Saturday, October 25, 2014

‘I Want to Touch A Dog’: Minda Kita Dijerat?

Konspirasi tak wujud, cuma helah BN
 | October 24, 2014
Konspirasi yang sebenarnya adalah untuk meyakinkan orang Islam di Malaysia bahawa terdapat rancangan jahat dari bukan Islam terhadap mereka.
khalid samadPETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dakwaan konpirasi melalui penganjuran ‘I Want to Touch A Dog’ dan ‘Oktoberfest’ sebenarnya hanyalah cara kerajaan Barisan Nasinal (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu seperti kenaikan harga minyak dan kegagalan bajet.
Menurut Khalid, konspirasi yang sebenarnya adalah untuk meyakinkan orang Islam di Malaysia bahawa terdapat rancangan jahat dari bukan Islam terhadap mereka. Ini semua dilakukan semenjak orang bukan Melayu tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN).
“Mereka hanya ingin menggunakannya sebagai alat politik demi memecahbelahkan rakyat dan mengalih isu sebenar yang dihadapi seperti kenaikan harga minyak dan kegagalan bajet.
“Maka berhati-hatilah wahai umat Islam. Ingat bahawa golongan ini tidak ambil berat soal Islam. Sedangkan kejahilan dan kekeliruan umat Islam terhadap ajaran agama Islam itu sendiri adalah hasil kerja tangan mereka sejak dari awal lagi,” katanya di blog khalidsamad.com.
Tambah beliau, tuduhan terhadap penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ adalah seorang Kristian yang menyamar sebagai orang Islam dan yang datang adalah Melayu Kristian dari gereja Melayu di Jalan Gasing adalah pembohongan dan berniat jahat.
“Ini merupakan ‘spin’ yang bertujuan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan yang bukan Islam atas agenda tertentu. Saya yakin sekiranya ada gereja Melayu di Jalan Gasing, telah lama pihak berkuasa bertindak. Ini semua merupakan khabar angin yang disebarkan atas nama samaran tanpa ada sesiapa yang perlu bertanggungjawab kemudiannya.
“Maka spin ini memberikan gambaran ianya satu konspirasi yang dirancang. Saya ingin bertanya kepada golongan pembawa teori konspirasi ini, MAIS yang meluluskan program berkenaan, maka adakah MAIS juga terlibat dalam konspirasi ini?,” jelasnya.
Tegasnya, jika adanya konspirasi sekalipun, ianya adalah konspirasi untuk menjadikan kesilapan dan kelemahan penganjur sebagai konspirasi ‘Islam Liberal dan Pluralis’ dan Kristian terhadap umat Islam.
“Dengan menyakinkan umat Islam bahawa adanya konspirasi ini, maka diharap umat Islam akan merasa terancam dan ‘bersatu’ demi menghadapi konspirasi ini.
“Melalui ini PAS akan bersatu dengan UMNO atau paling kurang bermasalah dengan rakan-rakannya dalam PR dan meninggalkan PR,” katanya.
Katanya, lagi, apabila dikaitkan pula program ini dengan program Oktoberfest atau ‘Pesta Oktober’ sebagai bukti adanya konspirasi.
“Sedangkan program Oktoberfest telah dilaksanakan dalam kawalan yang baik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Dalam keadaan terkawal sebegitu, sensitiviti umat Islam dijaga. Tahniah saya ucapkan pada MBPJ yang telah menentukan hak semua pihak dipenuhi.
“Hanya yang pelik, ada juga dari kalangan orang Melayu yang memetik dari Facebook orang bukan Islam gambar pimpinan PKR dan DAP yang bukan Islam meminum bir. Yang gatal masuk FB mereka dan dedahkan perkara yang sepatutnya untuk kalangan bukan Islam siapa suruh?
“Sengaja menggambarkan bahawa bukan Islam kononnya mencabar agama Islam. Sedangkan mereka buat secara tertutup di kalangan mereka,” ujarnya.

3 comments:

  1. Abe

    Ada logiknya alasan yang dikemukakan oleh YB Khalid iaitu untuk mengalih perhatian rakyat dari masaalah kenaikan harga minyak yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan.

    Jika kita teliti stail politik Najib sejak dari dia mengambilalih jawatan PM, kita akan nampak satu trend - dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan tengkoknya yang tersepit. Tiada batas kepada apa yang disanggup buat.

    Berjanji itu ini adalah perkara paling mudah sekali bagi Najib s3bagaimana dia mudah memungkiri janjinya setelah tengoknya yang tersepit terlepas. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat.

    Apabila orang sebok menentang ISA. Dia hapuskan ISA. Tetapi dia buat Akta lain yang lebih kurang sama. Dia berjanji hendak hapuskan Akta Hasutan 1948. Sampai hari ini dia xbuat. Sebaliknya dia guna akta tersebut kepada ahli politik pembangkang.

    Sebelum PRU 13, Najib tabur duit kepada sesiapa sahaja yang boleh beri undi, macam daun getah luruh. Dia bagi BR1M, sesuatu yang Mahathir tak sanggup buat. Bila lepas PRU 13, dia balas dengan kenaikan minyak.

    Kerana nak menang PRU13, tanpa segan silu dia ciplak menifesto PR hendak menipu rakyat yang BN mampu menyaingi tawaran PR. Bila menang, satupun dia tak tunai.

    Begitu juga dalam isu ugama. Sebelum PRN Sarawak 2011, Najib keluarkan satu janji kerajaan kepada rakyat Sarawak mengenai isu bibble - ia itu 10 perkara. Bila timbul isu rampasan bibble oleh JAIS, 10 perkara itu dia mungkir. Yang lebih menyedihkan dia menggunakan idu bibble itu untuk melagakan umat Islam dengan bukan Islam untuk memecahbelahkan rakyat dan meraih laba politik .

    Jadi tidak mustahil isu anjing ini j7ga sengaja dicipta. Kita kena faham penasihat2 Najib seperti APCO sanggup cadang perkara seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Melayu mudah lupa..

    ReplyDelete
  3. orang orang melayu bangsa bahalol ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa