Tuesday, September 23, 2014

Penjelasan Istana: Sebab Azmin dipilih MB baru

Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru S'gor
mk - 10:00AM - 23 Sep 2014

Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.
PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.

11 comments:

  1. Syukurlah...sudah dilantik....skrg, masa utk fokus meneruskan agenda rakyat selangor....jgn fokus cari salah org @ gaduh sesama parti kalo nak jadikan azmin mb terakhir pr...bersatulah.....jgn gaduh2 lagi dlm media....

    ReplyDelete
  2. Lain kali tak payah diadakan Pilihanraya Umum atau Negeri. Berikan sahaja kepada Raja Mutlak (seperti Kesultanan Melaka dahulu) memilih sahaja "mengikut budi bicara" beliau siapa sahaja yang layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar. Raja Berpelembagaan wujud atas dasar Negera Berpelembagaan, jadi sekiranya Raja membuat sesuatu mengikut "budi bicara", maka tak heran suatu masa kelak Raja akan dimuziumkan (seperti di Indonesia) mengikut kemahuan dan "budi bicara" rakyat di negara ini. Bercakap tak berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara, bererti negara akan merudum ke kencah perpecahan dan musnahnya rasa hormat rakyat kepada heraki yang tidak ada "value" tersebut terhadap rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kepada sultan selangor yang bijaksana memilih yang menjadikan selangor insyaallah kembali tenang.Semoga MB baru akan menjadi seorang yang dapat mengembalikan kecemerlangan Selangor serta rakyatnya.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya apa yang berlaku iaitu penutupan pejabat penasihat ekonomi atas sepakatan MB Khalid dan 4 exco Pas ,maka jangan di lantik bekas exco tersebut,kerana di bimbangi akan menjadi virus dalam kerajaan selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik...nak cadang juga jawatan exco.eh.eh.nama azmin parti mana yg calonkan.pkr ker.pkr ker.pkr ker.

      Delete
  5. TAHNIAH, JADILAH KHALIFAH DAN PEGANG JANJI ALLAH DAN PENUHILAH HAK MANUSIA

    ReplyDelete
  6. Sekarang ini sah bahawa UMNO takkan dapat digantikan sampai bila2. Orang melayu ini sebut sultan ketar lutut takut kena tulah. Masih ada sultan, SPRM, hakim, polis dan SPR di belakang UMNO....Horey hidup UMNO, hidup melayu....

    ReplyDelete
  7. Penghasut masih tak berpuashati lg.bangsat sungguh.

    ReplyDelete
  8. Anon 2:38

    Apa yang kamu marah sangat tu bodoh! Penghasut lah, bangsat lah, kamu dah kena penyakit Hadi Awe koh? Tak mampu nak baca sila tonton TV3 atau baca Utusan Malaya sahaja pastinya ada cerita Tuang Presideng dan UlarMak projek (UG) yang di sanjung2 tinggi oleh UMNO ada di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik.mamat sekor nie plak lebey terasa.jika terasa dan mare,memang sahih ler hang nie penghasut bangsat lagi haprak.sendiri mentedarah cabai,sendiri ler tangguh kepedasan nya.sendiri mau hengat ler.naper,cemburu ker tuan ketum tiada dikisahkan tv3 atau utusan malaya(?).yg bodoh jer percaya ada nya utusan malaya.bengong,mangkaq,baghal.

      Delete
  9. Anon 7:11 PM

    Adakah begini kesat bahasa kamu terhadap ibu bapa, isteri atau anak-anak kamu (kalau dah kahwin)? Cuba muhasabah diri semula samada rezeki yang kamu makan ada unsur "riba" atau "tidak halal" umpama termakan DNA babi dan sebagainya. Atau kamu ini sentiasa mengamalkan seks songsang?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa