Friday, October 24, 2014

Pasal Anjing Pun Kita Berbalah?

Sentuh anjing: Kunta Kinte dakwa ada konspirasi halus pecah belah umat Islam
Published: 24 October 2014
Wujud konspirasi halus pecah belah umat Islam di Malaysia hasil kontroversi program 'sentuh anjing', kata kolumnis Berita Harian Kunta Kinte. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014. 

Kolumnis Berita Harian, Kunta Kinte hari ini mendakwa wujud konspirasi halus memecah-belahkan umat Islam di Malaysia susulan kontroversi program "sentuh anjing" yang diadakan Ahad lepas.
Penulis berkata, terdapat usaha pihak tertentu yang mahu menguji dan mengukur pendirian umat Islam di Malaysia, merujuk kepada penganjuran program "I Want to Touch a Dog" di Petaling Jaya itu.
"Cuma bila jadi kontroversi, terlintas di fikiran Kunta Kinte kemungkinan adanya unsur teori konspirasi.
"Seolah-olah ada pihak nak uji dan ukur pendirian orang Islam dengan cara halus (subtle)," katanya.
Kunta Kinte menyifatkan langkah tersebut berjaya menghasilkan kesan yang besar kepada orang Islam di Malaysia yang berbalah antara satu sama lain dalam isu tersebut.
"Hasilnya cukup menarik. Kalau kerana sentuh anjing pun orang Islam berbeza pendapat dan berbalah apatah lagi dalam hal-hal yang lebih besar.
"Jadi jelaslah macam mana mudahnya nak lagakan orang Islam dan Melayu di negara ini," katanya.
Bagaimanapun, Kunta Kinte menyifatkan program sedemikian sebagai menjadi kebiasaan, malah sebelum ini juga ada penganjuran haiwan peliharaan lain seperti pameran kucing dan seumpamanya.
Hujung minggu lalu, acara "I Want to Touch a Dog" yang diadakan mendapat sambutan kira-kira 1,000 hadirin, termasuk di kalangan umat Islam.
Acara yang bertujuan menghilangkan rasa takut terhadap haiwan berkenaan mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ulama dan pihak berkuasa agama.
Kritikan luas juga mendakwa acara berkenaan satu cubaan menghina institusi ulama dan kini pihak berkuasa agama sedang menyiasatnya. Penganjurnya yang beragama Islam kini menjadi sasaran di Internet apabila menerima ugutan bunuh.
Bagaimanapun, terdapat juga pendakwah dan pakar agama yang membawa hujah berbeza apabila mengatakan menyentuh anjing tidak haram. – 24 Oktober, 2014.

2 comments:

  1. Bangsa Melayu bangsa bahalol , hidup tidak produktif saja.

    Melayu hidup lebih burok dari Anjing yang tidak kais untuk cari makan , tetapi Melayu rata rata kais pagi , makan pagi.

    ReplyDelete
  2. namapk sangat kebodohan blogger ini berhukum."hasil nya cukup menarik.kalau kerana sentuh anjing pun orang Islam berbeza pendapat dan berbalah,apa tah lagi dalam hal hal yang lebih besar"yg berilmu tidak bertelagah,hanya yg dangkal ilmu sahaja masih jahil.cer citer dimana berbeza nya pendapat pada hukum memegang anjing.agak agak ler admin.bodoh tak ke sudah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa