Saturday, November 1, 2014

Kenapa Dia Menjadi Begitu Kejam?

Pengasuh didakwa dera budak
Pengasuh yang didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak lelaki. 
KANAK-kanak berusia tiga tahun ditemui ibunya dalam keadaan tangan, kaki terikat di rumah pengasuh.

BUTTERWORTH: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lalu.

Noor Faezah Said, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Okt lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.

Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Terdahulu, ketika merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.

Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman. - Bernama

2 comments:

  1. Patut yang kena ikat orang umno yang makan rasuah kena ikan macam itu seba menyusahkan rakyat habis duit di sepu, hutang negara pun mengunung, lani nak GST pasal tak ada idea nak dapat income negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa