Saturday, November 29, 2014

Susah Nak Percaya Bila Masih Ada Orang Yang Boleh Overrule Segala.....

PAS akan terus perkasa MPPR
 | November 29, 2014
Perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.
Mat Sabu PASKUALA KANGSAR : PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) untuk meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.
Menurut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.
“Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.” katanya, HarakahDaily melaporkan.
Beliau menegaskan, PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Beliau menambah, PAS seharusnya bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya perkauman.
“Isu perkauman merupakan senjata utama UMNO bagi menakutkan orang Melayu dan kaum lain. Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka,” ujarnya.
Mohamad Sabu menegaskan, PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.

7 comments:

  1. Abe

    Mat Sabu yang kata. Perkataan dia tidak ada makna apa-apa. Walaupun Mat Sabu adalah Timbalan Presiden tetapi bagi puak UG, mat sabu hanya budak suruhan sahaja.

    Bila disuruh pi mesyuarat dia pi. Bila dia buat keputusan, TGHH akan veto.

    Memperkasakan MPPR? Mat Sabu bermimpi siang hari kot. Yang ada adalah usaha untuk meruntuhkan PR adalah. Mat Sabu dan golongan bukan agamawan juga bersongkol dengan puak UG untuk meruntuhkan PR dengan duduk berdiam diri dan tak buat apa-apa.

    ReplyDelete
  2. PAS parti bahalol untuk melayu melayu Gagal.

    Tak kemana nya PAS selagi hidup jaja jaja Quran Sunnah nak cari makan. Nak tipu Allah SWT ke ?

    PAS sama macam UMNO saja , ketua2 jenis lahanat penting perut sendiri saja.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Mat Sabu tu siapa? Laku ke dia ?

    Setahu saya dia hanya budak suruhan TGHH dan puak UGnya sahaja bila TGHH tak mahu pi meeting atau menghadiri program PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dibandingkan mat sabu dengan bat8....mat sabu macam brahmin manakala bat8 mcm keling keturunan paria la....mat sabu singa garang manakala bat8 kucing yang dipenuhi kurap sedang presiden pas sekarang ini bapa mentua din ayam dan suka bercakap bohong mengkhianati rakan seperjuangan .mat sabu masuk jel kerana ISA dan tueun naik mahkamah dizalimi rejim zalim...sering bermandi air kimia FRU..presiden pulak gila mempeerahankan khalid ibrahim dan berahi nak berzina dengan hamno...

      Delete
    2. Anon 4:43

      Terima kasih kerana panggil saya keturunan keling paria dan kucing yang dipenuhi kurap.

      Ia hanya memberi gambaran dimana letak dan keadaan hati dan pemikiran sdra. Saya tidak perlu mempertahankan diri saya. Komen sdra sudah cukup menjadi jawapan bagi pihak saya.

      Delete
    3. Anon 4:43pm, setelah berulang-ulang baca komen kamu, jelas ia bersifat sarkastik. Namun begitu kamu tidak wajar sama sekali melemparkan bandingan yg menghina, tambahan pula secara direct.

      Delete
  4. A'kum semua

    Saya setuju dengan pendirian bat8 yang tidak perlu mempertahankan diri.....segala-galanya yang ditohmahkan itu menelanjangi diri tukang komen dengan sendirinya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa