Thursday, September 25, 2014

Nak Keluar PR: Ingatkan Sekarang Rupanya.........

Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR
SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

“Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan ‘kedegilan’ rakan-rakan sekutunya dalam PR.

“Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH,” katanya.

Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.

Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.

Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.

Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.

22 comments:

  1. Kami setuju PAS keluar PR . Kami penyokong PR amat menunggu saat manis ini . PR akan lebih berjaya di Selangor dan bertambah kukuh ... sekukuhnya ... tak percaya cuba ...

    ReplyDelete
  2. Yang Bodoh Sombong wajar ber diri atas kaki sendiri.

    PKR dan DAP pasti mengalu alu kan. Siapa nak ber kawan dengan orang munafik , gaya pak haji tetapi hati busok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii dol, yg bg nama azmin tu parti pas la dol. Dap ngan pkr sdri pun x bg nama azmin kat sultan. Klu pas x antar nama azmin, jgn hrp la dia jadi mb. Salah hemat iskandar yg terpilih.

      Tindakan pkr spt zuraida Dan 11:03 nampak cuba nak tunjuk rasa x puas hati SBB azizah x terpilih @ tak puashati sbb azmin x tepilih. Marah kat azmin sbb langgar baiah, pkr pulas telinga pas pulak.

      Kepala bana apa turrrr

      Delete
    2. Hemmmm...zuraida lampir tu duduk atas pun bodek jer kerja nya.bawak diri sendiri pun tak larat.sokong tu.....jika PAS tak calunkan azmin,sori ler azmin jd mb.ler nie pkr/dap dok kalut berebut plak jawatan exco.nie semua jenis parti tupperware.

      Delete
  3. Pas x bodoh. Klu bodo pas x bg nama azmin sbg mentri besar.

    Yg bodo tapi sombong ialah parti rafixi Dan dap yg coma hantar nama w azizah. Bodo kalu akan tetap bodo wpun pura2 pandei

    ReplyDelete
  4. Macai umno memang suka kalau pas keluar PR dan Dap kekal dgn PKR. Sebab memang kompom sgor akan jatuh kpd umno kaluu PR berpecah, apatah lagi bila penyokong TKI day tak undi PR balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni, mangkok 11.33, ayat tu adalah politik. Ayat pas nak keluar pr tu adalah kempen terakhir pas di pengkalan kubur.... dengan buat ayat tu, tujuannya nak pujuk pengundi pkln kubor yang tengah bara dgn pkr dan dap... maklumlah sejak 2008 pas diliwat dan di jadikan barua dap dan pkr, maunya penyokong pas tak terbakar?... yang hang dok sabitkan umno tu hanya satu sebab, iaitu kerana bodoh dan penakut dgn cinadap, jadi terpaksalah halakan makian kpd umno.... dasar bacul 7 keturunan!!!

      Delete
  5. Hanya PUAK UG, Jatii dan MACAI UMNO sja yg suka kalu PAS kuar dr PR.

    ReplyDelete
  6. Tolon bg tau nik nazmi, klu hadi x antar nama azmin, usah harap la dia dpt rasa jadi exco yekk

    ReplyDelete
  7. Bg saya hadi bijak berpolitik. Dia dah bole baca istana memang akan reject azizah. Sbb tu dia hantar nama azmin kat istana. Hadi juga bijak sbb dia tau kalu dia antar 1 nama iaitu azizah jugak, salah hemat bubar dun dan prn brlaku & kompom umno menang.

    Tapi malangnya DAP, PKR dan zuraida/ pauziah x tau nak beterima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan bijak tapi tak amanah namanya. Rasul SAW tak tau membaca dan menulis tapi bersifat AMANAH sbb itu dia jadi pemimpin umat seluruh dunia.

      Delete
  8. biasalah selagi permintaan x ditunaikan selagi tulah akan menyalahkan org lain..

    ReplyDelete
  9. PAS perasan macam kuat sangat. PAS ingat kemenangan dlm pilihan raya ke 13 atas usaha mereka sendiri. Perasan je lebih.

    ReplyDelete
  10. macai umno terkulat-kulat sebab pr masih lg memerintah selangor. meleleh air liur. kalau dpt kat puak iblis umno kata madey lingkup sbb bapak pelingkup ada dlm umno.

    ReplyDelete
  11. Buat masa ini UMNO masih selamat kerana para penyokong PR lebih bencikan perangai dan kelaku Presideng PAS jauh daripada UMNO. Walaupun Presiden UMNO sentiasa dilihat korupsi tetapi lebih lagi Presideng PAS yang berperangai diktator dan "makan kawan" + flip-flop. PAS untuk muda-mudi yang bodoh lagi nano (otak tersumbat).

    ReplyDelete
  12. nak keluar pakatan keluarlah asal jangan syirik sudah.

    ReplyDelete
  13. kesian aku tengok korang x nampak sebab korang mentaksubkan org2 politik(tak kira la parti ape pun) yg hidup senang lenang x mcm korang..korang x nampak ke pas dan pkr 2-2 ada tanda2 memang mereka x mahu azmin,tapi bila azmin naik masing2 mengaku telah naikkan azmin,dan korang lak dgn tak tau malu selamba sedapkan hati sendiri yg parti masing2 baik hehe..
    -tanda2 anwar x nak azmin sebab semua tahu pilihan sejati dia jijah..sultan mintak dua nama pun dia tetap sejatikan jijah..
    -tanda2 pas pun x nak azmin sbb dia hantar dua nama ahli dia sendiri..kalo dia hantar dua nama pkr 1 dia,atau 3-3 dari pkr yes ini baru la tanda dia nak azmin..
    sama je kan?
    -tanda2 korang masih x sedar yg korang kena tipu pula ialah korang dah la hidup susah kais pagi makan pagi kais petang makan petang,boleh lak dgn selamba korang backup lak penipu2 yg hidup senang lenang ni sume hehe..

    ReplyDelete
  14. Cuba lihat bagaimana madey telah melakukan kerosakan, sehingga macai umno dah x reti nak bezakan baik buruk, baik jadi buruk, buruk jadi baik. GST adalah contoh.

    ReplyDelete
  15. Samaada Pas keluar dari PR, atau TGHH dikeluarkan dari Pas. Baru aman sikit donia.

    Yang penting kita tetap ABU dan ABUg.

    ReplyDelete
  16. Kpd yg tak teliti siapa yg hantar nama Azmin kpd sultan? Sebenarnya nama Azmin bukan pas yg hantar tetapi pas hanya hantar nama Datin Azizah dan Azmin kpd PR dan PR tetap hantar nama Datin azizah kpd sultan. pas hanya hantar nama 2 exco pas dan seorg adun PKR kemudian tarik balik dan hantar 2 adun pkr dan1 adun pas.

    Bukankan sultan dah kata ia akan pilih MB dari adun walau bukan dari senarai yg dihantar PR/pas.TGHA dah pujuk Azmin lompat parti bersama 2 adun pkr dan sokong TSKI sebagai MB tetapi ditolak Azmin. Tak akan TGHA nak calonkan Azmin jadi MB pula? Bila Azmin pecahkan tembelangnya suruh Azmin lompat parti.

    Alim ilmu agama tak semestinya bijak berpolitik. Semua ahli suruh wala kpd pemimpin tetapi pemimpin ketepikan keputusan muktamar 2008. Apa nak jadi? Sekarangn pas selangor tuntut 4 exco pula. Muka tak malu, kata tak pelahap kpd jawatan.......

    ReplyDelete
  17. Anon 10:31 PM

    Tak guna kamu beri penerangan atau fakt kepada "hantu kepala anjing" yang menyokong Presideng dengan membabi buta itu. Spesis ini bukannya tahu membaca atau membuat rujukan, yang mereka tahu adalah mendapatkan maklumat dari ceramah Tuang Presideng aje dan lepas tu keluar RM2 masukkan ke dalam Tin Milo (upah membawa berita dusta). Langgar sahaja spesis ini memang betul-betul jenis "barua" seperti yang Presideng meraka katakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa