Saturday, November 1, 2014

Rakyat Didahulukan?

Slogan sampah!

Rumah diroboh, penduduk terpaksa huni pondok
12:51PM - 1 Nov 2014

Satu keluarga di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu.

Seorang daripadanya, Wahidah Saleh, 70 atau lebih mesra dipanggil Opah Wahidah berkata mereka merupakan peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu.

Beliau kecewa kerana penguatkuasa tetap merobohkan rumah tersebut walaupun selepas mereka menunjukkan satu surat kebenaran mahkamah pada 1998

Dalam dokumen berkenaan, hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam penghakiman bertarikh 31 Julai 1998 memutuskan bahawa warga berkenaan dibenarkan menetap di tanah tersebut.

Mahkamah juga memutuskan mereka sebagai pemegang lesen sah dan dibenarkan untuk terus menetap di tanah berkenaan dengan persetujuan kerajaan negeri.

“Saya tinggal di kampung ini dah 45 tahun bukan baru-baru ni, selepas bernikah saya terus tinggal sini.

“Tengok lah surat ni daripada mahkamah, tetapi bila mereka datang nak robohkan saya tunjuk surat ni mereka cakap mereka tetap akan robohkan juga,” katanya.

Beliau ditemui di sebuah pondok sementara yang didirikan di tapak bekas rumahnya di Kampung Chubadak Tambahan semalam.

Pondok beratapkan kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantai kayu reja itu turut memuatkan barangan yang sempat diselamatkan daripada rumah yang dirobohkan.

Beliau sekadar berharap agar wakil rakyat kawasan tersebut, Tian Chua akan dapat membantu mereka mendapatkan kediaman lain.

Menurut Opah Wahidah, beliau kini tiada tempat lain yang boleh dituju kerana rumah itu sahajalah satu-satunya tempat kediaman mereka anak beranak.

Beliau berharap agar kerajaan dapat menggantikan rumah yang sempurna kepadanya, dan bukan hanya memberikan unit rumah Program Perumahan Rakyat.

Sementara itu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang menziarahi keluarga berkenaan berkata, pemaju dan DBKL sepatutnya menawarkan rumah yang lebih baik sebagai ganti.

“Kalau kita tengok pun sejarah kes ni panjang, dah pernah dibawa ke mahkamah rayuan sebelum ni.

“Kita harap pihak pemaju dan DBKL dapat mempertimbangkan tawaran yang lebih baik dan berperikemanusiaan,” katanya.

Nik Nazmi juga berkata, golongan peneroka bandar berkenaan layak mendapat layanan lebih baik kerana mereka didorong oleh kerajaan untuk membuka penempatan di Kuala Lumpur semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.

“Jika sebelum ini bapa perdana menteri sendiri yang menggalakkan mereka datang jadi pada zaman sekarang tak patutlah kita layan atau gelarkan mereka sebagai setinggan.

“Layanlah mereka sebagai peneroka bandar yang pernah memberi sumbangan kepada pembangunan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Beliau turut memuji tindakan golongan mahasiswa yang turut berhimpun sebagai tanda solidariti bersama warga tersebut di Sentul, semalam.

“Mereka menjaga kebajikan keluarga Opah, ini menunjukkan peranan positif anak anak muda dalam isu ini,” katanya.


4 comments:

  1. Time kena musibah ni semua sedih...tpi masa nk pilihanraya kena 50 hengget umno always right...sabarlah makcik..itu pilihan yg kita sokong dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai mereka nie penyumbang kemenangan PR,adakah wajar berkomen sedemikian rupa.sepatut nya mereka ini dibantu oleh yg berkemampuan.bukan hinaan terjah yg sewajar nya.

      Delete
  2. .

    .


    .
    .

    .


    .


    Interesting

    Sejarah berulang lagi.

    Semasa saya di bangku sekolah, MB

    Selangor pada masa itu Harun Idris

    [HI]-

    kini arwah. Di jajahan selangor

    ada satu hamba Allah namnya Hamid

    Tuah.Beliau dan geng geng nya

    telah meneroka hutan di satu

    kawasan hutan.

    MB buat keputusan untuk halau

    peneroka haram tuh. Mereka pula

    berpiket begitu lama .Akhirnya

    hamid tuah merengkok di penjara,

    Kesudahan pada Harun-tidaklah

    begitu elok juga. Dia telah

    dipenjara juga

    kerana rasuah melibatkan sekeping

    tanah di Kuala Lumpur yang dijual

    kepada HSBC [sebelah masjid Jame'

    KL] . Itulah dek kerana keras

    kepala HI pun mendapat balasan

    yang setimpal dengan kekejamanya.
    .

    .
    Harap ini akan jadi pengajaran

    untuk MB Negeri yang berhadapan

    dengan peneroka haram. Khususnya

    MB Kedah dan MB Johor dan MB

    Pahang yang ada kes sedemikian

    di dalam negeri.

    .

    Ingatlah keputusan yang gomen dbkl

    bikin ini akan ada impak yang

    berterusan 10 tahun lagi.

    BN tak mungkin menang sekarang

    hingga 10 tahun di kawasan sentul

    nih.


    Tanyalah pasal apa?


    .

    Ini bukan Roket Sains. YTL

    -pemaju hanya akan bikin flat baru

    yang harganya lebih dari

    rm 600 000. jadi berapa kerat

    melayu bolih tinggal di sentul

    /gombak esok.
    .


    Jelas mat melayu di gomen hanyalah

    mat pantat yang takde wawasan dan

    tak nampak masa depan melayu

    kerana horizon pikiran mereka

    adalah short term aje. Mat Madey

    pun terjeremus di dalam penyakit

    short-termisma jugak. First round

    tanah gomen telah di hadiahkan

    kepada YTL -around 10 000 ekar.

    Jadi dah dapat sentul YTL

    mintak gombak pulak. Baguslah mati

    melayu , thanks kepada mat

    pemimpin umno yang tak ade otak.

    Pendirian Short term mereka akan

    membawa kehancuran BN dalam masa

    10 tahun lagi !

    .

    Mungkin ada kebenaran bila

    chingkies anggap melayu kurang

    cerdik. Pemimpin mana yang sengaja

    tanam akan menanam seeds

    of destruction kepada masa depan

    parti mereka?

    .

    Hanya mat umno anak anak bangsawan

    yang tak berwawasan dan gila

    kejar kejayaan short term aje

    yang buat projek seperti ini.

    Hidup berpoya dibelai dek chingki

    Jho lo yang akan hantar satu

    kapal terbangkan big -tits

    waitress dan bertong tong crystal

    ice dari club di nyc u

    berparti dengan pemimppin melayu

    di kl [laporan dari New York

    Times 2009]-rujuk blog Apanama
    .


    Ingatlah sehingga kini tidak ada

    MB /prime minister yang ada wibawa

    yang bolih perkenal kan tanah

    rezab melayu baru atau mekanisma

    yang bolih menjamin ada kelompok

    melayu bolih tinggal di

    bandaraya. Ambil visual ini BN

    kalah di semua bandar raya di

    Malysia termasuk Putra Jaya.

    Akhirnya mlayu duduk di pinngiran

    bandar dan di kejar keluar

    selalu dek projek expansion yang

    hantar melayu ke desa desa dan

    hutan!


    ..


    khong khek khuat
    .

    .


    .

    ReplyDelete
  3. Ini lah kerja umno, ambil tanah orang melayu, lepas tu jual ke bangsa asing dan mereka alibaba kan project. Operandi ini lah yang kita dapat orang melayu yang kaya raya tak payah kerja kuat, cuma guna cable kroni OK.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa