Monday, October 20, 2014

Tang Ni Aku Setuju Dengan Mamat Serban Besar Ni?

Kempen jangan zalimi anjing, itu betul
NASRUDIN HASSAN.

1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibu bapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri, justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakan Nabi s.a.w.

2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya di kalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama-sama kering kerana tiada berlaku najis di situ. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh (najis berat) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah (samak) pada mana-mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.

4. Sementara hukum menajiskan atau mengotorkan diri dengan sengaja (tanpa sebab) adalah haram. Justeru Islam adalah agama yang bersih. Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh - sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyetuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri. Sementelah lah mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh). Namun dalam kes menyentuh anjing ini, jika sama-sama kering (antara kita dan anjing), hukumnya tidak najis. Apabila tidak najis maka tidaklah berlaku perpindahan najis kepada diri kita dan hukumnya tidak haram.

5. Islam membenarkan ummatnya pelihara anjing untuk tujuan berburu, jaga tanaman, rumah dan seumpamanya. Adapun selain dari tujuan sedemikian maka ianya sangat tidak digalakkan oleh Islam bahkan haram jika kita dengan sengaja (tanpa sebab) memindahkan najis mughallazoh (berat) itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah kita.

3 comments:

  1. Ada 3 yang membolehkan orang islam bela anjing.
    1) Jaga binatang ternakan/tanaman.
    2) Untuk memburu.(sudah pasti air liur anjing terkena leher buruan dan Islam membenarkan)
    3) Jaga keselamatan nyawa/harta. (dengan syarat buat kandang luar rumah dan jangan beri masuk rumah).

    Islam is simple:-)

    wasallam.

    ReplyDelete
  2. Taboo bg orang Melayu tapi biasa bg orang Islam. Yg biasa rasuah, politik lucah, tak bayar hutang, tipu dakwat kekal..tipikal melayu.

    ReplyDelete
  3. Kih.kih.kih.kih.admin nie dah lama jadi penganjur acara memaki.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa