Monday, December 29, 2014

Banjir: Macai Cuba Menyolek Bossnya Yang Kelihatan Huduh!!!

Macai bukan sebarang macai, macai ini macai berpangkat
Tapi sayang......
Ulasan dan hiasannya langsung tak terangkat!

Bukan semuanya salah Najib
 | December 29, 2014
Tidak perlu tuding jari pada Najib saja, PAS yang mentadbir Kelantan.
COMMENT
najib banjir3Dalam kesibukan rakyat Malaysia berhadapan pelbagai dugaan dalam menghadapi banjir besar dan kehilangan pesawat AirAsia, dalam pada para pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, catatan seorang yang mengakui sebagai Pegawai TLDM menjadi viral di media sosial.
Daripada tulisannya, menggambar beliau sebelum ini bukanlah penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak. Sama ada benar atau tidak keterangan dirinya bukanlah persoalan, tetapi maksud yang ingin disampaikannya wajar diberi perhatian.
Seperkara yang jelas, beliau mengakui bahawa penilaiannya terhadap Najib telah berubah apabila diberitahu oleh seorang sahabatnya di Bahagian Perisikan akan tujuan sebenar Perdana Menteri bermain golf dengan Presiden Amerika Barrack Obama di Hawaii.
Bahagian Perisikan? Sewajarnya apa yang diketahui menjadi rahsia, atau lebih tepat lagi, ianya dirahsiakan. Tapi bila difikirkan, mungkin juga ia “terbocor” memandangkan situasi ketika itu (Jumaat lalu) agak kecoh, saling meletakkan kesalahan pada Najib, maka ada kewajaran menceritakan yang benar.
Blog kulihatlangitbiru.com memetik nukilan individu berkenaan, Pegawai TLDM bernama Ariffin Embong yang menyatakan bahawa antara tujuan utama Najib bertemu Obama iadalah membincangkan kestabilan rantau ASEAN daripada menjadi pusat pengganas antarabangsa yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia terutamanya ketika nilai matawang negara menjunam.
Ujarnya, Najib sedang menjalinkan hubungan rapat dengan AS untuk mengimbangi kuasa besar China yang semakin mendominasi perdagangan dunia selain berunding mengurangkan penggunaan wang negara untuk mencari ke mana hilangnya MH370 dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Pentagon.
“Cukuplah Malaysia diperalatkan oleh Melbourne dengan kepakaran dan peralatan dasar laut mereka yang menjadi bebanan perbelanjaan negara,” katanya.
Penulis juga menghargai kemampuan Najib yang disifatkannya sebagai “kejutan dalam menyelesaikan isu MH17 secara bijaksana di Ukraine.”
Katanya lagi, adalah tidak indah jika asyik mengecam dan mencari silap Perdana Menteri kerana beliau tidak menunjukkan ‘wajah’ ketika banjir tempoh hari memandangkan barisan pentadbiran negara telah diamanahkan oleh Najib sebelum meninggalkan negara perlu menunjukkan kepimpinan yang berwibawa menangani banjir besar ini.
Beliau juga berpendapat, tidak perlu menuding jari kepada Najib sedangkan banjir besar bukannya berpunca daripada penyelewangan pentadbiran UMNO, tetapi PAS yang mentadbir Kelantan di mana berlakunya pembuangan sistem tadahan semulajadi dan penebangan hutan secara rakus untuk kepentingan negeri mahupun peribadi.
“Pendapat peribadi saya adalah tidak perlu PM dikecam kerana tiada dalam negara kerana bah besar di beberapa negeri. Negara kita belum darurat lagi,” tambahnya.
Hakikat nyata, menurut penulis, peralatan canggih Pentagon diperlukan untuk pertahanan negara, malah jika mahu menyelam di dasar laut bagi membuat kalibrasi data perubahan arus bawah laut dan ukuran retakan gua laut pun menggunakan system tercanggih dari AS.
“Saya merasakan tidak wajar orang berserban, pak lebai mengecam Najib kerana berlainan parti atas isu ini. DAP, biarlah mereka tetap tidak senang dengan PM beragama Islam, hanya bermuka-muka memperbodohkan Melayu Islam.
“Mungkin saya akan mati besok tiba-tiba menyokong tindakan Najib ke Hawaii yang dirancang sebelum banjir lagi,” tambahnya.
Penulis juga mengingatkan, jika sesuatu itu benar hendaklah tetap diakui kebenarannya kerana itu adalah janji seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT sebagai Muslim.
“Viralkan catatan ini untuk kefahaman mereka di luar sana. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas catatan ini. Mungkin catatan terakhir dari anak laut jika kami mati besok sebagai wira laut,” ujarnya.
Beliau yang memohon kemafaan jika nukilannya melukakan hati pembaca mengingatkan supaya “Hidup kita biarlah memberi manfaat pada orang lain, mati kita juga untuk manfaat umat Muhammad SAW. Semoga kita bertemu di syurga.”

5 comments:

  1. kahkahkahkah.....mungkin dia dapat peluang naik scorpene nanti....

    ReplyDelete
  2. Ada budak bahalol nak angkat angkat budak bahalol lain sebagai cerdik ???

    Itu sudah bahalol tegar tahap benggap sudah.

    Apa kah bebudak bahalol tak boleh berdiri kaki sendiri mesti harap di suap bagai khinzir ???

    Orang orang Melayu lah tu...

    ReplyDelete
  3. Nasib lah tu.
    BN jahat, kita undi PAS.
    Dah menang bodoh pulak tu.
    Yang pandai Cina sahaja.
    Melayu 2X5 India.

    ReplyDelete
  4. Soo suri...i masih di new ziland...nenti i buet press komprens bila i belik ok....in the mean...blame umno...klu blh pas oso...chao chin chao

    ReplyDelete
  5. Najib ni jikalau ketika sedang berurusan dgn Obama dan anaknya mati, urusan dgn Obama itulah yg akan lebih diutamakan. Hanya jika Rosmah tercedera sikit sajapun, barulah dia akan tergesa-gesa membatalkan apa jua urusan dgn Obama tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa