Monday, December 29, 2014

Episod Sedih Rakyat Kelantan: Mangsa Meningkat Lagi Ke 151,000 Orang

Pagi ini pula walau pun hujan hanya renyai-renyai tetapi tiupan angin sejuk bermula lagi......
Kalau ikutkan pengalaman, angin sejuk ini membawa hujan ke hulu. Bila di bahagian hulu hujan air sungai bertambah mengembang
Ramalan hit ke tiga mungkin betul

Mangsa banjir K'tan cecah 151,000
10:00AM - 29 Dec 2014 - mk

Mangsa banjir meningkat di Kelantan pagi ini kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Perak turut meningkat pagi ini.

Pahang mencatatkan seramai 33,225 berbanding 31,095 malam tadi, Perak pula 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi, lapor Bernama.

Manakala jumlah mangsa banjir turun di Terengganu dan Johor pagi ini.

Terengganu catat 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi, Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi


Sebak lihat mangsa cium bungkus makanan

10:30AM - 29 Dec 2014

CATATAN Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat ratusan buah kenderaan ditinggalkan berlapis-lapis di atas jalan raya.

Saya bersama jurukamera, Fandi Zulkfley mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 1.30 petang.

Mujur selepas beberapa jam berusaha mencari pengangkutan ke Kota Bharu, kami dipelawa sukarelawan Darul Hijrah untuk menaiki pacuan empat roda mereka.
Kebetulan mereka datang untuk mengambil bekalan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Dalam perjalanan itu, kelihatan juga kereta yang masih ditenggelami air, dan masih jelas kelihatan kesan paras sebenar air banjir pada tingkap kereta.

Saya juga dapat melihat sebahagian besar kedai-kedai termasuk pasar raya dan hotel ditutup sepenuhnya.

Kami melalui jalan Bunut Payong sebelum smpai ke jalan Salor. Kelihatan sebagaian besar rumah-rumah masih ditenggelami air.

Perjalanan mengambil masa lebih sejam, sebelum sampai ke kawasan perkampungan di mana terdapat mangsa yang enggan berpindah.
Jika perjalanan hari biasa, ia mungkin hanya memakan masa setengah jam. Namun kerana terpaksa meredah lauan banjir, dan kesesakan laluan ekoran banyak kereta tersadai di atas jalan, maka ia mengambil masa lama.

Setibanya di Kampung Kota, ramai di antara mangsa telah kehabisan bekalan makanan dan tidak dapat keluar ke mana-mana.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak dik, lama dah pak cik tunggu, makanan semua habis lama dah" kata salah seorang pak cik sambil mencium bungkusan yang diterima.

Biarpun hanya biskut dan snek, ternyata pemberian itu sangat bernilai bagi mereka pada waktu ini.

Kelihatan juga ada di kalangan penduduk sedang mengharungi air sambil menjunjung beg. Saya sempat bertanya kepada mereka dari ma dan mahu ke mana.

"Dari sekolah (tempat pemindahan). Ni kak balik rumah, sudah lima hari tinggal rumah. Tak tahu apa jadi," kata seorang pemuda.
Kira-kira jam 7.30 malam, kenderaan kami masih bergerak menuju rumah ke rumah, mencari kalau-kalau ada mangsa yang boleh dibantu.

Suasana makin gelap, bekalan elektrik sudah lima hari terputus di kawasan ini. Tiada satu pun cahaya kecuali cahaya lampu kenderaan kami.

Kenderaan kami terpaksa menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan yang tersadai di tengah jalan.

Dalam kesukaran itu, Kami bergerak pula ke kampung Wakaf Zain. Beberapa buah rumah lagi kami berjaya sampai. Ada juga warga emas yang tinggal bersendirian dalam gelap.

Pasukan sukarelawan Darul Hijrah menghulur bantuan, sambil tidak putus-putus menasihatkan mereka bersabar menerima ujian ini.

Kira-kira jam 9.30 malam, stok kami hampir habis. Kami keluar dari kawasan tersebut. Ketua misi mencadangkan kami mencari makan malam dan pulang.

Untuk mencari kedai, kami terpaksa meredah perjalanan hampir 30KM lagi dengan kadang-kadang mengharungi air sedalam hampir setengah meter.

Boleh dikatakan, hampir semua kawasan sekitar Kota Bharu lumpuh dan tiada satu pun kedai makan dibuka.

Kami terpaksa keluar dari Kota Bharu untuk mencari makanan di kawasan yang tidak terjejas banjir.
Kami menuju ke jalan Pasir Putih, barulah kami bertemu kedai makan yang dibuka.

Pun begitu, kedai tersebut penuh. Semua orang bertumpu di situ kerana ia satu-satunya kedai yang dibuka dan paling hampir dengan kawasan banjir.

Kami menunggu agak lama sebelum mendapat tempat duduk. Kelihatan ramai pasukan sukarelawan lain juga makan di situ.

Alhamdulillah, kami akhirnya dapat mengisi perut setelah seharian tidak menemui kedai makan.

Kira-kira jam 12.30 pagi, barulah kami tiba di tempat penginapan di rumah salah seorang anggota sukarelawan di Pengkalan Chepa.

Beliau dengan baik hati mempelawa saya dan jurukamera menumpang tidur di rumahnya.

Hari ini, misi serupa akan diteruskan.

5 comments:

  1. Ujian buat mangsa tapi ujian juga juga buat yg membantu. Kakak teringat tsunami bila melihat musibah bah negara kita kali ini.. Sayu-sedih semua bercampur-baur. Bantuan yg kami derma entah sampai entahkan tidak kakak pun tak tahu...

    ReplyDelete
  2. Banjir kali ini Bala dan petanda perlu ada perubahan dari rakyat juga pemimpin.

    Usah hidup menongkat langit kejar keduniaan.

    Cukup lah jangan jaja jaja Quran Sunnah tuk cari makan.

    Guna kan cara cara Rasullulllah SAW untuk mendakwah Islam , bukan jaja jaja Quran Sunnah untuk capai kedudukan dalam kerajaan.

    Dari tindak tanduk pemimpin dapat tahu isi hati mereka ke arah duniawi atau akhirat. Nak tipu siapa ???

    Rakyat jangan hidup makan rasuah saja , sehingga menipu diri sendiri memilih keldai dari kuda untuk perjalanan hidup.

    ReplyDelete
  3. Oh......kenapa air mata saya tiba2 mengalir jatuh..... Ya Allah tabahkan dan selamatkanlah saudara2 kami...

    ReplyDelete
  4. What's up, yup this article is genuinely good and I have learned lot plenty of fish dating site of free dating things
    from it about blogging. thanks.

    ReplyDelete
  5. Hi, i believe that i saw you visited my website so i got here to go back
    the want?.I am trying to to find issues to enhance my
    web site!I assume its good enough to make use plenty of fish dating site of free dating some of your
    ideas!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa