut menyapa..
    Bertelagahlah anak bertikam mati..
    Adakah si ayah melihat sahaja..?

    Bijaklah si ayah menenang suasana..
    Bijakkah pula bermain mata..?
    Membiarkan segala nasihat bersahaja..
    Mahligai kedua terbayang bermakna..

    Porak perandalah semua anaknya..
    Malanglah lagi disumpah derhaka..
    Tinggallah mereka si ayah berkelana..
    Terbitlah pula warisan kedua..

    Harapan si ayah nasib berbeda..
    Membesarlah mereka diperhati sentiasa..
    Dibelai dimanja apapun terlaksana..
    Maka anak-anaknya meminta yg dusta..

    Marahlah si ayah menyinga-nyiga..
    Apakah yg ada terkurang pula..
    Dibukalah kitab diterang segala..
    Anak pula bercerita sebaliknya..

    Diajar si ayah kitab yg sama..
    Walaupun si ayahlah yg mengajarkannya..
    Diambil sekerat asalkan bermakna..
    Termenung si ayah bergetarlah jiwa..

    Ditahan-tahan, dipendam-pendam..
    Nasihat diberi tidak diendahkan..
    Bijakkah si ayah anaknya ditikam..?
    Atau kitabkah tersalah cetakan..?

    Kini si ayah akalnya membatu..
    Di sana tidak, di sini pun tak tentu..
    Kedua warisan semakin bercelaru..
    Bertentang mata, tertunduk bisu..

    Mahligai ketiga jangan dibina..
    Apatah lagi bahan yg sama..
    Wajarlah si ayah berfikir semula..
    Silapkah perkiraan dilangkah pertama..?

    Kalaulah si ayah bertikam bersama..
    Ilmu di dadalah merebahkan mereka..
    Perbalahan terjadi tiadalah yg terluka..
    Tidak pula diketahui tetangga..

    ReplyDelete
  6. Pulanglah si ayah ke pangkuan mereka..
    Rencanalah penyatuan seluruh keluarga..
    Berpencak, bersilat, berdalil, berseloka..
    Asalkan keturunan aman sentosa..

    Bermula keluarga akhirnya berbisan..
    Lanjutan fitrah tertegaklah nusa..
    Nasib manusia bukanlah percaturan..
    Tiap mereka berlainan wacana ..

    Wahai mereka yg bertelagah itu..
    Lagi berpecah, lagilah bercelaru..
    Anak-anaklah yg semakin dungu..
    Semakin berilmu, jelik pula tingkah dan laku..

    Penguasa yg lemah kononnya bijak..
    Bagai berulang hikayat yg sudah..
    Sahabat yg sama lagi diajak..
    Terperangkaplah mereka menunggu rebah..

    Jangan bersahabat dengan syaitan..
    Baik kenal juga terlupa namanya..
    Segala angkatan mencipta perwakilan..
    Dijual beli, dilelong pun ada..

    Senanglah mereka terlantik semula..
    Wakil durjana menyemak penyata..
    Amanah diberi, dijual pula..
    Tunggulah Rabb mu menetapkan harga..

    Sahabat menanti perangkap mengena..
    Bermulalah acara seperti dulunya..
    Rakyat terbawahlah yg kian sengsara..
    Menyembah harta mulialah bangsa..

    Berlumbalah mereka melata perginya..
    Mencari harta termengah pula..
    Miskin mereka pemalaslah layaknya..
    Masakan terbeli harga berganda..?

    Begitulah harta bersulam kuasa..
    “Tak mampu membeli..?” Bankkan ada..
    “Tak cukup slip gaji..?” Isterikan ada..
    Paksalah bekerja cukuplah syaratnya..

    “Siapa kata semuanya riba..?
    Lain maksudnya dengan berniaga..
    Kaedah islam di hujung ayatnya ..
    Tidak terbayar..? Tergantunglah amalnya..”

    “Mereka berakad, bersurat pula..
    Janganlah terlampau bijak berkata..
    Ambillah cermin bedakkan muka..
    Putih berseri barulah bicara..”

    Jika benar perkataan mereka..
    Tidak islam menganiaya umatnya..
    Pada yg susah berilah masa..
    Bukan merampas dihalau pula..

    Bekerjalah mereka sedaya upaya..
    Yg lain ada, kita bagaimana..?
    Biarkan papa asalkan bergaya..
    Tertawalah mereka hingga terlena..

    Galilah lubang tutuplah lubang..
    Mana tak tertutup dibiar ternganga..
    Keringat diperah tubuh mengejang..
    Terabailah keluarga, berantakan mereka..

    Rajin bekerja kuranglah bermesra..
    Balik ke rumah sakitlah segala..
    Kewajipan terabai sesama mereka..
    Ada bercuti pasangan bekerja..

    Kesepian di hati terpendamlah rasa..
    Rakan sejawat tempat bicara..
    Sesama jenis bergelak ketawa..
    Berlainan jenis..? Teman tapi mesra..

