Friday, November 21, 2014

Pertembungan Terbuka: PAS Akan Berpecah Lagi?

Yang kalah tinggalkan parti dalam pemilihan PAS tahun depan, kata sumber 
Published: 21 November 2014
Perwakilan PAS dalam muktamar tahun depan akan menentukan hala tuju PAS, sama ada kemenangan di pihak profesional atau ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.

Pemilihan pucuk kepimpinan PAS tahun depan bakal menjadi pertembungan terakhir antara kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS sekarang dengan satu hala tuju, siapa yang kalah akan meninggalkan parti itu.
"Kalau kami kalah, kami perlu fikir sama ada boleh kekal dalam PAS lagi atau tidak. Besar kemungkinan kami perlu menubuhkan parti baru.
"Kami juga difahamkan, pihak belah sana juga berpendirian begitu. Kalau kalah, mereka juga melihat menubuhkan satu parti baru adalah satu opsyen bagi mereka," kata seorang pemimpin kanan PAS yang berada dalam kumpulan profesional atau lebih dikenali Erdogan, mengambil nama presiden Turki sekarang, Raccip Tayyib Erdogan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli dan perwakilan PAS memastikan mereka membuat pilihan yang betul dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke-61 yang dijangka diadakan pertengahan tahun depan.
Beliau yang enggan namanya disebutkan berkata demikian kepada The Malaysian Insider ketika mengulas hala tuju PAS ekoran perbezaan pendapat yang ketara dalam parti itu sekarang, bermula sejak kekalutan pemilihan menteri besar Selangor.
Sebelum fenomena yang dihadapi Malaysia ini, Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang besar juga menghadapi fenomena sama.
Sehingga pada awal 1980-an, semua aktivis politik Islam di Turki berada dalam satu parti iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan.
Namun mereka berpecah kerana berbeza jalur pemikiran dengan kumpulan progresif dalam parti itu membentuk AKP dan konservatif membentuk Parti Saadet.
AKP pimpinan Erdogan menang pilihan raya Turki selepas menyertainya buat pertama kali pada 2002 dan memerintah Turki sehingga sekarang sedangkan Saadet kekal sebagai parti pembangkang dengan menerima sokongan tidak sampai 2% daripada rakyat Turki.
Ahli Parlimen PAS itu berkata, keputusan perlu dibuat dengan jelas oleh perwakilan PAS sama ada mereka mahu bersama dengan pendekatan progresif yang dibawa kumpulan profesional atau konservatif yang dibawa kumpulan pro ulama.
"Kempen nampaknya sudah bermula. Semuanya dilakukan dengan jelas oleh NGO masing-masing," katanya.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mewakili kumpulan ini manakala Geng Ustaz (GU) mewakili kumpulan pro ulama.
"Kita meminta perwakilan mempunyai minda yang jelas, pemilihan tahun depan untuk menentukan hala tuju PAS. Sama ada kita mahu maju bersama Pakatan Rakyat (PR) atau kita mahu bersendirian dengan alasan mahu menjaga kemurnian Islam.
"Jika perwakilan mahu maju bersama PR, mereka perlu memilih pemimpin yang pro PR. Jika mereka memilih pemimpin yang pro kepada duduk bersendirian dan menjauhi PR, kami terpaksa meninggalkan PAS kerana kami mahu maju ke depan," katanya.
Pihak yang paling tersepit dengan fenomena yang berlaku dalam PAS sekarang adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Aktivis PasMa mula menyerang beliau secara terbuka dalam laman sosial di samping tekanan yang diberikan rakan dalam PR sendiri khasnya DAP.
Terbaru, aktivis PasMa dari utara semenanjung Zolkharnain Abidin, bekas ketua Pemuda PAS Perlis menulis dalam Facebooknya:"PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan".
Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra daripada pembaca.
Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan itu.
Pihak yang pro ulama pula aktif menyerang kumpulan profesional ini, juga melalui Facebook di samping menggunakan aktiviti dalaman parti itu sebagai tapak serangan mereka.
El Haraki menamakan pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang pro kumpulan ini sebagai 'Jebon' iaitu sejenis binatang yang suka membuat kerosakan.
Kumpulan ini juga menguatkan kedudukannya di Kelantan termasuk melantik seorang pemimpin baru di Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan mulai Januari nanti. – 21 November, 2014.

6 comments:

  1. Kita bukan anti ulamak yg banyak ilmu agama tetapi kita tentang usaha mereka2 yg mahu menjauhkan diri dgn pakatan.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Jikalah perpecahan ini menjadi parah semasa krisis MB Selangor, s3benarnya ia adalah sesuatu yang menyayat hati dan menyedihkan. Krisis dalaman PAS yang berlaku sekarang yang sukar diatasi, jika benar laporan diatas, adalah hasil kerjatangan dan kedegilan TGHH dan puak UGnya dengan membelakangkan ilmu yang tinggi, pe4lembagaan PAS. Kesalahan terletak dan mesti dipikul oleh TGHH dan puak UGnya.

    Bagi kita yang berada diluar kepimpinan PAS, yang kita nampak perpecahan ini diusahakan dengan begitu jelas oleh puak UG dan penyokongnya yang berkebetulan dari kalangan mereka yang mempunyai asas p3ndidikan dan ilmu Islam yang tinggi. Kita tidak begitu nampak dengan jelas golongan yang satu lagi iaitu golongan profesional memberi tentang blow for blow terjahan dari golongan agamawan.

    Krisis MB Selangor sebenarnya adalah satu kegagalan yang jelas yang dibuat oleh TGHH dan puak UGnya yang mendapat sokongan dari sesetengah agamawan didalam PAS. Ini adalah contoh yang jelas dimana ilmu ugama yang tinggi sahaja tetapi terpisah dengan kemampuan untuk menterjemahkan ilmu itu kedalam realiti akan mencipta lebih banyak masaalah dari menyelesaikan. Kebaikan yang sepatutnya terhasil telah mencipta masaalah yang lebih besar dan lagi rumit.

    Sepatutnya TGHH dan puak UGnya serta golongan agamawan menyedari kesilapan dan kelemahan mereka dalam krisis MB Selangor. Sebemarnya kelemahan dan kegagalan mereka bukan dalam dalam krisis MB Selangor. Kita bol3h lihat dalam kegagalan kerajaan PAS Terengganu dan Kedah yang hanya mampu bertahan sepenggal. Puncanya sama. Ilmu sahaja tinggi tapi tidak dapat menerapkan ilmu yang ada kedalam realiti yang ada.

    Sepatutnya mereka menyedari dan menginsafi bahawa mereka tidak mampu mendaulatkan Islam bers3ndirian tanpa bantuan golongan profesional lain didalam PAS. Mereka sepatutnya sudah sedar bahawa gabungan antara agamawan dan profesional bagaikan aur dan tebinglah yang membawa kejayaan kepada PAS danIslam seperti yang kita lihat hasilnya selepas PRU 2008.

    Sepatutnya, jika golongan agamawan didalam PAS itu tangan kanan,maka golongan profesional menjadi tangan kiri. Tetapi ianya tidak berlaku begitu didalam PAS dibawah kepimpinan TGHH. Tetapi yang anehnya, ia berlaku dibawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadhil Nor!...Jadi yang perlu kita tanya mengapa terjadi perbezaan yang begitu ketara? Bol3h mana-mana ustaz yang pro TGHH tolong beri pencerahan.

    Pada saya apa yang terjadi sekarang adalah berpunca dari kepimpinan TGHH yang lemah. Beliau tidak memileki kepimpinan yang diperlukan untuk mengemudi PAS diera politik baru pasca tsunami 2008. Apakah ini satu kelemahan TGHH? Jawapannya TIDAK.....Pada saya kepimpinannya yang cemerlang sebelum tsunami 2008 sudah sampai kepada hak kemampuan yang ada pada dirinya, bukan kelemahan. Setiap manusia dijadikan Allah mempunyai had kemampuan yang berbeza.

    Jadi seperti pendapat ramai, sudah tiba masanya TGHH melepaskan jawatan Presiden PAS. Bukan beliau tidak hebat dan cemerlang. Beliau hebat dan cemerlang. Tetapi realiti dan cabaran yang sedang mendepani PAS sekarang dan dimasa depan memerlukan seorang pemimpin baru yang lebih berupaya m3ngalas cabaran-cabaran baru yang sedang menanti PAS.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bat8.
      Wa follow u.
      Bgtulah pendirian wa.
      Sampai had dan masanya.
      Kita sentiasa dinilai.
      So kena bijak membaca pandangan.
      Hati kena besar.
      Tuan guru HH tiada masalah besar dgn peribadinya.
      Tp sebagai manusia kita semua x dpt nak elak dr melakukan kesilapan.betulkan sblm terlambat.x dpt or x nampak jln kenalah berundur.pasti ramai yg tabik spring ats keberanian tersebut.

      Delete
  3. Tingkah laku dan kelakuan Hj Hadi Awang dewasa ini tidak layak langsung digelar sebagai orang alim apa lagi sebagai ulama. Sikap dan pekerti beliau sudah menjadi terlalu liability kepada PAS dan PR amnya. Apakah balanya di akhir zaman ini Allah SWT telah turunkan kepada umat Islam di mana para pemimpin mereka begitu sukar untuk melepaskan jawatan atau terlalu sayangkan jawatan dan kebesaran yang hanya sementara di dunia ini? Kenapa di dalam tulisan dan ceramah beliau selalu sahaja menyuruh insan lain takutkan seksaan Allah SWT di akhirat sedangkan beliau seolah-olah tidak heran langsung dengan azab Allah SWT di akhirat kelak. Mungkinkah beliau juga sudah tidak percaya kewujudan akhirat dan hari pembalasan kelak? Wallahuaqlam......

    ReplyDelete
  4. PAS perlu di bubar saja.

    PAS dan PASMA kedua dua gagal menjana ekonomi tuk ahli ahli malah meruntuhkan kualiti pemikiran sehingga taksub dengan pemimpin , walau pemimpin itu dungu,

    Ini Fakta tak boleh di nafi otak waras.

    ReplyDelete
  5. Terkenang pula pengakuan yg pernah dibuat beberapa tokoh PAS ini, iaitu bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Apakah ianya benar???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa