Nak agak tu rasanya boleh tetapi belum tentu ianya jawapan yang betul......
Palanivel Kenal Dalang Teroka Tanah Haram, Tapi Perlu 'Tutup Mulut'
Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 6:14 PM - mStar
CAMERON HIGHLANDS: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.
Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.
Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.
"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.
"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.
"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.
"Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya.
Palanivel berkata beliau akan mengutus surat kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah untuk mengadap memberi penjelasan berhubung situasi di Cameron Highlands.
"Baginda tidak marahkan saya. Saya berada di sini Selasa lepas...," katanya.
Pada 20 Nov, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin di Cameron Highlands.
Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh.
Menurut baginda hal itu tidak benar sama sekali.
Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.
Jubok lal lu keling. Kalo tau dedah ajela. Ke kau bersekongkol skali. Ada masuk ke?
ReplyDeletesusah jugak yea,,,,
ReplyDeleteSultan ckp gitu.palanivel ckp gini.denan telinga ckp saman.polis ckp nak tangkap.sampai tentera pon joint sama.pjbt tanah ckp giti gini.aku ckp kah lah kah kah kah.semua nak berwayang jer.masalah dah lama org citer.tunggu tahun dpn plak.aper plak criternya.aku x doakan banjir ape bgai.cuma nak tgok pepuak neh wayang apa la plak.yg pasti perut tetap boncit ala tong.
ReplyDeletePaling kartun dalam segala kartun adalah tindakan nak gempur PATI... sikit punya bangang kartun-kartun tu mengisytihar gerak gempur untuk menahan PATI dengan bantuan ATM... kalau aku jadi PATI pun aku cabut pergi merempat di tempat lain asalkan bukan CH untuk masa terdekat ini. Kartun-kartun tu ingat PATI pakai isyarat asap untuk beri amaran pada geng depa... depa pun ada gajet canggihlah silap-silap lagi canggih dari pegawai polis CM sendiri.
ReplyDeleteSi katun itulah antara malaunnya, buat wayang supaya PATI tu bersembunyi dan akhirnya tiada saksi untuk buka mulut.
DeleteI go to see each day some web pages and sites to read content, except
ReplyDeletethis website offers quality based content.
Here is my web page ... plenty of fish dating site of free dating
Inspiring story there. What occurred after? Thanks!
ReplyDeleteTake a look at my page plenty of fish dating site of free dating