    Faham memahami istilah mereka..
    Dari bekerja berjanjilah pula..
    Pasangan yg ada pun sesumpah rupanya..
    Musnahlah segala janji setia..

    ReplyDelete
  7. Asalnya harta, berkaitlah segala..
    Berbeda manusia berlainan kesannya..
    Pengajaran diberi, peringatan tertera..
    Mengapa dilantik penguasa yg sama..?

    Ingatlah wahai mereka yg bertelagah..
    Rabb mu memerhati, murkaNya padah..
    Bersatulah hati, bersatulah ummah..
    Persaudaraan jitu berubahlah sejarah..

    Tembok penghalang untuk yg terhina..
    Apakah kita senasib mereka..?
    Bersatu bangsa tertegaklah agama..
    Mengapa didusta kiamatkan tiba..?

    Sudahlah menduga balasannya syurga..
    Ditetap pula kiamatkan tiba..
    Bacalah mereka riwayat nabi Musa..
    Merantau mencari ilmu yg tiada..

    Demikian hikayat raja perkasa..
    Bersama sahabat merungkai rahsia..
    Keberadaan air yg kekal usia..
    Yg mencari tak jumpa, penemanlah merasa..

    Berlabuh pena berpisahlah kita..
    Yg hamba huraikan masalahnya harta..
    Nampaklah mudah mereka mengira..
    Bertukar formula nafsu menggila..

    Sejak bermula usia manusia..
    Segala yg indah diri bermegah..
    Diduga Allah tiap makhlukNya..
    Sifat tergesalah membawa padah..

    Pesan hamba penutup bicara..
    Muafakatlah kita mengalahlah semua..
    Anak dan cucu, kitalah yg jaga..
    Tergamakkah kita korbankan mereka..?

    Bersatu hati, ramailah anggota..
    Banyak pula calon nakhoda..
    Lagi berilmu tampak bersederhana..
    Berseri wajahnya, indah pula budi bahasa..

    Pemimpin yg lemah disanggah berhemah..
    Berundurlah laksana pahlawan bermaruah..
    Mengalahlah demi tertegaknya daulah..
    Sebahagian cirinya terlaksana sudah..

    Dasar digubal dasar dibahaskan..
    Oleh perwakilan yg berjanji setia..
    Syariat agama diserap perlahan..
    Meresap di jiwa mereka lainnya..

    Berlainan agama bukanlah alasan..
    Tiap agama menuju kebaikan..
    Berbincanglah wahai ilmu-ilmuwan..
    Kera dihutan bertanya jangan..

    Asal kita sama keturunan..
    Pastilah ada titik persamaan..
    Jejakilah ia dengan bersopan..
    Berdalillah yg ringkas lagi terkesan..

    Megahlah islam tertegak sendirinya..
    Ibarat langit tiangnya tiada..
    Dialah yg meninggikan setinggi-tingginya..
    Sesiapa sahaja menjadi pilihanNya..

    Bukanlah hamba memberi pedoman..
    Hidayah Allah, Allah lah yg menentukan..
    Berpesan-pesan kepada kebenaran..
    Bersahut-sahut ternampaklah jalan..

    Mengata hamba..? Sia-sialah sahaja..
    Catatan sendiri, sendirilah empunya..
    Sebagaimana paparan, diupload, direka..
    Disana nanti tiadalah penyuntingnya..

    Kepada Allah lah serahkan segala..
    Biar papa asalkan di syurga..
    Segala skrip, sumpahan yg dusta..
    Dipaparkan semula menyesalnya tiada..

    Bersihkanlah jiwa, sayangilah keluarga..
    Masa yg ada janganlah dipersia..
    Bapa berhemah, ibu terpuji caranya..
    Anaklah jua pelajar yg setia..

    Wahai mereka yg bertelagah itu..
    Tuduh menuduh, kadangkala menghina..
    Adakah hati disalib terpaku..?
    Bagaimana hendak memerintah negara..?

    Apakah nanti ditakdirkan berkuasa..
    Hukum segala banyaklah dipinda..
    Dipinda-pinda, terpinga-pinga..
    Ayamnya menang, tergadai pula lainnya..

    Janganlah wala membabi buta..
    Nanti terbelah bersepailah pula..
    Mana yg adil tetap terduga..
    Nafsu dan harta merayu dimanja..

    Berakhirlah kisah sahibuz zaman..
    Ambil yg jernih buanglah keruhnya..
    Detik masa tak terlakar lukisan..
    Apatah lagi hikayatnya berjela..

    Segala yg salah hambalah yg lemah..
    Anggaplah madah penyatuan ummah..
    Ampun dan maaf jualah dipersembah..
    Bersabarlah menanti titik penyudah..

    Assalamualaikum Warahmatullah..
    Berbahgialah hendaknya di bumi bertuah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa