Thursday, October 16, 2014

Melayu Dibutakan Dengan 'Arab': Bekas Mufti Sekolahkan Ulamak PAS

Nampaknya hujah Dr. MAZA bertentangan dengan pandangan Ulamak PAS dan kita rata-rata orang Melayu yang macam aku (buta arab) ni turut terpaku dengan pendapat mereka ni
Tapi kenapa hari ni baru beliau lontarkan pandangan begini?
Mungkin tempat ini adalah tempat yang terbaik (Parlimen) kot?

‘Tahaluf siyasi’ istilah Arab, bukan Islam, kata Asri
Published: 15 October 2014
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masyarakat Melayu sering menganggap sesuatu istilah Arab sebagai mewakili ajaran Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, istilah "tahaluf siyasi" yang digunakan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat (PR) adalah istilah Arab, dan bukan mewakili Islam.
Bekas bekas mufti Perlis itu ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen hari ini, berkata istilah Arab tidak semestinya mewakili ajaran agama Islam, dan melahirkan kekhuatiran tentang bahaya kesilapan penggunaan istilah Arab seperti itu.
Katanya, masyarakat seakan-akan melihat penggunaan perkataan Arab sebagai benar-benar mewakili Islam.
"Orang Melayu bila dengar bunyi Arab, dia ingat Islam. Kita tidak boleh anggap istilah Arab mesti mewakili agama.
"Tujuan Islam bukan nama itu. Allah tidak minta kita mengArabkan diri, Dia minta kita mengIslamkan diri.
"Islam mana satu yang kita cari?" katanya pada program dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika sidang Dewan Rakyat berhenti rehat.
Mengambil contoh penyatuan Eropah selepas berperang sejak berdekad lama, Asri berkata, negara Eropah hanya dapat bersatu selepas mereka memisahkan agama daripada pentadbiran politik.
"Di Eropah, agama tidak mencampuri politik. Jadi, mazhab-mazhab tidak boleh bertelagah sesama mereka," katanya.
Situasi di Malaysia pula, katanya, perdebatan antara parti yang mewakili komuniti Islam pasti akan melibatkan hujah menggunakan dalil agama mengikut tafsiran masing-masing.
"Hari ini, Islam dimasukkan ke dalam politik, ada pergerakan Islam, pertubuhan Islam. Kemudian, nama itu di-Arabkan.
"Apabila Islam dalam bentuk ini masuk, dan tidak mempunyai tujuan 'kemaslahatan hamba' (hamba Allah), maka sebanyak mana nama Islam dalam dunia Islam, hanya akan menimbulkan masalah dalam dunia Islam," katanya.
"Bila PAS lawan Umno, kedua-duanya keluarkan dalil. Kita tidak tahu mana sebetulnya yang Islam," katanya.
Asri berkata, Islam yang dibawa Nabi Muhammad ialah bagi memperbaiki sistem politik, tetapi umat Islam sekarang menggunakan agama sebagai senjata politik.
"Jangan eksploitasi agama menggunakan nama Islam," katanya.
Beliau turut berkata, mengkritik ulama juga bukan bermakna mengkritik agama Islam.
"Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan mengkritik Islam. Tidak salah kritik (ulama), dia pun manusia juga, yang tidak boleh dikritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata.
"Berhati-hati gunakan dalil ketika berpolitik," katanya. – 15 Oktober, 2014.

12 comments:

  1. hamba memang sgt gemar dgn lontaran buah fikiran Dr MAZA. sentiasa menunggu ulasan beliau dlm setiap isu.

    memang benar kata beliau. asal perkataan arab saja org melayu ingat islam.

    itu belum lagi org melayu tengok majalah Playboy berbahasa arab, dh tentu ramai org melayu ingt majalah agama. (hihih)

    yg sedihnya perkataan asalnya mulia dlm bahasa arab, diguna pula utk hal yg tidak mulia. seperti khalwat.

    tu sebb org dangkal dlm PAS menolak anwar konon tidak islamik sebb anwar sgt sedikit menggunakan istilah arab dan slogan islam dlm perjuangan.

    apakah memperjuangkan keselesaan rakyat dpd ketidak adilan pemerintahan bukan islamik ke? memastikan rakyat cukup makan pakai tempat tinggal keselamatan kesihatan ... bukan ajaran islam ke?

    apakah nk kena letak nama islam dihujng baru jadi pahala ... perumahan islam, makanan islam, kesihatan islam, kereta islam, cincin islam dll...

    masalahnya yg meletakkan ulamak PAS tk boleh ditegur atas alasan mereka waris Nabi saw adalah dikalangan mereka sendiri dan penyokong 'bawa rebah' mereka... bukan pengiktirafan rakyat dan umat.

    sekian wasalam (bahasa arab ni jgn main2)

    ReplyDelete
  2. Masa saya kecik kecik dulu ada seorang "ustaz" yang datang dari pendang ke kampung kami di kubang pasu setiap minggu mengajar lagulagu nasyid dalsm bahasa arab....selaon daro mengajar lagulagu arab dikampung sekitar kedah peketjaan utama beliau adalah penyanyi kepada suatu kumpulan ghazalparti. Nyanyian beliau aksn diiringi oleh tarian "darai" (transve....) yang amat jelita dan menggairahkan you....

    Semua orang kampong hormat pada "ustaz" ini kerana pandai menyanyi lagu arab yang dianggap sesuci presiden pas....

    Saya pun turut belajar menghafal lagu2 tersebut sehinggalah suatu hari sedang saya melintasi rumah bekas seorang mufti yang telah lama pencen sambil mendendangkan lagu2 tersebut, saya telah di"tengalong" (dilontar) dengan kayu oleh orang tua tersebut sambil menjerit "syaitan!" terhadap saya.

    Saya tanya kenapa Tok Long punggai dan marah saya....Orang tua itu tanya ...hang fahsm dak lagu apa hang nyanyi...

    Saya jawab lagu nasyid la Tok Long. Dia balas...nasyid tengkorak hang tu lagu jantan gatai merayu kekasih dia ajak buat maksiat...yang hangpa dok ntanyi tu....lagu asmara hang tau dak....


    La lagu tu ka Tok Long ....

    Morale of the story....kalsu hangpa dengar Al Tajiri ja atau sapa ka watkeluaq perkataan arab selidik dulu....kadang2 kadang tu hanyalah doa laknat terhadap kawan seagama yang ditakuti lebih popular dari dia. Ibstead of ameenkan doa tu elok di baling kasut saja....

    ReplyDelete
  3. letih la dr maza pas ni...bagai jenis label dia dpt...hahaha...wahabi, sesat, biadaah, syiah....hahaha...puak tu bkn boleh di tegur, dorang maksum. Di pimpin pulak dek Tuang Presideng kuku besi kuasa veto

    ReplyDelete
  4. Islam adalah Agama (Add-Din) dan bukannya parti politik atau persatuan NGO. Begitu juga hubung-kait PAS dan Islam bilamana PAS hanya mengambil nama Islam dipertengahan nama partinya. Begitu jugalah hala tuju perjuangan PAS yang meletakkan Islam ditengah namanya manakala di awalnya adalah parti politik dan di akhirnya adalah Se-Malaya (Malaya - adalah sebuah Negara Demokrasi Berparlimen mengikut prinsip dan perundangan Lord Reid anjuran British). Selagi masuk bertanding di setiap Pilihanraya (PRU) maka parti politik tetap sebagai sebuah parti politik yang mengharapkan RAKYAT MEMILIH MEREKA UNTUK BERKUASA. Dengan mengikut prinsip dan peraturan tersebut maka tidak kira apa pun istilah atau persepsi PAS terhadap negara ini waima berwirid, berzikir, beramanat, berfatwa, melaung dan menghentak kepala ke tanah sekalipun mengatakan mereka adalah Islam dan Islam adalah PAS, mereka tetap parti politik di bawah naungan atau pelembagaan sekular. Oleh sebab itulah sebahagian besar ahli mereka tidak memahami atau terlalu kuat menyokong golongan konservatif yang realitinya masih berfikiran seperti zaman sebelum merdeka. Mereka perlu faham apa itu Demokrasi Berparlimen dan sekiranya rakyat tidak memilih mereka maka PAS dan parti-parti politik yang lain tidak akan wujud pun sebagai sebuah parti. Oleh itu jangan terlalu yakin dengan fakta “sesat” yang mengatakan mereka begitu kuat diakar umbi dan pemimpin mereka disanjung mulia oleh rakyat. Mereka yang berfahaman begini tidak pernah melihat fakta dan statistik, jauh lagi dari mengenal atau mengkaji sejarah. Untuk pengetahuan umum, sebahagian besar rakyat kini sudah merasai atau menempuh pengalaman pahit berurusan dengan sebahagian besar pemimpin PAS yang sikapnya tidak langsung bermoral dan berlandaskan akhlak Islam seperti slogan “membangun bersama Islam”. Kebanyakkan sikap pemimpin PAS ini terutama bergelar ulama (konsevatif) adalah terlalu ego, terasa lebih mulia, sukar menerima pendapat orang lain, menuduh tanpa bukti, manipulasikan ayat Al-Quran dan Hadis demi survival politik (khawarij), orang lain perlu menghormati mereka dahulu, orang lain buat semua salah dan perjuangan untuk rakyat dipinggirkan. Tanggungjawab mereka hanya untuk menyeru rakyat mengerjakan perkara yang asas sahaja seperti solat, puasa, bersedekah dan mentaati pemimpin, bagi membangunkan ekonomi rakyat dan negara adalah tanggungjawab pemimpin sekular (lebih baik jadi Imam kampong sahaja tak makan gaji buta). Sistem Demokrasi Berparlimen adalah lebih baik dari Komunis tetapi jika disalah gunakan oleh para pemimpin yang korupsi maka ianya seribu kali lebih buruk dari pemerintahan Komunis. Begitu juga dengan pemerintahan berasaskan Islam, sekiranya berjaya dimanipulasi oleh para pemimpin yang menyalahguna kuasa serta maksud Al-Furqan dan Hadis, maka ianya jauh lebih buruk dari negara yang mengamalkan sistem pemerintah diktator atau Zionis (contohnya Afghanistan di bawah Taliban). Sekian

    ReplyDelete
  5. PAs FOR PAs NOT FOR ALL. Puak2 PAs yg wala pd tuan presideng n majlis syura ulama akan kluar fatwa bgtau Dr MAZA ni ialah wahabi dan fahaman yg bahaya.
    kalo DR MAZA ni ahli PAs dah tntu kena surat tunjuk sebab digantung keahlian kerana jd broker @ barua ...yg tidak patuh pd kputusan tuan presideng & mjlis msyurat syura...
    Harap kalo jwpan dr tentawi welfire & nik mini jgn pula mcm org tgh lalok pil kuda....

    ReplyDelete
  6. Sudah jatuh d timpa tangga ...alahai PAs.

    ReplyDelete
  7. Ha.ha.ha.ha.ha...aku tidak menerima pun tahlul siyasi tu Islam.yg aku paham tu bahasa arab.apa masalah nya.kih.kih.kih.kih.tolong ler,jgn sendiri keliru lepas nak cuba nak mengelirukan orang lain plak.pelik sungguh......tiada isu,diisukan plak atas dasar mencari kesalahan demi kepuasan hati.apa ler admin nie.

    ReplyDelete
  8. Kesian juga aku kenangkan Admin yang menulis dan tolong memaparkan post di blog beliau, tiba-tiba yang kena tuduh oleh pengunjung otak kemetot (Anon 3:44). Sedangkan Admin hanya salin dan tampal sahaja kenyataan Ust MAZA mantan Mufti Perlis tu. Sabor aje lah.......

    ReplyDelete
  9. 1Crony

    Itulah masalahnya. Orang kampung terutama di Kelantan menganggap menolak PAS itu menolak Islam. Mereka tidak boleh membezakan parti politik dan agama.

    Dan pula kalau mengengkari Ulama/Tok Lebai itu sama dengan mengengkari pewaris nabi. Di situlah kelirunya mereka. Pihak orang politik pula sentiasa menjaja Qur'an dan Hadis.

    ReplyDelete
  10. Asrul Sani

    Kalau kena kat saya pun mungkin saya tak tahu. Nyanyi arab samalah ngan nyanyi hisdustan.....sama-sama bahasa yang tak faham

    ReplyDelete
  11. Aku bukan penyokong PAS.. Korang jangan fanatik sangat dgn Dr. Asri.. Tak semua pendapat dan katanya benar..
    Tak kiralah kalau sesuatu istilah itu sama ada dari bahasa arab atau melayu atau tamil atau lainnya, asalkan ia jelas maksudnya, mengandungi ilmu dan ada kebaikannya serta tidak bertentangan dgn ajaran Islam maka apa masalahnya sampai kita nak persoalkan istilah itu sama ada ia dari Islam atau tidak.

    ReplyDelete
  12. Monkey Shooter

    Tak apalah dia tak faham dan mungkin kurang maklumat ker apa.

    Saya bawa ke blog ini adalah bertujuan untuk hebahan dan kongsi maklumat supaya kita sama hidup bermaklumat. Nak komen atau nak apa bukankah itu satu bentuk wacana yang boleh mengembangkan fikiran dan minda?

    Sianon ni mungkin dia tak baca atau terlepas pandang yang PAS marahkan UMNO sebab UMNO kata "tahaluf siyasi" samalah juga dengan kerjasama parti di dalam BN. PAS marah sebab kata mereka "tahaluf siyasi" adalah kerjasama menikut Islam.

    Mungkin sebab itulah juga Dr. MAZA menghighlightkan isu ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa