Sunday, October 19, 2014

Rasuah: Pakai Akaun Sendiri. Bukankah Bodoh Namanya?

SPRM tahan anggota sendiri
DI KUALA LUMPUR

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM50,000.
China Press melaporkan, pegawai dari Negeri Sembilan itu disogok untuk menyembunyi kes rasuah individu lain.
Namun kes tersebut terbongkar dan pegawai yang menerima sogokan akhirnya ditahan oleh rakan sekerja sendiri pada 1.30 petang, Khamis lalu (16 Oktober).
Difahamkan wang sogokan bernilai RM50,000 telah dimasukkan ke dalam akaun bank suspek melalui dua transaksi masing-masing berjumlah RM20,000 dan RM30,000.

2 comments:

  1. eh !!!

    Orang orang melayu pandai pandai ke ?

    ReplyDelete
  2. Salam

    semua ni berlakon aje kononnya nak tunjuk ketelusan dan tak pilih bulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa