Wednesday, December 24, 2014

Dalam Keadaan Sekarang Mana Lebih Perlu Diutamakan Dulu ? Tolong Rakyat Dilanda Banjir Atau Sidang Khas Hudud?

Rakyat sedang bergelut menyelamatkan nyawa dan mengharapkan bantuan untuk kelangsungan hidup
Pemimpin sibuk dengan enekment Hudud dan bermulut luas di akhbar dan media memujuk satu pihak dan membuat musuh dengan satu pihak yang lain
Aku bukan kata Hudud tak penting tetapi dalam keadaan ini yang mana perlu diutamakan dulu?

Aku tanya ni sebab aku tak tahu
Aku bukan ahli agama

MCA tak perlu takut, hudud hanya untuk orang Islam
NIZAM ZAIN24 Disember 2014

SHAH ALAM - Jika hukum hudud mahu dilaksanakan di seluruh negara pun, pemimpin MCA dan bukan Islam tidak perlu khuatir kerana ia hanya terpakai terhadap orang Islam sahaja.

Demikian kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sambil membidas parti itu yang menggunakan pendekatan menyerang dan mengkritik tanpa memahami hukum hudud terlebih dahulu.

"Kalau MCA tidak faham, mari jumpa saya dan sebut apa benda yang dia hendak tahu, kita boleh jelaskan.

"Jangan cakap jauh-jauh. Bagi saya mereka (MCA) tidak faham, dia tak nak bertanya, dia hanya menyerang, mengkritik.

"Sebab itu saya minta, saya buka pintu kepada MCA Kelantan atau Malaysia, bila-bila masa boleh datang, jumpa dengan kita, kita akan jelaskan satu persatu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah berkata demikian mengulas 'kelantangan' pemimpin DAP dan MCA yang membantah pelaksanaan hukum hudud yang bakal dipinda pada sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini.

Bantahan itu timbul kerana mereka beranggapan Pas mahu melaksanakan hukum hudud di seluruh Malaysia sedangkan pindaan itu hanya mahu dilakukan terlebih dahulu di peringkat negeri itu.

Ketika ditanya mengenai permintaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan memberikan draf pindaan tersebut, Mohd Amar berkata, dokumen itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan di Dun Kelantan.

"Biasanya dokumen (draf pindaan) yang akan masuk dewan (Dun Kelantan) tidak boleh dedah kepada orang awam, sebarang undang-undang ini menjadi bahan sulit kepada kerajaan.

"Ia hanya boleh diberikan kepada ahli dewan sebelum persidangan, undi orang awam biasanya kita tidak edar, tetapi mereka boleh dapatkan selepas dari pembentangan dalam dewan," ujarnya.

Mohd Amar bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR atau mana-mana pihak untuk memberi taklimat mengenainya.

"Tapi kalau dia hendak tahu, dapatkan penjelasan, kerajaan negeri bersedia berjumpa dengan Rafizi atau sesiapa saja, bila-bila masa saja.

"Kita sentiasa bersedia untuk jumpa, tiada masalah pun," katanya lagi.

17 comments:

  1. 20 tahun lebih perintah kelantan boleh tunggu...takkanlah masa banjir yang cukup kritikal ni tak boleh tangguh bercakap bab hudud! Geng UG ni lebih besar nafsu politik berbanding perikemanusiaan dalam menghayati kesusahan rakyat dilanda banjir...puyam banjir ni tolong rakyat la...sibuk ko dok pujuk MCA wak bejadah apa?

    ReplyDelete
  2. Saudara tak perlu risau kerana mereka tahu apa yang patut mereka buat takkan nak biarkan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab mereka tahu apa yang perlu dibuatlah...ada setengah tempat tak dapat di masuki untuk bagi bantuan..dan mangsa di manik urai lari berlindung atas bukit! Action plan kerajaan lebai untuk hadapi banjir huru hara dan takde penyelarasan... usaha gigih perlu...bukan saja doa dan bekecek jah! Kita perlu risau sebab berhati perut dan tahu setakat mana kemampuan manusia.... berbanding kuasa Yang Menurunkan hujan!..

      Delete
  3. sizzly7761

    Itulah kalau saya kata pemimpin bengap geng PAS akan marah!

    ReplyDelete
  4. Pemimpin-pemimpin PAS yang bakal hilang wang pertaruhan dalam PRU14 jawapan yang langsung tiada berkualiti bagaimana hendak membuka ruang pada yang bukan islam hendak memahami islam sepatutnya sebagai seorang yang tinggi dalam ilmu agama islam mengunakan budibicara dengan tertib bukannya dengan mencabar ,bagi yang buka islam mahu pun yang islam sendiri kalu begini cara orang yang mengaku tinggi dalam kefahaman islam mendabik dada yang dia boleh bagi fahamkan semua apakah tidak jatuh takabburkah atau 'ujub kerana mengaku diri kita serba tahu dalam bidang agama

    ReplyDelete
  5. LAGI PENTING CURI DUIT NEGARA TENGAH DOK SIBUK BANJIR NI.PURA PURA LAH BAGI SIKIT SAPU BERBILION BILION.KEMUDIAN BUAT MUKA SEDIH.HHEEEEEHHEHHHEH

    ReplyDelete
  6. Sekali riak muka mamat ni, dah tahu bodoh piang! Hukum lah diri sendiri dulu sebelum nak hukum orang.

    ReplyDelete
  7. Biasalah pemilihan muktamar tahun depan, dah dekat dah pun..kenalah tunjuk hero sikit..barulah boleh menang jawatqan timbalan presiden

    ReplyDelete
  8. DAP dan MCA tak faham / menentang hudud OK lagi.. Tapi bila ada lagi orang MELAYU yang mengaku ISLAM juga mempertikaikan HUKUM TUHAN dengan pelbagai alasan.. Ini kena tanya MUFTI hukumnya !

    ReplyDelete
  9. Tak pakat dgn MCA pun tak pe. UMNO ade kan? Tentu dia sokong. Kalau tak sokong... Allah mare
    Yg pemimpin n0.2 dan mo.2 hampa pi mana? Main salji ke? Pemimpin kami dah teruk turun main air, haramjadah , TV tak masuk!

    ReplyDelete
  10. Tanda - tanda Allah dah bagi, kalau dah ko sendiri yang berkuasa menyebabkan habis bukit botak, memang lagi teruklah banjir yang berlaku. Ingat agamawan PAS, Allah dah bagi warning, jangan gunakan hudud ketika rakyat tertekan dan melarat dengan sara hidup yang makin tinggi. Gunakan hudud untuk menutup kelemahan urustadbir kerajaan negeri, jangan korang permainkan hukum Allah untuk menutup dosa korang sendiri, tunggulah bala Allah yang akan menimpa kita nanti. Allah dah bagi peringatan, beringatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  11. Pemimpin hampa no. 1 & 2 pi mana? Main salji ke??? Kalah menang bukan orang yg tentukan. Di Kelantan MCA tak penting yg penting UMNO mesti sokong! Nanti Allah marah, Hudud nak buat di Kelantan, Penang, KL tak terlibat. Takut apa Guan Eng?

    ReplyDelete
  12. Rumah dia tak banjir ke? Pukimak punya tmb...

    ReplyDelete
  13. Pemimpin Bahalol boleh ber fikir bijak ke ?

    Rakyat Kelantan yang bodoh !!!!

    ReplyDelete
  14. Macam mana ni.....Terengganu dan Kelantan.....bencana banjir
    Mana pusat penyelarasan
    1. Komunikasi
    2. Transportasi
    3. Agihan makanan dan keperluan asas
    4. Pengumpulan informsi
    5. Fasiliti pendudukan sementara
    6. Boleh kah disalurkan air yang melimpah ke tempst neutral.
    PANTAS PANTAS NYAWA DAN HARTA RAKYAT DALAM BAHAYA.

    ReplyDelete
  15. I feel this is one plenty of fish dating site of free dating
    the so much vital info for me. And i'm happy reading your article.
    But wanna observation on some general things, The web site style is
    great, the articles is actually nice : D. Just right job, cheers

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa