Monday, September 22, 2014

Parah Tapi Tak Pelik: Agen barat dalam Umno?

 | September 22, 2014
Golongan ini percaya bahawa wang akan dapat membeli sokongan serta dapat mengekalkan kuasa mereka.
umno 12PETALING JAYA: Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin percaya bahawa masalah besar dan sulit yang sedang dihadapi ketika ini adalah anasir Amerika Syarikat dan Barat yang kian menapak di dalam Umno.
Menurut beliau, golongan ini percaya bahawa wang akan dapat membeli sokongan serta dapat mengekalkan kuasa mereka.
“Lebih membimbangkan, orang-orang UMNO sendiri tidak dapat membaca bahaya ini,” katanya dalam blog www.zamkata.blogspot.com
Sebelum itu, Zam turut memberi gambaran sikap Amerika Syarikat dan sekutunya yang telah melakukan perbuatan yang sangat kejam kepada orang Islam.
“Bagi mereka yang melihat gambar seorang wartawan Barat yang dipancung oleh mujahid Islam pastinya akan merasakan perbuatannya itu adalah sangat kejam. Tetapi, jangan lupa, ratusan lagi tubuh orang Islam telah dihancurkan setiap hari oleh Amerika Syarikat dan sekutunya,” katanya.
Tambahnya, Amerika Syarikat dan sekutunya memulakan gerak kerja tersebut dengan membunuh Presiden Iraq, Saddam Hussein dan Presiden Libya Mohd Ghadafi bagi mencetuskan pembunuhan sesama umat Islam.
“Ia sebagai langkah pencegahan bagi menghalang kebangkitan kuasa Arab dan Islam yang akan menjadi ancaman kepada Yahudi dan kuasa Barat. Bukan itu sahaja, gambar seorang atau dua orang wartawan Barat yang dipotong kepala mereka menjadi lebih berharga dari ribuan nyawa umat Islam yang ‘dikoyak-rabakkan’ tubuh badan mereka dengan senjata moden.
“Ianya demi melindungi kekejaman, menutup kepalsuan dan pembohongan, menggambarkan kebiadapan, ‘mewarnakan’ penjajahan sebagai demokrasi, kebebasan dan kemanusiaan,” kata beliau.
Selain itu, Zam juga yang juga sebelum ini seorang wartawan telah melihat sendiri bahawa Iraq dan Libya sewaktu pemerintahan Saddam Hussein dan juga Mohd Ghadafi, walaupun mereka berkuku besi, tetapi inilah jenis pemerintahan yang difahami dan yang ditaati malah diperlukan untuk perpaduan orang Arab dan dunia Arab.
“Hukuman pancung dan potong tangan masih di jalankan di Arab Saudi tetapi sudah tidak ada nilai berita tetapi seorang dua wartawan Barat dipancung kepala menggemparkan dunia, mengelirukan kita terhadap kebenaran.
“Kita jangan lupa kuasa Barat juga sedang berusaha untuk melakukan yang sama di Malaysia dengan menggunakan kumpulan ‘deviant’ yang merupakan tali barut mereka.
“Mereka terdiri daripada peguam-peguam, pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk parti Islam, wartawan-wartawan, ejen PBB dan Hak Asasi Manusia, pensyarah dan sebagainya.

# Ha..haa....apa nak pelik? apabila UMNO sendiri tu pun sudah barat
Ada sape-ape pernah jumpa perkataan ringkas UMNO itu di dalam bahasa Melayu?
ZAM jer buat-buat pelik!

3 comments:

  1. selagi sistem ekonomi dan perbankan masih dibawah kawalan kapitalis yang terkenal dengan sistem pecah perintah maka islam kita setakat solat puasa dan tunai haji bagi yang mampu.

    ReplyDelete
  2. dah u-turn ke propagandis umno nih..? dah bertambah Islamik, ngape..??? dulu dia le orang yang sangat gembira sekali menyebarkan berita ossama dah mati kena tembak ... sape ossama ben ladin ...??? penyokong besar yahudi....???

    ReplyDelete
  3. Kita semua yang melupakan pesanan Nabi SAW dalam hadis2nya. Kita rasa kita bijak senang2 mendengar ucapan pemimpin pujaan kita yang menghina junjungan Nabi SAW dengan senyuman yang cukup meyakitkan. Bilamana ada kalangan agamawan bersuara dikatakan sesat tak maju kan.. sekarang apahal cakaplah kita yang atur dunia ini.. kan..manusia..manusia pandai sikit dah rasa hebat..kan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa