Wednesday, October 22, 2014

Tataulah.....Budak Ni Nak Cari Nama Atau Bala?

Penganjur program ‘sentuh anjing’ terima ancaman bunuh di media sosial
Published: 22 October 2014
Penganjur program 'sentuh anjing' Syed Azmi Alhabshi kini berdepan dengan ancaman bunuh dan tuduhan murtad. – Gambar ehsan Facebook, 22 Oktober, 2014.

Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.
Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.
Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.
Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.
“Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he,” tulis Ghas Ku.
“Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu,” tulis Hafizzulnaim Samsuddin.
Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yang mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.
“Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing,” tulis Han Khalief.
Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea “liberal” atau “plural” kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.
Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.
Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.
Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.
Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.
Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: “Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing.”
Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.
Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.
“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.
“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.
Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.
Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan “berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP.”
Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.
“Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.
“Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan.” – 22 Oktober, 2014.

7 comments:

  1. Salam, sebenarnya yang juga merosakkan agama ialah orang-orang yang mengancam bunuh,yang menuduh murtad, yang mengancam menarik tudung, yang menggunakan kata-kata kesat dalam mempertahankan Islam.

    Apa yang dibuat oleh Syed Azmi Alhabshi memanglah salah tetapi juga salah ialah cara mengkritiknya.

    Adakah Islam mengajar kita memaki-hamun, meleparkan tuduhan yang bukan-bukan, mengancam membunuh ?

    Islam mengajarkan kita adab di dalam memberikan nasihat. Islam mengutamakan ilmu di dalam perdebatan.

    Agama itu adalah nasihat, kata Islam. Bukannya mencaci hamun, bukannya mengancam, bukannya menghina.

    Jika kita tidak mampu memberikan kritikan dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam, maka sebaiknya janganlah bersuara kerana hanya lebih memburukkan imej Islam sahaja. Dan memburukkan imej Islam juga adalah berdosa.

    ReplyDelete
  2. kalu basah - najis mughalazah, haram pegang. kalu kering? Haram tak? Najis tak?

    ReplyDelete
  3. Lepas ni boleh lah Syed Azmi anjur pegang dan makan daging babi pulak....!!

    ReplyDelete
  4. Pegang peluk Anjing tiada masalah.

    Masalah orang orang Melayu makan rasuah dan tidak sholat serta ngentot free ber leluasa yang menjadi masalah masa kini yang perlu di ubah.

    Kenapa orang orang Melayu mesti membahalol kan pemikiran ke perkara yang kecil dan kesan burok nya juga kecil....

    Betul kata mamak , melayu gagal salah kan bangsa lain.

    ReplyDelete
  5. lagi baik anjur..jom pegang pantat..lepas tu ajar cara basuh tangan dan bertaubat...banyak benda lain yg boleh dipegang...sekurang-kurang ajak orang pegang/sapu kepala anak yatim lagi berfaedah....apa pun yg ramai2 pi pegang pun satu hal jugak...mcm kebulur sgt nak pegang anjing...memalukan...disarankan lain kali tolong buka tudung sebelum buat kerja2 bangang mcm ni...

    ReplyDelete
  6. Bab-bab agama ni biarlah yg mahir saja dlm bdang agama je yg buatbsesuatu yg berkait dgn agama. Spt kereta rosak jumpa yg mahir dgn kereta, barulah kereta boleh dibaiki. Jgn jumpa pakar urut, x selesai masalah kereta.

    ReplyDelete
  7. salam , saya hendak mengingatkan sebelum hendak menganjurkan sesuatu program fikir dahulu benda yang hendak dibuat itu memberi manafaat kepada umum atau yang haram hendak di halalkan dan merosakkan akidah dan agama. bila dah teratuk susah parah jadinya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa