Friday, December 26, 2014

Banjir: Pada Aku Kedua-Dua Pendapat Ini Betul

Nik Abduh dibidas kata banjir akibat Allah murka, sebaliknya kerana pembalakan
Published: 26 December 2014 - TMI
Status Facebook yang ditulis pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila ia mendakwa kejadian banjir yang berlaku adalah tanda kemurkaan Allah dan perlunya meneruskan pelaksanaan hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2014

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.
Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.
Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata: "Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud."
Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.
Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.
"Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.
Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.
Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.
"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.
Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.
"Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun... Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!" kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.
Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.
"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu," tulisnya.
Pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga menerima kritikan hebat kerana berhasrat meneruskan sidang khas meminda enakmen negeri bagi membolehkan pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.
Pengkritik menggesa supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan itu ditangguhkan sehingga isu banjir ditangani terlebih dahulu. – 26 Disember, 2014.

# Alhamdulillah baru sekarang internet aku berfungsi sejak jam 12:00 PM tadi. Tapi lepas ni tak tahulah.....

6 comments:

  1. Apa yang rakyat Kelantan perlu kan dari pemimpin adalah bantuan duit makan minum pakaian.

    Apa apa pendapat dan kenyataan pemimpin toafa makna dan bahalol saja.

    ReplyDelete
  2. Sekarang bukan masa untuk bertelagah. Kena pikir macam mana nak deras kan aliran air.
    Korek kuala sungai? pecahkan beting dan pulau2 kecil atau bina benteng atau guna pam besar sedut air atau alir air ke tempat neutral?
    Mereka yang tak percaya pada kuasa tuhan ada resolusi.
    Bukan kah manusia boleh fikir ikut keadaan semasa dan tidak perlu pada kesahihan ayat tuhan.
    Sila reengineer banjir tersebut jadi kurang ancaman

    ReplyDelete
  3. aku setuju pada admin.

    Punca banjir banyak:
    i. tindakan manusia mengeksploitasi alam sekitar, pembalakan, pembangunan dll.

    ii. ketentuan Allah. tiupan angin monsun timur laut, new moon dan hujan berterusan. kun fayakun.

    ReplyDelete
  4. 10:32 - terbaik. Banjir akibat tangan manusia dan dugaan dr Allah swt. Cuma bila NA kaitkan ngan hudud... nampak sgt melampau... seolah2 dia tahu niat Allah swt.. sedangkan hanya Allah swt yg tahu perkara yg tersembunyi.

    ReplyDelete
  5. Ikhlas kah mereka nak jalankan hudud. Atau nak memecahkan pakatan rakyat utk memenangkan bn.

    ReplyDelete
  6. Bila pm poyo balik dia ishtihar darurat... Yg dpt bonus tu pm poyo.. Sidang xdapat berlangsung... So lepas ni bn dpt undi... Yg jd hero bn.. Pas makan asap aja le... Ni le kebodohan lebai..nxsemesti nya ulamak boleh menjadi umark yg baik... So bye bye pas.. Esp nik abduh dan nik ammar tu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa