Friday, October 17, 2014

Nilai Kebijaksanaan Pesuruhjaya PAS Terengganu

Cabaran Pesuruhjaya Pas Terengganu terhadap Phahrorazi tidak bijak
BINGKAS ULAS                                                                                            
Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat mencabar bekas Exco Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dianggap menjadi presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) agar menubuhkan parti baru dan keluar daripada Pas untuk menguji sejauh mana kewibawaanya.

Satiful Bahri Mamat
Phahrolrazi Mohd Zawawi
Satiful Bahri kurang senang dengan Phahrolrazi yang menggerakkan NGO berkenaan yang pada tanggapannya untuk menyaingi Pas. Katanya tindakan Phahrolrazi itu yang menumpang Pas sebagai pohon dedalu yang menumpang hidup di pokok lain.

Anih dan ajib juga kenapa Satiful Bahri begitu "murih" sekali kepada PasMa. Sebelum ini Pas Terengganu membuat kenyataan melarang ahlinya menyertai PasMa. Kenapa memaksa Phahrolrazi menubuh parti baru untuk berdepan dengan Pas. Apakah dia lupa sejarah Phahrolrazi dan juga tujuan PasMa itu ditububuhkan. Cuba fahami dan hayati untuk apa PasMa itu ditubuhkan?

Phahrolrazi semasa wacana di Kuala Lumpur tidak lama dahulu menjelaskan tujuan PasMa diwujudkan ialah untuk dijadikan benteng kepada Pas yang hendak dibawa keluar daripada Pakatan Rakyat oleh segelintir ahli berkepentingan dan bernafsu. PasMa bergerak mengukuhkan Pas atas semangat Pakatan Rakyat. Bukankah usaha itu sejajar dengan aspirasi Pakatan Rakyat? Dalam erti kata lain, PasMa wujud sebagai "simen konkrit" kepada Pakatan Rakyat.

Apakah hal ini sukar untuk difahami oleh Satiful Bahri dan mereka yang sangsi kepada PasMa? Sebenarnya falsafah dan tujuan PasMa amat mudah sekali. Bagi mereka yang suka menggunakan otak untuk menilai sesuatu akan bertanya, kenapa tiba-tiba sahaja PasMa wujud? Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada.

Sekiranya gerakan untuk membawa Pas keluar daripada Pakatan Rakyat tidak wujud, nescaya PasMa tidak wujud. Jika gerakan itu yang dikenali sebagai "UG" berhenti, maka PasMa dengan sendirinya terbubar dan terkubur. Kenapa harus ditarik dan ditarikan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan Pas dalam keadaan tidak tenteram dan menggambarkan tindakan yang tidak profesionalisme?

Satiful Bahri tidak perlu sombong dan merasakan dirinya kuat dalam memperjuangkan Pas. Pas bukan hak negeri Terengganu, tetapi Pas adalah hak semua. Apa-apa tindakan mempertahankan Pas haruslah dibuat secara kolektif (pinjaman istilah kegemaran presiden), bukan secara bersedirian. Pas Terengganu juga perlu begerak sejajar dengan Pas Malaysia sebab parti agama itu bersifat nasional bukan kedaerahan.

Kenapa Pas Terengganu masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan, (dan bentuk sekejap hancur), ialah kerana semangat parochia Terengganu itu begitu tinggi. Kegagalan dan kelemahan ini sepatutnya difokus oleh Satiful Bahri. Terengganu merasakan Pas hak mereka kerana suatu masa pemimpin besar parti itu datangnya dari Terengganu. Daripada Presiden, Ketua Dewan Ulamak, Ketua Dewan Muslimat dan juga Setiausaha Agung. Tetapi apakah Pas Terengganu pernah membuat pengukuran sejauh mana kejayaan dicapainya dengan kapasiti yang hebat itu?

Kita tidak menolak ada pandangan dan tuduhan mengatakan PasMa diwujudkan untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas. Inilah yang menjadi phobia. Kalau ini benar dan agendanya, ia tidak boleh dipertahankan begitu sahaja tanpa merenung ke dalam dan melihat apa yang ada di persekitaran presiden itu sendiri.

Persoalannya kenapa sejak akhir-akhir ini Abdul Hadi hendak digulingkan. Sepatutnya seorang pemimpin agama makin tua makin dihormati dan disanjungi. Orang agama sifatnya macam kelapa (nyiur) makin tua makin lemak santannya. Apa yang berlaku kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya. Walaupun beliau tua dan uzur, tetapi beliau terus dihormati. Kedudukanya sebagai Mursyidul Am tidak pernah cuba diganggu gugat oleh sesiapa. Beliau dianggap togkutu dan pakar rujuk. Seharusnya Abdul Hadi juga jadi persis itu.

Tetapi kenapa Abdul Hadi sampai ada orang hendak menggulingkannya dan sampai NGO diwujudkan untuk tujuan itu?  Kalau benar? Tentu sekali ada sebab musababnya.

Satu perkara yang perlu disebut di sini, perjuangan agama menerusi Pas sebagai organ siasah bukan digerakkan oleh mana-mana individu agama. Tetapi gerakan itu dibentuk oleh perlembagaan. Pas akan tetap menjadi parti agama selagi perlembagaannya tidak dipinda. Individu dalam Pas waima sesiapa pun tidak penting kerana ia adalah individu, manusia yang bukan maksum. Apa yang perlu dipertahankan perjuangan Pas itu bukannya batang tubuh sesiapa.

Sehebat Mohd Asri Muda menjadi presiden Pas akhirnya apabila beliau sudah bercanggah dengan semangat parti pada masa itu beliau juga ditentang. Walhal kalau hendak dikira dari segi jasa dan budi Allahyarham Asri dengan Abdul Hadi panggil tidak dengar bezanya antara bumi dengan langit. Mata sejarah dan mereka yang celit tidak menafikan ini. Tetapi Asri juga dikecam dan didesak agar turun.

Tindakan Satiful Bahri yang membuat cabaran itu sebagai cari jalan balah dan gaduh adalah tidak bijaksana dan tidak menggambarkan beliau seorang pemimpin sebuah gerakan politik berlandaskan agama. Dalam suasana hari ini apa yang penting ialah sepakat memperkuatkan Pas sebagai sebuah parti utama dalam Pakatan Rakyat. Cara balah anjuran Satiful Bahri itu tidak membawa kebaikan kepada Pas melainkan menanamkan bibit kesumat sesama sendiri.

Sebaik-baik jalan bagi Satiful Bahri dan mereka sewaktu dengannya yang tidak suka atau cemburu dengan PasMa, panggil untuk bermuzakarah, berbincang mencari jalan cara baik bagi mengetahui maksud sebenarnya. Saya rasa pihak PaMa juga bersetuju untuk berbincang kerana hasrat mereka adalah demi memperkuatkan Pas dan akhirnya meletakkan Pas sebagai parti berjaya. Apabila Pas memanggil Phahrolrazi dan pendokong PasMa lain, tetapi mereka enggan menyahutnya nah, saat itulah baru mereka boleh dikecam dan dimusuhi.

Tindak tanduk dilakukan Satiful Bahri itu juga menghairankan pemerhati politik dan orang atas pagar. Pas yang dianggap sebagai parti agama tetapi kelihatan liar dan bengkis sesama sendiri. Prejudis tampaknya bertimbun di dalam hati. Apakah akhlak sebegini yang diharap orang akan mendokong Pas? Tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan dan Tuhan menyediakan jalan keluar kalau kita semua berusaha mencari jalan ke arah itu - beriman dan bertakwa. [wm.kl.8:37 am 17/10/14] - MSO

19 comments:

  1. Pakat2 kito jgn jd BROKAR jgn jd BARUA..

    seUSRAH seTAMRIN seJAMAAH..
    kita wajib WALAQ Tuang Presideng
    kita ikut Presideng jaja pilkuda
    jaja pilkuda jihad mulia
    jaja pilkuda bukan FITNAH
    jaja pilkuda bukan BROKAR
    jaja pilkuda bukan BARUA!!?
    boleh dpt ESOS 500000 free weh!?

    Tak cayo ko?
    Tanyo gi Nik Aziz..Nik Aziz pong dah setuju sokmo seNAKHODA doh dgn Presideng kito..
    sama2lah pakat molek jaja pilkuda..
    itu tanda kita bukan jd BROKAR dan kita bukan jd BARUA ha ha..

    ReplyDelete
  2. Satu lagi reaksi yang cuak dari pemimpin penyokong UG.

    Buat lagi kerja-kerja menuba saudara seperjuangankan dah... cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak, cuak,

    Ada yang cuak tu lari ke London... bila ahli lambat hadir hangpa bising fiqh alawiyat... sekarang hang sendiri dah buat perangai liat... dulu liat hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat, sekarang liat ke Parlimen, jangan esok-esok liat sembahyang sudahlah.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Inilah ikon. Inilah lambang PAS Terengganu dari segi kebijaksanaan, kebolehan berfikir dan kepimpinan PAS Terengganu.

    Bila kita sebut ikon dan lambang bermakna dialah yang teebaik, terunggul dan terh3bat di antara kes3mua pemimpin-pemimpin PAS Terengganu. Yang lain semua tak setaraf dengan dia.

    Jika inilah tokoh terhebat PAS Terengganu ada maka kita tahulah mengapa kerajaan PAS Terengganu sejak dari merdeka dulu lagi hanya paling lama mampu bertahan selama sepenggal je.

    Kita boleh fahamlah mentaliti pemimpin-pemimpin UG yang sorang dua tu yang datang dari Ganu. Hancur lebur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerodek sungguh abe.abe memang hebat.

      Delete
  4. Pesuruhjaya PAs Trganu kalo tutup mulut nmpak mcm pegi skola...de sesiapa bole nasihat kn dia supaya bg nmpak mcm pegi skola..

    ReplyDelete
  5. Haji Hadi ini tak ubah saperti Si Luncai. Cuma Haji Hadi kali ini terjun dengan ahli2nya. Dari dulu lagi, saya nampak dia ini tak cerdik politik. Tapi ahli2 nya walak juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerodek sungguh cik mansor kita nie.

      Delete
  6. Kita sedang berusaha untuk memperkasakan PAS, Mamat ni pulak nak memecahbelahkan PAS. Pakai otak la sikit...perselisihan mengenai pendirian dalam arah-tuju perjuangan boleh dibahaskan secara bertamadun. Si Satiful ini mungkin menyangka majoriti ahli PAS sependapat dengan pendirian dan arah perjuangan yang PAS Terengganu ingin bawakan....I am telling you that you a dreaming in broad day light my friend....

    Berdasarkan senario politik hari ini, Presiden PAS sendiri pun jika dipilih secara undi sulit oleh ahli-ahli PAS belum tentu boleh mempertahankan jawatan. Bangunlah dari tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asrul

      Macamana dia orang hendak duduk berbincang dan berbahas jika tahap pemikiran terlalu lemah. Kalau berfikir lain dari org. Manusia biasa berfikir menggunakan akal. Mereka berfikir pakai tapak kaki. Kalau pakai lutut pun ok jugak. Ini pakai tapak kaki.

      PasMa mempertahankan dasar PAS hari ini iaitu untuk bersama PR dan memperkasakan PR. Mamat ni dan geng Terengganunya menentang dasar ini. Bukan setakat menentang, mereka hendak menghancurkan PAS. Kalau mereka setia dan wala kepada keputusan tertinggi PAS dalam soal ini, mereka tidak bertindak seperti mamat ni.

      Sebenarnya PAS Terengganu yang patut keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru kerana mereka menentang dasar rasmi PAS dalam tahaluf siyasi dengan PR. Lantik mamat ni jadi Presideng parti baru atau lantik TGHH. PRU 14 nanti masuk bertanding di Terengganu, tengok boleh tubuh kerajaan negeri ke tak. Tak payah nak menghancurkan PAS di negeri-negeri lain.

      Delete
    2. Lagi hebat komen abe tapi sayang....mungkin abe sorang jer berfikir pakai tapak kaki.abe terbaek ler.

      Delete
    3. Anon 12:05

      Kalau abe tu berfikir pakai tapak kaki.....kamu tak tahulah. Agaknya pakai tumpang otak baghal wal keldai la kot.....hahaha

      Delete
  7. Hj hadi mesti leyak jawatan kalau nau lihar PAS disenangi olwh penyokong. Beri pada orang yg lebih muda dan bertenaga serta berwawasan

    ReplyDelete
  8. PAS hanya satu parti politik malaysia di mana para pemimpin terdiri merela mereka yang bahalol tahap nyok.

    Yang sedih semua melayu.

    Apa kah melayu bangsa nyok ???

    ReplyDelete
  9. Geng Ganu ni masih terngiang-ngiang berada ditampuk kuasa dan keselesaannya. Itu yang dah tak tahan tu. Perasan konon geng Ganu ni bijak-bijak belako. Ya, memang bijok belako dengan sikap pusing-pusing dan belit-belit kalau tak sedar sangkutlah kito dengan rancangan keuntungan peribadi dio tu. Kalau bijok lawanlah dengan hujah dan idea yang baik dan buktikan keberhasilannya. Janganlah dengan bahasa dan cakap boleh runtuh semuanya yang dibina jemaah selama ini. Kalau dibiar apa yang nak dibuat oleh puak Ganu ni lagi runtuhlah. Darul Runtuhlah dikatakan macam ala runtuh apa yang dibuat Mat Said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenornya puok PAS Ganu kena penyakit badi dok puas dengang kemewahang yang dinikmati semasa memerintah Ganu sepenggal. Baru nak meraso nikmat kemewahang, kena pelangkung keluar dari dunia kemewahang itu dalang PRU 2004.

      Badi dok puah tu le yang sedang dijangkiti oleh puak UG dang pemimping PAS Ganu. Kalau bukan alasang ini alasang mender lagi. Hari-hari dok tunjuk dok nampok UMNO je. Alasang syarie doksoh kabo la. Dokleh nak bagi alasang syarie bakpe nok sangat bekerjasama dengang UMNO SEBAB MENANG TAKDOK ALASANG SYARIE!KALAU ADE, DOH LAME DOH PUAK PAS GANU DOK JAJA ALASANG SYARIE NOK KERJASAMA DENGANG UMNO KE SELURUH MALAYA!

      Delete
  10. Semenjak brUG 2008 dgn setan2
    semenjak pilkuda jd sgt popular
    semenjak onar kota Dmnsara
    lebih2 lg smenjak ada BARUA!

    Puak2 nih NAMPOK mewah sgguh weh..
    ulangalik2 LONDON,,cer buat AUDIT?
    kete BMW 7siri tu brp Liter/Cc weh??
    Mane dtg senang2 sgt dpt DUIT???

    Mcm mana senang2 dpt ESOS?
    Mcm mana senang2 dpt projek??

    Sponsor..ESOS..projek2 yg terang2 TAK kompetent & MAKAN komisyen atas angin sume tu adalah RASUAH...RASUAH juta2 tu sepatutnya diHUDUD @ diPOTONG anggota2 biar kudong!!!

    jd sape kah yg kena hudud?? jwb la?

    ReplyDelete
  11. mamat ni penyokong kuat hadi awang
    nyahkan golongan UG dari pas
    kalau tak mahu tengok pas hancur

    ReplyDelete
  12. Korang cuba siasat sape yg dpt kontrak mengedar akbar selangorkini yg edarannya ratusan ribu sebulan zaman Khalid Ibrahim jadi MB?. Satu naskah di bayar 9 sen. Jadi x pelik la kalau PAS mati-matian pertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB. Duit bro duit....serban x serban bila bab duit, setan pun tabik spring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu nie pulak.isu perjanjian tak jalan.isu kidex tak jalan.bawa isu nie plak.hmmmmmmm.........

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa