Monday, October 27, 2014

Matlamat kabur: Kenapa Phahrolrazi Tak Jumpa Hadi?

Sebelum baca nilai dulu - Laporan ini dari Bernama

Hadi masih kabur matlamat tubuh PASMA

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu semalam.

Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.
    
Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli Pas supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.


    
Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan PasMa yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli Pas menghadiri program Pasma.

Kelmarin, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. - sumber

4 comments:

  1. hadi awang
    keluar je dr pas
    anda dan golongan ug akan menyebabkan pas semakin kacau bilau
    anda seorang ketua parti yg gagal

    ReplyDelete
  2. Pasma tu bukan spesis mana-mana, ahli PAS juga cuma tak mau berUG dengan UMNO. Bukan taksub pada Anwar Ibrahim tetapi ingin menegur salah laku dan sombong Haji Hadi dan geng UGnya yang secara sedar telah melakukan kezaliman dalam bentuk fitnah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa terhadap ahli PAS, masyarakat dan agama Islam.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Laaa....dulu kata arahan MSU larang ahli PAS menyertai PasMa. Sekarang arahan dah jadi nasihat plak.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Itulah masalahnya, kita di luar pun jadi pening. Ahli PAS lagilah pusing dibuatnya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa