Sunday, October 19, 2014

UMNO (LENSA) Minta Anwar Bersara, PR Juga Minta Najib Turun. Apa Macam?

Apahal LENSA(baca UMNO) dok kalut hal rumahtangga orang?
Masalah ajak rakyat itu hak PKR. Rakyat nak ikut, ikutlah. 
Kalau tak ada rakyat ikut berkuburlah.....apa masalahnya dengan UMNO?

Anwar jadi liabiliti PR, perlu pertimbang serius pandangan LENSA - Sohaimi
Astro Awani |Kemas kini:Oktober 19, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 19, 2014 00:12 MYT)


Anwar jadi liabiliti PR, perlu pertimbang serius pandangan LENSA - Sohaimi
SOHAIMI: Anwar jadi liabiliti PR, perlu pertimbang serius pandangan LENSA - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat mempertimbang secara serius surat terbuka Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)yang memintanya untuk bersara.

Ia petanda zaman Anwar berpolitik sudah berakhir dan rakyat tidak mahu lagi bersolidariti bersamanya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat sudah mula menolak Anwar secara total terutama selepas isu pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"Rakyat sudah muak dan tidak mahu lagi ambil tahu tentang apa sahaja yang berlaku terhadap Anwar.

"Setiap langkah yang dibuat Anwar semasa isu Selangor membuktikan campur tangannya selama ini menyusahkan rakyat," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Sohaimi mengulas surat terbuka Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee yang meminta Anwar menghentikan gesaan kepada rakyat untuk berpanas di atas nama solidariti.

Pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Kata Sohaimi, Anwar harus segera menghabiskan baki hayatnya dengan beribadat dan bersama keluarga dari berterusan dituduh menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat (PR).

Seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berharap Anwar dapat menghentikan taktik menyusahkan rakyat untuk meraih simpati dalam isu peribadinya.

"Tindakan ini menyebabkan imej negara tercalar, sistem ekonomi terjejas dengan sikap Anwar ini.

"Apa yang diperkatakan LENSA adalah kebenaran. Mana-mana pihak pun boleh berfikir tindak tanduk Anwar ini adalah sesuatu yang akhirnya merugikan negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pandangan LENSA disifatkan remeh dan usaha memperlekehkan Anwar.

"LENSA tidak faham makna demokrasi. Mereka perlu belajar perlembagaan negara dan asasnya sekali," jelasnya.

Kenyataan Shamsul disusul seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya LENSA.

"Siapa ini? Saya tidak kenal LENSA.

"Mereka boleh kata apa-apa, apa pendirian dan relevan mereka membawa isu ini?," soalnya.

2 comments:

  1. Buat AUTA
    Buat DRAMA
    Buat SANDIWARA

    LENSA laa
    Pil-KUDA laa
    Lenin Karl Mark laa
    Memali MAUNAH Lahad Datu

    JANJI..janji ada "umpan"-UPAH!

    Habis LUNYAI duit NEGARA/rkyat dijd kan umpan-RASUAH demi autaSANDIWARA drama2 sengaja diREKA2 yg pasti mngGUMBIRAkan siBARUA2!

    Hutang negara?
    PTPTN &graduan2 haprak melambak2??
    MINYAK n kos sara hidup yg TGGI???
    LIWAT-khiayanat-fitnah-RASUAH??????

    Sume isu yg sgt2 SERIOUS ddlm negara SENGAJA ditolak ketepi n dibuat2 LUPA/buta krn umpan-berJUTA2!?

    ReplyDelete
  2. budak budak dumno ada otak ke ?
    kalau tak rempit rempit , apa lagi bebudak bahalol tu boleh buat...

    tengok muka saja sudah tau budak bahalol.

    mahathir cakap betul aper.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa