Wednesday, October 22, 2014

Ada Individu Penting Dah Kecut Perutkah?

Polis, AG didakwa ganggu bekas pemandu artis
mk - 4:37PM - 21 Oct 2014

Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi (bawah) berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.
Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

“Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

“Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri,” katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini.
Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung (kiri).

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahida dilapor telah menafikan dakwaan itu.

Pada 2012, Zahida memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas.

1 comment:

  1. jantan betina bila ada problem mesti ber mula dari nafsu ngentot.

    biasa aja macam ini.

    kalau betina burok rupa biasa tiada kes macam ini atau apa apa kes pun , mana ada jantan nak tengok betina burok rupa... walhal bende yang di entot pun bukan cantik pun rupa nya.

    bila duit (hasil dari jadi barua) senang , nak buat dosa pun senang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa