Wednesday, November 26, 2014

Dah Tua Nak Mampos: (Gambar) Anggota Geng Mamak Ditembak Mati

SEORANG LELAKI DIPERCAYAI ANGGOTA GENG MAMAK DITEMBAK MATI, RAKANNYA CEDERA

Kuala Lumpur, 25 Nov - Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak' maut ditembak, manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Taman Melawati di sini, hari ini. 

Polis menemui sepucuk revolver, beberapa bilah kapak, parang dan kira-kira 15 nombor plat palsu dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah dari sebuah kereta yang mereka naiki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pasukan polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah Volkswagen yang dilihat mencurigakan.

"Polis bertindak menahan kereta itu selepas mengesan ia menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Bagaimanapun, pemandunya enggan berbuat demikian, sebaliknya cuba melanggar anggota polis serta melepaskan beberapa das tembakan.

"Demi mempertahankan diri, polis telah melepaskan tembakan ke arah suspek. Suspek meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Adnan berkata rakan suspek yang cedera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui pembabitannya dalam mana-mana kegiatan jenayah.

Dalam insiden itu, seorang anggota polis cedera di lengan kanan dan kiri.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai 24 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki polis berkaitan lapan kes samun, pecah rumah dan curi.

Mayat suspek yang berasal dari Grik, Perak dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Geng Mamak terkenal cukup jahat dan bergerak aktif pada awal 1990an.

Pada mulanya kegiatan mereka tertumpu kepada memecah masuk kilang dan gudang, dan kemudian merompak kereta dan menyamun pemandu.

Geng itu paling terkenal bila ia melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks Kargo Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Subang pada Hari Merdeka 1994 (31 Ogos 1994). - BERNAMA

Belek punya belek aku terjumpa gambar-gambar ni di blok Omak Kau!!!


 
 

6 comments:

  1. susah jugak nak mati yea...

    ReplyDelete
  2. Anggota geng mamak yg tumpas ini berusia 59 tahun pun dikatakan 'dah tua nak mampos'. Bagaimana pula dgn anggota yg berusia sekitar 90 tahun?

    ReplyDelete
  3. I was very happy to uncover this website. I want to to thank you for ones time just for this fantastic read!!
    I definitely enjoyed every bit plenty of fish Dating Site of free dating it and i also have you book marked
    to look at new things in your site.

    ReplyDelete
  4. Greetings! I've been reading your web plenty of fish dating site of free dating
    for a while now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out
    from Dallas Tx! Just wanted to say keep up the excellent work!

    ReplyDelete
  5. Good post. I learn something totally new and challenging on websites I stumbleupon everyday.
    It will always be useful to read articles from other writers and
    use something from other web sites.

    Feel free to surf to my weblog; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  6. Having read this I thought it was really informative.
    I appreciate you spending some time and effort to put
    this content together. I once again find myself personally
    spending way too much time both reading and leaving comments.
    But so what, it was still worthwhile!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa