Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Panglima Tua Mahathir Ambil Kesempatan Libas Najib

Dimanakah Hishamuddin ketika banjir ini?
 | December 29, 2014
Keberadaan Menteri Pertahanan harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri.
zam hishamudinPETALING JAYA: Pertanyaan jika Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu menunggu panggilan Perdana Menteri, baru membuat keputusan untuk pulang daripada bercuti , menarik perhatian Tan Sri Zainuddin Maidin untuk menulis entri terkini di dalam blognya zamkata.blogspot.com
Bekas Menteri Penerangan yang merujuk kepada persoalan cetusan daripada pemerhatian seorang “Anak Kelantan” yang menyatakan bahawa Menteri Pertahanan itu sepatutnya berada dalam negara bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir yang di bawah tanggungjawab beliau.
Lebih daripada itu, beliau juga memetik kata-kata Anak Kelantan, “Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri .”
Zainuddin menyifatkan situasi tersebut memberi tanggapan lebih buruk di kalangan ramai terhadap kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Pertahanan Awam itu tidak kelihatan di tengah-tengah kesibukan dan segala kesulitan berhadapan dengan keadaan banjir sekarang ini.
Beliau berkata, mangsa banjir sedang menghadapi berbagai kesulitan, kelaparan, keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda dan ancaman maut.
“Di manakah beliau berada? Hishamuddin sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana,” tanyanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya takan kemungkinan Malaysia menghadapi cuaca buruk, hujan lebat, taufan dan banjir besar dan kemungkinan dilanda bencana.
“Nasib baik Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasssin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat bahawa Najib terpaksa bercuti setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara,” kata Zainuddin mengenangkan situasi ketika Najib berada di luar negara baru-baru ini.
Dalam keadaan genting, tambah beliau, rakyat memerhatikan dari dekat dengan sikap yang kritikal sama ada Muhyiddin berwibawa dan berkaliber untuk memikul tugas yang sepatutnya di jalankan oleh Perdana Menteri.
“Penilaian ini sangat penting untuk masa depan rakyat dan negara dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini,” katanya mengakhiri bicara.

1 comment:

  1. Suku Sakat Najib enjoy sakan lah duit rakyat bagi free.

    Yang banjir pun orang orang PAS saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa