Friday, November 28, 2014

Tanah Rezab Melayu Kelantan 1,308,686.97 hektar.

Rizab Melayu: Kelantan paling luas di Malaysia
SALMAH MAT HUSAIN.

KOTA BHARU: Ketika Wanita dan Pemuda Umno terkial-kial mahu mempertahan tanah rizab Melayu, tanpa sedar negeri yang tidak diperintah Umno dan BN lebih luas tanah rizab terbabit.

Ini dibuktikan Kelantan yang mencatat tanah rizab Melayu tertinggi di negara ini iaitu seluas 1,308,686.97 hektar.

Statistik itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan tidak pernah susut atau berkurangan.

Katanya, Kelantan satu-satunya negeri yang mempunyai aset tanah rizab Melayu yang paling tinggi di Malaysia.

“Tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara sehingga ia kekal antara yang tertinggi di negara ini.

“Sekiranya ada tanah rizab Melayu digunakan ia akan digantikan dengan keluasan yang sama sebagaimana diperuntukkan Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini.

Pada Persidangan Wanita dan Pemuda Umno semalam kedua-dua sayap Umno itu tanah rizab Melayu dipertahankan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang kemerosotan tanah rizab Melayu yang jatuh mendadak daripada 50 peratus kepada 12 peratus.

Begitu juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mahu Peguam Negara diberi kuasa melindungi dan mempertahan tanah rizab Melayu melalui pindaan Enakmen Rizab Melayu.

Ahmad Fadhli berkata, tanah rizab Melayu di Kelantan membentuk 87.6 peratus daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri tersebut iaitu 1,493,765.10 hektar

3 comments:

  1. Alhamdullillah

    Kalau lahanat bahalol dapat kelantan , habis lah di jual nya.....

    ReplyDelete
  2. Abe

    Kita bersyukur kerana atas kebijaksanaan Almarhum Dato Asri Haji Muda kita orang melayu Kelantan masih mempunyai tanah milek kita. Di bandar Kota Bharu pun orang melayu masih memil3ki tanah-tanah prime land. Banyak kedai-kedai yang terdapat di bandar Kota Bharu dimileki oleh orang melayu yang dibina atas tanah sendiri.

    Kita bernasib baik berbanding dengan n3geri-negeri lain.

    Inilah jasa terbesar kerajaan PAS pimpinan Almarhum Dato Asri dari tahun 1959 - 1978. Tanah di negeri Kelantan milek orang melayu Kelantan hanya boleh dijual dan ditukar milek kepada orang melayu Kelantan sahaja. Hatta orang melayu bukan anak negeri pun tidak boleh memileki tanah di Kelantan kecuali mendapat kelulusan dari 3xco negeri.

    Alhamdullah setakat s3jak merdeka, 3xco negeri Kelantan baik dari UMNO atau PAS masih menjalankan tugas mer3ka. Mereka tidak mengkhianati rakyat Kelantan dalam bab tanah.

    ReplyDelete
  3. Kalau lagi lama umno/bn memerentah bukan setakat tanah rizab melayu habis satu Malaysia dia jual konon kononnya atas dasar pembangunan....akhir sekali melayu merempat ditanah sendiri. Lihat saja Pulau Pinang selepas lebih 50 tahun memerintah kemana melayu pulau pinang sekarang? Semua dah kena halau keluar secara terancang akhirnya melayu merempat duduk dirumah pangsa/flat saja dan yg paling sedihnya ada yg merempat dikampung kampung terpencil.

    Bila perhimpunan umno bukan main lg berteriak puak puak umno munafik ni konon kalau umno hilang maka hilanglah melayu dan Islam, sekarang umno masih ada berkuasa melayu dah merempat Islam jadi bahan mainan bangsa lain saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa