Sunday, December 21, 2014

Awang Selamat Jadi Batu Api Dan Dajal Pulak!

Siapakah yang suka melaga-lagakan orang dan cuba memusnahkan karier orang lain?

DAP londeh ‘serban, janggut dan kain’ pemimpin PAS, kata Awang Selamat
Published: 21 December 2014 - TMI

PAS kini dihina DAP, sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) susulan isu hudud dengan parti Islam itu semakin lama semakin ditekan apabila pemimpin DAP menyerang parti itu secara tebuka seperti "melondeh janggut, serban, dan kain mereka", kata Awang Selamat.
Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia itu berkata, DAP berani melakukan sedemikian kerana yakin Ketua Pembangkang, yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "selesa" dengan sokongan masyarakat Cina dan juga mempunyai "kesetiaan terhadap DAP."
"Sampai bila PAS mahu dihina dan diperlekehkan oleh rakan dalam pakatan pembangkang?" kata Awang.
"Makin lama makin ketara PAS dihenyak-henyak oleh DAP. Kebelakangan ini, para pemimpin DAP secara terbuka menyerang PAS pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Putrajaya. Pada Awang, secara analoginya, bukan lagi sekadar serban dan janggut pemimpin PAS direntap bahkan kain juga cuba dilondehkan."
"Inilah musim penghinaan paling dahsyat ke atas PAS dalam sejarah kerjasama pakatan pembangkang," tambah Awang.
Awang sebaliknya memuji ketegasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tetap berdiri teguh meskipun menerima serangan DAP, dengan parti itu katanya boleh dijadikan sandaran yang bermaruah.
"Meskipun berdepan asakan berterusan DAP, Awang bersyukur kerana para pemimpin utama PAS terutama Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama tidak tunduk dalam isu hudud dan kalimah 'Allah'.
"PAS sudah berani menolak Anwar dalam banyak isu kritikal berkaitan Islam. Awang yakin PAS boleh menjadi sandaran yang bermaruah," katanya.
Namun, Awang turut mempersoalkan tindakan PAS yang masih berdiam diri, sedangkan anggota akar umbi mereka katanya tidak lagi mahu melihat parti mereka menjadi "mangsa buli DAP".
"Tinggal lagi bila parti itu mahu bersikap realistik dan tidak lagi menjadi mangsa buli, apakah mahu terus menadah najis yang dihumban oleh sekutunya atas menu tahaluf siyasi?
"Hakikatnya akar umbi PAS dalam diam sudah lama resah dan tidak mahu parti itu terus dimalukan lagi," katanya.
"Jangan sampai kain – simbol maruah – terlondeh, baru melompat. Ketika itu, DAP pasti ketawa besar." – 21 Disember, 2014.

3 comments:

  1. Saya setuju dengan Awang Selamat. PAS masih kukuh dibawah kepimpinan Syura Ulamak dan Presiden. Artikel ini ditulis dengan fakta yang tepat. Itulah realiti yang sedang PAS harungi bersama dengan kesabaran dan ketabahan iman yang menjadi benteng memperkukuhkan parti. Disebalik artikel ini ditulis hanya satu matlamat Awang Selamat iaitu rasa ingin melihat kemusnahan Pakatan Rakyat supaya pemimpin ISLAM UMNO terus berkuasa dan berterusan melakukan dosa. Tiada keikhlasan disini. Apa yang ditulis dalam artikel ini hanya menceritakan realiti perjuangan PAS dimana tiada penghayatan yang sebenar terhadap ISLAM yang dimiliki oleh UMNO dan PKR termasuk Awang Selamat.

    ReplyDelete
  2. Awang Selamat ini dajjal lahanat nak hancur bangsa sendiri.

    Budak bahalol macam gaji dgn utusan.

    Kalau bahalol mesti kawanan nya juga sewaktu dgn nya juga , Bshalol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa