Thursday, November 27, 2014

Tak sekat kritik kerajaan: Begitukah Dalam Pelaksanaan Akta Itu?

Kekal Akta Hasutan tak sekat kritikan kerajaan, kata pemimpin Umno 
Published: 27 November 2014
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengatakan Akta Hasutan 1948 akan kekal, dipersetujui dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2014.

Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk mengekal dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara dan melarang kritikan terhadap kerajaan, kata pemimpin sayap parti Melayu itu.
Mereka berpendapat pengekalan akta itu juga tidak bermakna mereka yang mengkritik polisi kerajaan akan ditahan, sebaliknya akta itu perlu terus kekal untuk mempertahankan tanah air.
"Kritikan tidak pernah kita halang, dari segi iklim politik, kita tidak menghukum mereka yang memberi kritikan adil kepada kerajaan.
"Ini bukan untuk kita tutup ruang kebebasan negara, ini untuk kita melindungi negara," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada pemberita.
Beliau berkata yakin majoriti anak muda akan menyokong akta itu dikekalkan, dan pihaknya memberi jaminan akan bergerak ke peringkat akar umbi untuk memberikan pemahaman dengan tindakan Putrajaya itu.
"Hendak kritik polisi, Khairy tiada masalah... tetapi bila ada penghinaan kepada bangsa dan agama, dan menggalakkan pemisahan Sabah dan Sarawak, itu tidak boleh diterima.
"Saya percaya seluruh rakyat Malaysia dan generasi muda sokong," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keputusan mengekalkan akta itu bukan atas tujuan politik, sebaliknya demi kelangsungan rakyat Malaysia.
"Kita tiada agenda peribadi dan politik, agenda kita untuk Malaysia, rakyat akan terima," katanya.
"Dalam politik, buat baik pun kena kritik, yang mustahak nawaitu kita untuk negara," tambah bekas menteri pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat itu.
Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pergerakan itu menyokong Akta Hasutan dikekal dan diperkukuhkan kerana ia selari dengan konsep solidariti yang ditekankan Najib ketika memberi ucapan dasarnya.
"Puteri pun bersetuju dengan pengekalan Akta Hasutan, kerana dalam apa pun tajuknya, solidariti amat penting untuk rakyat Mlaysia, bukan agama Islam sahaja, tetapi keseluruhannya," katanya.
Ketiga-tiga sayap parti itu ketika perhimpunan mereka semalam menggesa agar Putrajaya mengekalkan Akta Hasutan.
Sayap wanita turut mengadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada lebih 20,000 cawangan parti itu di seluruh negara untuk diserahkan kepada Najib sebagai tanda sokongan untuk akta itu dikekalkan.
Najib pada 11 Julai 2012 dilaporkan berkata  Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara seperti yang dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang sering memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.
Pemimpin pembangkang dan kumpulan aktivis terus mendesak agar Najib mengotakan janjinya, lebih-lebih lagi apabila Putrajaya giat menggunakan akta itu terhadap musuh politik mereka. – 27 November, 2014.

5 comments:

  1. dua ratus juta apa cerita daa ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Si Bahalol sudah jadi Bacul bagai khinzir hutan masok ke bandar.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Kita s3mua kena sentiasa ingat satu pe4kara tentang Najib. Kalau lupa bahananya parah.

    Najib ni sanggup buat apa sahaja bila dia tersepit. Kalau su4uh dia merangkak pun dia sanggup. Tetapi bila t3ngok dia sudah terlepas, tak tak pikir walaupun sekali untuk menikam kita balik.

    Banyak contoh-contoh kalau kita nak s3naraikan s3lama 6 tahun dia jadi.PM.

    Ingat macamana dia pedajalkan peneroka-peneroka Felda supaya menyerah tanah-tanah mereka untuk FGV dapat disenaraikan di BSKL. Dia sanggup umpan duit RM 15K setiap keluarga. Bayar 3 kali plak!. Paksa peneroka beli saham FGV.

    Apabila FGV disenaraikan, g3ng2 Najib dan kroni-kroni sudah kaya raya apabila mereka menjual saham-saham mereka dalam masa s3minggu selepas disenaraikan. Sudahlah untuk beli saham mereka pinjam duit bank, bila jual dapat untung sakan atas harta, penat lelah, keringat para-para p3neroka.F3lda. Kalau ini bukan penipuan dan p3ndajalan yang paling tak bermaruah aku tak tahu nak katalah.

    Apa jadi d3ngan harga saham FGV s3karang. Dari RM 4.55 kini dah jadi RM 3 lebih. Sekarang mana-mana peneroka yang masih dok simpan saham FGV, semua rugi. Nak bayar balik pinjaman dari bank adik Najib pun sekarang te4kial-kial. Mereka hilang segala-galanya yang diusahakan sejak dari muda kerana termakan dengan p3nipuan Najib.

    Kedua, janji-janji PRU 13. Bila tersepit dia cilok menifesto PR bulat-bulat. Bila dah menang dia mungkir. Tak dak satupun dia tunaikan. Antaranya harga kereta turun, harga minyak tak naik.

    Ketiga, nak undi dalam PRU 13 punya pasai dia tabur BR1M. 6 bulan lepas.dia menang dia naikkan harga RON95/Diesel. Akibatnya harga barangan naik.

    Keempat, s3belum PRU 13, Najib tak s3butpun pasai GST. Bila dah menang, dia tak s3gan dan malu untuk melaksanakan GST.Tunggulah penangan GST tahun depan. Tak cukul duit le kita nak sedekahkan kepada Najib melalui GST.

    Kritik kerajaan boleh kata Najib pembohong. Yang sekarang ini berbaris2 pemimpin PR yang didakwa dibawah akta hasutan 1948 kerana me dedahkan penyelewengan kerajaan Najib itu apa kejadah!

    Yang lebih pelik lagi ajaib, ulamak-ulamak dan tok lebai UG dalam PAS hari-hari mengigau siang malam h3ndak berdakap dengan Najib dan UMNO.

    Mereka bukan tak kenal Najib. Kalau tak kenal, mereka memang tak layak untuk menjadi pemimpin PAS.

    Mereka begitu galak menyambung p3nipuan Najib dengan cuba menyakinkan ahli-ahli PAS agar menyokong PAS bergabung dengan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Hey there! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog
    platform are you using for this site? I'm getting sick and tired
    of Wordpress because I've had issues with hackers and I'm looking at alternatives for
    another platform. I would be awesome if you could point me
    in the direction plenty of fish dating site of free dating a good platform.

    ReplyDelete
  5. Wow! This blog looks exactly like my old one! It's on a entirely different topic
    but it has pretty much the same page layout and design.
    Superb choice plenty of fish dating site of free dating colors!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa